Emas??Tak kena zakat ke?? Dekat mana nak simpan???

Bila tiba cerita tentang emas, ramai orang akan tertanya-tanya "tak kena zakat ke simpan emas ni? Dekat mana nak simpan??". Masa aku baru tahu emas pun aku memang memikirkan tentang dua hal ini. Maka bermulalah kajian a.k.a research aku. Hasilnya seperti di bawah.

1.Zakat emas

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.


Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.


DALIL WAJIB ZAKAT


Firman Allah s.w.t:

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu" (Surah At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka". (Hadis riwayat Abu Hurairah)


KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK


Emas Perhiasan Wanita


Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS

(MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar

pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat

emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram.


Contoh:


(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125


Emas Yang Disimpan

Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam
bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.Ia dikenakan zakat
sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi
nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang
tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.

Contoh:

(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112.50

sumber : Lembaga Zakat Selangor

maksudnya untuk emas jenis simpanan diwajibkan zakat apabila mencapai 85gram atau lebih setahun, andaikata masih belum cukup 85 gram tak diwajibkan zakat.

2. Tempat simpanan emas (Save Deposit Box)

Tempat terbaik untuk menyimpan emas fizikal anda adalah di save deposit box yang mempunyai insurance.Berikut adalah contoh institusi yang mempunyai save deposit box.

1. Maybank
2. EON Bank
3. RHB Bank
4. CIMB Bank

untuk yang private punya :

5. Royal Deposit Box
6.Safe Deposit Box Sdn Bhd

Rate dalam lingkungan RM80 ke atas untuk setahun. Rasanya ambil yang paling kecil pun dah cukup.

Rasanya dah jawab soalan di atas kan???

OK, Jumpa lagi di lain sesi!!!

Kesan Inflasi




Kesan
hyperinflasion di Zimbabwe memberi kesan betapa teruknya sistem wang fiat (wang kertas) di mana berlaku penindasan di beberapa tempat. Jika semua tempat menggunakan emas sebagai matawang, adakah semua ini akan berlaku?

Ikuti video di bawah : Gold for Bread




Adakah perkara ini mungkin berlaku di Malaysia?? rasanya..... tak MUSTAHIL.....

Jumpa lagi di lain post!

harga emas naik dan turun!!!

salam semua!!!

Kadang-kadang ramai orang tertanya-tanya,"bila emas akan turun @ naik?"
kalau tanya aku, aku akan jawap "harga emas memang akan naik dan turun, biasanya bergantung pada keadaan ekonomi, samalah macam matawang kita.

Bagi para investor emas macam aku, tak kisahlah samaada naik atau turun, bila ada duit lebih, beli emas terus. Satu sebab utama ialah bila duit dah ditukar kepada emas, semakin malas untuk kita tukar balik kepada duit semula. Ini secara tak langsung dapat memelihara kewangan kita untuk masa depan. Sejak aku berjinak-jinak dengan emas sejak 3 bulan lepas, kiranya dapatlah "paksa diri" untuk menyimpan duit @ emas berbanding tahun lepas.

Target aku ialah simpanan emas ini aku boleh buat untuk deposit rumah nanti. Aku rasa target ini boleh tercapai Insyaallah........

So,jumpa lagi di lain waktu!!!

p/s : sesiapa berminat membeli emas PublicGold atau PublicDinar, bolehlah contact aku.

*terdapat dalam bentuk 20g, 50g, 100g. harga boleh rujuk laman web di atas.

Kenapa aku pilih emas??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kali ini aku nak bercerita tentang kenapa aku pilih emas sebagai simpanan aku. Pada awal tahun 2004, aku telah membuat fixed deposit sebanyak RM3000 selama 5 tahun. Setelah 5 tahun, aku mengeluarkan wang tersebut dan telah mendapat faedah sebanyak RM600. Jumlah wang yang aku peroleh sebanyak RM3600.

Kisah berbalik pada emas. Sebelum aku olah lebih panjang, sila lihat jadual di bawah.





















Sekarang bandingkan dengan 5 tahun kemudian.




Harga kijang emas 1 oz(31.105g) adalah RM1700 dan andaikata pada masa itu aku membeli 2 keping kijang emas (RM3400),nilai pada September 2008 adalah RM3000 sekeping. Jadi jumlah wang yang aku peroleh adalah RM6000!!!! Keuntungan RM2600 berbanding fixed deposit RM600. Jadi tanya pada diri sendiri, berbaloikah simpan wang di dalam bank sahaja atau beli emas??

Bagi mengakhiri post kali ini, aku letak harga kijang emas pada hari ini.

Salam Perkenalan

















Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Terima kasih kerana melawati blog ini. Perkenalkan diri aku dulu ye.
Nama aku Shafiruz, orang panggil aku Pilot dan telah digunakan di merata-rata tempat. Tujuan utama aku buka blog ini untuk bercerita tentang simpanan emas fizikal kepada rakan-rakan aku dan pembaca sekalian. InsyaAllah bila-bila aku rajin aku akan update selalu.

Sebelum ini aku memang sedang mencari sesuatu untuk menyimpan dan mencari pendapatan lain. Salah satunya adalah membuka OnlineShop. Tetapi masih belum terlaksana sebab aku masih belum berguru tentang bab ini. Sampai suatu ketika kawan ofis aku menghantar email tentang blog kawan sekolahnya yang membeli emas fizikal (RM100K) sebagai pelaburan dan simpanan. Bila aku baca blog tersebut, barulah aku tahu antara pelaburan yang selamat dan menguntungkan adalah emas.

Setelah lebih kurang 2 minggu aku membaca dan mencari artikel tentang emas, aku nekad untuk membeli emas fizikal. Pada masa itu jenis emas yang terbaik dan spread yang rendah adalah Kijang Emas, tetapi disebabkan beberapa sebab (masa, stok dan lain-lain) aku memilih untuk membeli emas PublicGold. Nanti aku akan terangkan pada artikel lain. Setelah mendapat sokongan isteri tercinta, aku menghadiri seminar emas di Bandar Sunway pada 4/2/2010 dengan membawa duit sebanyak rm2700 untuk membeli emas.

Seminar tersebut dianjurkan oleh Pokli, salah seorang Master Dealer dan sangat berpengetahuan luas tentang emas. Seminar tersebut bukan bercerita tentang bagaimana menjadi agen, tetapi lebih berkisar tentang pengenalan kepada emas dan faedah menyimpan emas fizikal. Selesai sahaja seminar, Pokli mengeluarkan emas 999 PublicGold 100gram (RM13K). Memang terasa beratnya.

Pada masa itu, aku berkenalan dengan Master Dealer yang lain merangkap orang yang akan aku berurusan untuk jualbeli, Jeman. Aku beli dengan Jeman emas 20gram dengan harga RM2681. Rasa macam pegang duit 50sen je. Disitulah bermulanya azam baru aku untuk membeli emas sebagai simpanan di masa akan datang.

Setakat ini sahaja bercerita, aku sambung di lain post. Terlalu banyak untuk diceritakan tapi aku akan bercerita satu persatu tentang emas ini. Memang terlalu menarik untuk buat analisa tentang emas ini. Jumpa lagi di lain waktu.

-Wassalam-

nota kaki : masih mengkaji tentang emas dan wang fiat (duit kertas), banyak benda dan kebenaran telah aku faham pasal dua benda ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...