Bagaimana nak join emas ni?? - Bagi yang masih samar-samar tentang emas
Dulu saya pernah dapat satu soalan dari seorang rakan, "macammana nak join emas ni? " dengan nada sinis. Mungkin dia menganggap saya buat MLM. Saya pun senyum-senyum sajalah.
Ada juga beberapa orang yang bertanyakan saya tentang emas fizikal ini. Jadi saya rasa masih ramai yang samar-samar tentang emas ini. Malah saya yakin masih ramai lagi di luar sana yang masih tidak sedar akan emas yang boleh melindungi kekayaan kita.
Main dengan emas ada beberapa perkara anda perlu berhati-hati. Pastikan anda BELI EMAS DAPAT EMAS, emas yang anda miliki adalah TULEN, pastikan BUKAN SKIM PELABURAN EMAS. Berikut adalah perbezaan jual dan beli emas di Malaysia.
Skim pelaburan emas - Menjual emas dengan harga tinggi dari pasaran, menjanjikan pulangan tetap setiap bulan. Kemudian mungkin beberapa bulan anda diminta menjual balik kepada mereka. Ini yang terjadi kepada pelabur emas pada tahun lepas. Semasa mereka menjual emas kepada syarikat tersebut, emas tersebut diambil dan dikatakan akan membayar dalam masa seminggu, tetapi pada waktu itu mereka semua lesap.
Kedai emas - Menjual emas dalam bentuk barang kemas. Terdapat juga dalam bentuk jongkong emas (Contoh : PAMP Suisse). Mereka menjual pada harga mahal dan membeli pada harga murah. Kebiasaannya mereka membeli balik emas 20%-30% lebih murah pada harga semasa. Harga semasa mereka adalah berdasarkan laman web fgjam. Jongkong emas mereka tidak boleh dibuka cover, malah jika bengkok atau calar mereka tidak menerima terus emas tersebut. Rasa tertipukan? Anda boleh bertanya sendiri pada kedai-kedai emas di mana-mana.
PublicGold - Menjual jongkong emas, dinar dan barang kemas. Menjual betul-betul ikut harga semasa dan dikemaskini setiap 20 minit. PublicGold membeli balik emas dengan harga 5-6% lebih murah dengan harga semasa. Harga semasa berdasarkan laman web mereka sendiri. Malah emas tersebut tetap diterima walaupun calar atau bengkok asalkan berat emas tersebut tetap sama.
Teori menjana keuntungan melalui emas ini mudah saja. Sedangkan orang-orang tua kita secara tidak sedar menjana keuntungan melalui emas. Mari saya ceritakan.
Kisah untung melalui emas tanpa sedar
Masa dulu-dulu, nenek,mak kita beli barang kemas dengan harga emas RM30/g sahaja (harga 10 dahulu). Katakanlah seorang ibu ini membeli emas 100gram dengan harga rm3000. Mereka hanya pakai sahaja sepanjang hari setiap tahun tanpa sedar harga emas naik terus-menerus. Sehinggalah pada suatu hari, anaknya perlukan duit untuk menyambung pelajarannya di universiti. Duit simpanan sudah tiada, terpaksalah jual emas-emas di keliling leher, tangan semua.
Semasa jual emas di kedai emas, tokey kedai emas tu ambil dengan harga RM110/g. Jumlah kesemua 100g RM11 000. Si ibu ini pun berkata "WOW! Untung simpan emas rupanya!". Tetapi si ibu tersebut tidak sedar, tokey emas itu pun dalam hati berkata "Wow!aku dapat beli emas dengan harga murah!!!Boleh jual balik dengan harga RM151/g". Masing-masing pun gembira dalam hati. Dapatlah si ibu menampung pembelajaran anaknya sambil membuat deposit beli kereta Honda City.
"Hehehe...Honda City tu, saya pun pakai Kancil je",kata TaufanEmas dalam hati sambil menaip.
Bila baca cerita di atas, mesti ramai yang berkata dalam hati "Kalaulah 10 tahun yang lepas aku beli emas, mesti sekarang aku dah untung banyak. Lagi banyak dari ASB pula tu." Andaikata si ibu menyimpan dalam bentuk duit, RM3000 tetap bernilai RM3000 pada 10 tahun akan datang. Dan tambahan satu lagi, kalau beli nasi lemak dulu RM0.30 dah boleh dapat, sekarang dapat RM1 pun dah kira bertuah.
Jadi, susah sangat ke beli emas ni? Tak susah pun, beli emas dari saya, call 013-3600508 dan order emas dari saya. Dapat emas anda dan simpan. Bila perlukan duit, pajak atau jual saja emas tersebut. Satu perkara yang perlu anda ingat, emas adalah pelaburan jangkamasa panjang. Bukan jangkamasa pendek. Tapi keuntungannya memang berbaloi.
Sekian, salam emas buat semua!
"PublicGold kena serbu????"

Berikut adalah perbualan saya dengan rakan saya pagi ini;
(Dialog ada tokok tambah bagi menyedapkan perbualan)
Kisah 1
Taufanemas : Hari ini PublicGold keluar Kosmo... Bacalah...
Kawan A : Kenapa dengan PublicGold?? Dah kena serbu ke?? Aku dah cakap kan..... Benda-benda macam ini tak boleh percaya...
Taufanemas : Eh, eh... Bagilah aku habis cakap dulu. Ni terus cakap PublicGold tipu kenapa pula.. Kan sebelum aku jadi dealer lagi aku dah test produk PublicGold ni. Siap aku pajak kat AgroBank lagi. Ok je semua... Bank Rakyat tak nak terima mesti ada sebab dia....tapi emas PublicGold tu memang emas betul... Agaknya Bank Rakyat dah tak mampu nak tanggung bagi pinjaman la kot... Mereka kan boleh rolling duit dekat loan.. lagi untung banyak....500% tu...
Kawan A : Owh.... Kiranya PublicGold ni tak tipulah ye. Takpelah.... Nanti bila harga turun aku beli dengan kau.... Kalau turun 20g RM2600 beritahulah aku ye....
Taufanemas : OK. Nanti aku beritahu kau bila dapat harga tu ye...(entah dapat lagi ke tidak harga ni...hehehe..)
Kisah 2
Taufanemas : Saya dealer PublicGold sekarang ni. Jual dan beli emas PublicGold.....
Kawan B : Wah, kau dah jadi tokey emas dah sekarang ni?? kayalah kau sekarang.. Macammana untung?? ada dapat puluh ribu ringgit???
Taufanemas : Mana ada untung banyak, kalau orang beli 20gram baru dapat dalam rm40 je. tu pun belum tolak kos minyak , tol semua... kalau ikutkan, baik buat OT je, tapi buat ni sebab minat je... saja seronok-seronok....kawan-kawan pun dapat ramai....
Kawan B : Tipulah, kalau tak banyak untung baik kau OT je, lagi banyak dapat apa....
Taufanemas : Ala, ni bukan pasal untung semata-mata lah.... Dapat komisyen sikit je, tapi dapat income selain dari yang kita buat ni memang seronok la, tak adalah buat kerja yang sama je hari-hari...Lagipun saya memang beli emas ni untuk simpanan sendiri juga.....
Kawan B : Oh....Kalau macam tu, aku tunggu kau kaya dululah baru aku beli. Nak juga tengok hasil kau dapat macammana.....
Taufanemas : Ok, kita tunggu lagi setahun dua ya.....(Kita jumpa lagi 2,3 tahunlah)
Macam ni lah perbualan antara kawan-kawan aku ni. Ada lagi banyak tapi tak larat nak taip lagi dah. Kebanyakan orang mempunyai persepsi yang sama tentang emas. Berikut adalah hasil analisis aku;
1. Beli emas nak tahu palsu atau tidak - masalahnya bukti dah bagi tapi tak percaya juga
2. Dah beli nak simpan dekat mana - Dealer macam saya tak nak la simpan, senang nanti orang cop dealer penipu. Kalau orang tu bawa lari memang menangis la kawan tu.
3. Suka tunggu PUBLICGOLD KENA SERBU - orang jenis ni suka la bila benda ni terjadi. Lepas tu mesti nak cakap "tulah, aku dah cakap, jangan join skim-skim pelaburan emas ni"....eh..eh... cop!....abang-abang sekalian...emas ni ada pada kami, PublicGold kena serbu? kenapa? Mereka jual beli emas juga, bukan buat skim.....
4. suka TUNGGU DAN LIHAT - ni jenis yang saya suka. Sebab nanti tak sabar nak tunjuk harga sebelum dan selepas setahun atau 2 tahun. (nota : emas adalah pelaburan jangkamasa panjang. Bukan pelaburan seminit dua, atau sebulan dua, mahupun 5, 6 bulan)
Sekian saja post kali ini. Anda berada di pihak mana?? Ramai pembeli emas kini menjadi dealer emas. Sebab utama sebab dapat beli emas dengan lebih murah. Tapi tak semudah itu untuk kami mendapatkan emas ini. Macam saya, untuk mendapatkan emas saja sudah melalui 2 tol, jarak 30km dari rumah.
Berbaloi?? Bagi saya berbaloi sebab ini saya seronok buat bisnes ini. Tiada customer pun tak apa, emas tetap naik, ada customer boleh dapat komisyen, boleh beli emas lagi. Tapi apa yang saya lihat, kejujuran dan keikhlasan penting untuk dipupuk dalam hati setiap dealer emas ni. Alhamdulillah, saya pun mencuba sedaya upaya memupuk sifat ini.
Akhir sekali, mari kita lihat petikan Kosmo hariini tentang pelaburan emas ini.
Pelaburan emas
Sekian, wassalam. Jumpa lagi!
nota kaki : Taufanemas tengah termenung sebab menunggu stok emas tiba. sekarang hanya tinggal 50g PG dan 1 dinar sahaja....
Produk PublicGold dan rahsia 10 Dinar
- Dalam bentuk jongkong 20 gram, 50 gram dan 100 gram (terdapat 1kg tetapi saya tak pernah tengok jenis ini)- Terdapat dalam bentuk matawang 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar.
- Tiada kos tambahan. Harga yang tertera di web adalah harga yang dijual.
- Boleh beli kambing dengan 1 dinar. Rujuk web Jutawanemas , sesetengah dealer berurusan dengan dinar seperti dealer Pokli menjual motorboat dia dengan 12 dinar. Boleh rujuk web Pokli.com
3. PublicJewellery - Kualiti emas 91.6% = 22 karat

- Barang kemas berdasarkan harga semasa dan tanpa upah tukang
- Terdapat kos tambahan RM20 bagi setiap barang. Barang yang ditempah akan diperoleh selepas 2 minggu.
Oh...nanti....nanti....terlupa pula pasal PublicSilver. Kesian PublicSilver ni dianaktirikan.
4. PublicSilver - Kualiti perak 99.9% = saya pun tak tahu berapa karat nak kira

- Terdapat dalam jongkong perak 500gram dan 1 kg. Sesiapa tak mampu nak merasa 1kilo emas boleh cuba beli yang ini (Saya pun bercadang untuk beli PublicSilver).
- Terdapat kos tambahan RM30 bagi setiap unit.
- Tidak boleh dipajak di Ar-rahnu (kedai pajak) tetapi mengikut kata penganalis emas, perak mempunyai potensi lebih tinggi dari emas.
Sudah tahu produk PublicGold??? Sekarang lihat perbezaan spread setiap produk-produk ini. Analisis ini belum pernah dikeluarkan oleh mana-mana blog jadi saya letak watermark dulu...hehehe....tapi mana-mana blogger bebas menggunakan jadual ini.....
Jadi selepas anda membaca jadual di atas.... Sedar tak 10 dinar paling untung kalau anda beli?? Lepas ini kalau saya tahu 10 dinar habis dengan cepat di office PG bermakna sudah ramai membaca blog saya!!! Saya pun baru sedar selepas ada customer beli 10dinar x 2kpg dari saya.
Ingat! Beli emas dapat emas!! Jumpa lagi di lain artikel.
nota kaki : Taufanemas sedang dalam proses membuat pertandingan berupa hadiah emas fizikal. Masih dalam perancangan. Terima kasih kerana melawat blog saya!
Kelemahan wang kertas.....
Wang kertas AS$1 (RM3.22) kerap bertukar tangan di negara berkenaan sehingga ia menjadi lusuh dan koyak manakala penduduk tempatan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan setinggan dengan kadar jenayah tinggi suka membawa wang tersebut di dalam kasut dan seluar dalam.
Kaedah tersebut dapat 'mengubah' wang kotor itu menjadi bersih selain ia dilapkan dengan menggunakan sarung tangan getah atau tisu pembunuh kuman.
Menjadi pilihan utama rakyat Zimbabwe, wang kertas dolar AS digunakan jauh lebih lama daripada jangka hayat yang ditetapkan oleh Bank Pusat AS.
Agensi berkenaan menyatakan, purata pusingan penggunaan wang kertas AS$1 di AS adalah kira-kira 20 bulan, jauh lebih singkat berbanding Zimbabwe di mana jangka hayatnya mencapai hingga bertahun-tahun.
Wang kertas dengan nilai lebih besar pula dikeluarkan dari bank atau melalui aktiviti import dan eksport serta kurang dicemari kotoran.
Ia berbeza dengan wang kertas AS$1, AS$2 (RM6.44), AS$5 (RM16.11) dan AS$10 (RM32.22) yang menjadi pilihan utama di kalangan penduduk miskin Zimbabwe dan ia kerap bertukar tangan.
Wang kertas AS$1 meluas digunakan di pasar-pasar di pedalaman dan stesen-stesen bas sehingga ia akhirnya terkoyak.
Penduduk tempatan menyatakan, kaedah terbaik untuk membersihkan wang kertas dolar AS adalah dengan mencucinya dengan tangan dan menggunakan air suam.
Namun, sebuah kedai dobi di ibu negara Zimbabwe, di sini, menggunakan kaedah lebih mudah iaitu membersihkannya dengan mesin basuh tanpa merosakkannya.
Penduduk tempatan berkata, kaedah cucian kering pula tidak digalakkan kerana ia menyebabkan warna wang kertas itu lusuh.
Seorang pemilik kedai di sini, Jackie Dube bagaimanapun tidak mengendahkan semua petua tersebut kerana dia mempunyai cara yang jauh lebih mudah dan efisien untuk memiliki wang kertas bersih.
"Saya menghilangkan semua wang yang kotor itu dengan memulangkannya kepada pelanggan sebagai wang baki," katanya. - AP
Business Card saya bersama emas, 2keping 10dinar sudah terjual. Menunggu untuk ambil stok.
PublicGold VS Skim pelaburan emas + kedai emas
Syarikat PublicGold tidak MENJANJIKAN keuntungan dari emas ini. Untuk maklumat, PublicGold adalah syarikat yang mempunyai kilang di Penang dan HANYA MENJUAL dan MEMBELI emas sahaja. Naik atau turun harga emas adalah bergantung pada analisis anda tentang emas. Jika naik anda jual anda untung, jika turun anda jual anda rugi. Teori yang paling mudah untuk diterima.
Sebelum menceburkan diri dalam emas, adalah digalakkan untuk anda membuat analisis sendiri tentang emas, mencari maklumat di Internet, mengapa kami menyarankan menyimpan emas fizikal, kisah harga emas di kedai emas tidak mengikuti harga semasa dan banyak lagi. Saya memerlukan 2-3 minggu untuk membuat kajian tentang emas dan yakin tentang emas fizikal. Kemudian anda akan menyedari kelemahan wang kertas (wang fiat) dan mengapa berlakunya inflasi.
Jika anda khuatir emas yang anda beli dari PublicGold adalah palsu, cuba uji ketulenan emas di Ar-Rahnu. Kebanyakan emas yang dibeli oleh pelanggan @ dealer bukannya disimpan sahaja, tetapi emas mereka dimanipulasi melalui Ar-rahnu. Andai kata terdapat sekeping PublicDinar palsu sahaja sudah cukup untuk meranapkan PublicGold.
Bezanya PublicGold ini jika anda perasan, PublicGold mempromosi produknya bukan macam main "sorok-sorok", jual selepas itu hilang, dan mereka meletakkan muka mereka sebagai tanda mereka serius dalam jualbeli emas ini. Malah dealer PublicGold dengan berani meletakkan gambar mereka menunjukkan ini bukan bisnes main-main. Cuma alamat rumah masing-masing dirahsiakan bagi tujuan keselamatan.
Akhir sekali, sila lihat PublicGold di akhbar dan media.
Pengerusi PublicGold di TV1
PublicGold dalam Wow AC (AC SEMPOI)?
Sudah yakin dengan PublicGold??
Hubungi saya untuk membeli emas!!!
Ingat, BELI EMAS DAPAT EMAS!!!
Aku malu jual emas.....tapi aku yakin dengan apa aku buat... Part 1
Antara perkara-perkara yang berlaku sepanjang bulan ini adalah......
1. aku buat business card untuk emas setelah aku mendengar kawan aku membazirkan masa aku dengan MLM dia.
Ceritanya bermula ketika aku jumpa kawan sekolah lama aku di PWTC dan kami pun bertukar-tukar no hp setelah lama tidak berjumpa sejak masing-masing tamat dari universiti. Selepas sebulan kawan aku mengajak aku pergi minum-minum kononnya dia berjumpa dengan kawan dia dekat dengan tempat aku tinggal.
Kali pertama aku bawa la isteri dengan anak aku memandangkan aku tak mahu meninggalkan mereka di rumah. Ketika itu kawan aku menceritakan yang dia membuat satu bisnes dengan orang lain tetapi bila aku bertanya tentang bisnesnya, dia hanya menceritakan yang dia menguruskan projek dengan kawan yang lain. Cerita tamat di situ dan aku tidak mengesyaki apa-apa kerana memikirkan dia mungkin hanya mahu berjumpa atas dasar kawan.
Setelah beberapa bulan, dia pernah mengajak aku beberapa kali untuk berjumpa minum-minum tapi telah beberapa kali aku tolak memandangkan masa-masa terluang aku amat penting untuk benda lain. Akhirnya aku jumpa juga kawan aku ini di restoran terdekat. Ketika itu kawan aku membawa seorang lagi (aku gelar dia Z, bukan nama sebenar ye ) ke meja makan. Kami bercerita macam-macam sehingga masuk "bisnes" misteri mereka. Sambil tu aku promote juga yang aku buat bisnes emas ni.
Si Z ni mulalah cerita tentang bisnes mereka yang sangat menguntungkan, sambil berkata " aku sekarang dah berhenti kerja, buat fulltime bisnes ni, income aku sekarang lebih kurang RM10k sebulan". Bila aku bertanya tentang bisnes mereka ni, mereka suruh datang ke jamuan syarikat mereka keesokkan harinya. Aku pun setuju kerana pada hemat aku mungkin mereka buat bisnes antarabangsa.Aku rasa malu mempromote emas pada mereka sebab kerja jual beli emas ni tak banyak untung tapi bisnes emas ini sungguh menarik bagi aku.
Keesokkan harinya, aku pergi ke jamuan mereka di taman tasik Titiwangsa, dan di situ semua orang menceritakan tentang "bisnes ni sangat menguntungkan, kalau ko tengok orang tu (A) income dia dah RM70k sebulan". Semua orang menceritakan "bisnes" misteri ini berbaloi dan macam-macam lagi.
Kawan aku pun memperkenalkan si A ni dekat aku dan A mula bercerita tentang mereka mencari partner untuk buat bisnes ni. Masa itu dia cakap mereka menjual air mineral. Dalam hati aku berkata " wow! kalau camni dalam 2 bulan dah boleh beli 1 kg emas ni! Ada rupanya bisnes lagi untung dari emas!". Tapi dalam jamuan itu tiada siapa cerita lebih lanjut tentang bisnes misteri ni. Kata mereka mesti datang ke pejabat mereka untuk tahu lebih lanjut. Aku dengan penuh minat berkata setuju untuk ke pejabat mereka.
Malam itu, aku cerita pasal jamuan itu tapi ketika isteri aku bertanya mereka buat bisnes apa, aku tidak dapat menjawap. Isteri aku agak marah kerana katanya "bisnes tu mesti tak halal, kalau tak buat apa nak sorok-sorok taknak beritahu, lagipun, kalau diorang dah income RM70k sebulan, buat apa nak ajak kita yang miskin ni masuk, ni mesti kena bayar apa-apa ni".
Malam itu kami agak dingin sebentar kerana berbeza pendapat. Aku menganggap kawan aku mahu menolong sesama kawan sebab itu dia ajak aku tengok apa bisnes misteri ni. Aku memujuk isteri aku untuk sama-sama ke sana dan jika apa-apa deposit diperlukan, aku akan tolak terus.
Esoknya, sampai di pejabat tersebut, kami diperkenalkan dengan produk-produk yang mereka jual. Kemudian, terdapat seorang lagi telah menunggu kami untuk menerangkan apa yang mereka buat. Dipendekkan cerita, rupanya dari awal, sampai jamuan, lepas itu dapat tarik ke pejabat mereka adalah strategi mereka. Senang cerita, mereka buat MLM!! Deposit RM2080, dapat produk-produk mereka yang tak tau macammana.
Aku dengan terus-terang kata, "bisnes ni terang-terangan MLM, jatuh kepada haram, andaikata bisnes ni aku dapat income RM1 juta sebulan pun, aku lebih rela kerja kilang dengan income RM1000 sahaja, asalkan aku tak menganiayai orang lain. Biarlah anak bini aku mati kelaparan, daripada makan kenyang dari hasil-hasil camni".
Dengar sahaja ungkapan aku, kelam-kabut orang tu ke bilik orang atasan, kononnya Crown Master. Orang Crown Master tu datang, siap berdebat dengan aku katanya "Saya sudah pergi Kelantan tanya Tok Guru (Nik Aziz kot, aku berharap bukan, sebab aku sangat mengkagumi kehidupan beliau yang serba sederhana) bisnes ni halal".
Aku membalas,"Kalau awak dah faham konsep MLM tu macammana, tak payah tanya tok guru, tak payah tanya imam masjid Mekah pun, kalau dah tahu haram, hukumnya tetap haram. Macam orang hidang daging babi, awak dah sedia tahu itu daging babi yang haram, kemudian datanglah tok guru kesayangan awak tu kata daging babi tu halal, jadi awak pun makanlah ye?konon-konon dosa halal haram tok guru tu tanggung la sebab dia yang cakap halal. Awak tak tanggung dosalah ye?".
Akhirnya setelah beberapa perbalahan, sebelum Crown Master tu beredar, sempat lagi cakap "tu lah, lain kali baca buku banyak-banyak, ilmu awak tu masih belum cukup lagi. Rugi tak join bisnes ni". Amboi-amboi, taknak aku jawap, terus lari ye? aku pun cakap dengan kuat dekat situ, " Ilmu tu kalau dah tak betul, belajar banyak mana pun, tetap tak betul jugak, dah jadi tugas kita mencari ilmu yang berlandaskan agama. Walaupun ilmu itu sikit tapi berbaloi."
Blog Zaharuddin -MLM
Setelah habis sahaja sessi tersebut, kami pun balik ke rumah. Kami termenung panjang dalam kereta. Tiba-tiba aku bersuara "Kesiankan yang, ramai yang tak tahu apa-apa masuk MLM, janji ada keuntungan yang banyak, semua pun boleh, yang abang sedih tu ramai Melayu kita pula tu. Mula-mula abang rasa malu juga cerita pasal emas ni kat diorang sebab untung tak banyak macam diorang, akhirnya abang bangga abang tak jadi macam mereka".
Si isteri pun menjawap, " Aah la bang, ramai Melayu kita dekat situ, siap berhenti kerja pula tu buat benda MLM ni. Tak mengapalah bang, emas kita buat ni untuk simpanan masa depan, sekarang kita berjimat-cermat, asalkan kita bahagia sudahlah, dari kaya dari sumber yang tidak halal ni". Aku sangat gembira dengan isteriku ini, seorang yang bertolak-ansur, mudah dibawa berbincang, cuma kadang-kala gaduh tetapi tidak bercakap tak sampai 10 minit pun, lepas tu baik balik. Kami tetap berkongsi kesengalan bersama..hehehe.....
Malam itu, aku pun SMS Jeman (Master Dealer Public Gold), "Man, kalau aku buat business card, langgar etika dealer ko tak?". Setelah mendapat greenlight dari Jeman, aku pun tempahlah business card 500 keping. Tak lama selepas itu, PublicGold buat promosi sesiapa mahu jadi dealer, modal perlu RM20k sahaja daripada asal RM40k. Aku pun mendaftar menjadi dealer PublicGold secara rasmi. Modal RM20k? aku mana ada modal sebanyak tu!! Hehehe...ada kisah di sebaliknya. Perkara yang aku tidak sangka-sangka berlaku. Sungguh hebat Allah mengatur perjalanan kita. Cerita bagaimana aku mendapat modal RM20k akan aku ceritakan di sessi akan datang.
Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca sampai akhir.
oh ya, sambil tu saya mahu mempromote syarikat MLM yang telah membazir masa saya selama 3 hari + 1 hari. 1 hari lagi lepas tu, ada orang join MLM tu BAPAK dia kerja JAKIM, nak meyakinkan bisnes diorang ni halal. oh terima kasih sajelah ye?
ni maklumat tentang MLM tersebut :
Global Steady Network (konsep network marketing - MLM lah tu)
Nak jadi ahli kena bayar RM2080.00
dapat barang-barang air mineral, penapis semualah
Tarik kawan masuk dapat komisyen,lagi ramai dapat tarik kawan cukup point dapat naik Crown Master
Crown master dapat komisyen dari orang bawah sikit (kalau orang bawah dapat tarik kawan-kawan)
Tugas Crown Master memutarbelit bila anak-anak buah tak dapat ajak (sebab tu buat dekat pejabat mereka)
Ni laman web mereka : http://steadyglobalnetwork.blogspot.com/ (income dah banyak tapi pakai blogspot lagi ke???)
akhir kata, simpanlah emas untuk menjaga kekayaan anda.......hahahaha......
ni surat dari BNM dan Sijil Malaysia Book of Record tentang PublicGold
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ikuti kisah bagaimana saya menjadi dealer (Part 2) di sini.....klik sini









