Berkat ibubapa penting dalam sesuatu perbuatan...part 2 (finale?)

Salam buat pembaca TaufanEmas....

Pertama sekali, terima kasih kerana melawat blog saya yang baru berusia beberapa bulan ini. Jumlah pelawat sudah mencapai 800, lagi sikit untuk mencapai 1000, satu jumlah yang agak banyak bagi saya. Melalui blog ini juga masih banyak pengalaman yang saya ingin kongsikan dengan pembaca sekalian.

Rentetan dari Part 1 (cerita bulan 6 ni, lama betul nak ambil mood). Cerita Part 2 ini pula tentang kisah saya bermula membeli emas dan akhirnya menjadi dealer PublicGold. Cerita agak panjang, kalau anda rasa bosan, bolehlah layan baca sambil makan megi. Selamat membaca!
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Bermula dari blog Aidan menceritakan tentang emas, dari situ bermulalah penjelajahan saya mencari ilmu tentang emas. Saya membuat analisis tentang harga emas beberapa tahun, mengapa emas sangat penting, punca berlakunya inflasi dan banyak lagi. Setelah 2 minggu membuat ulangkaji, barulah saya yakin untuk memulakan simpanan emas ini.

Saya membuat keputusan untuk menghadiri seminar emas oleh Pokli, seorang Master Dealer yang berpengetahuan luas tentang emas. Sedar tak sedar, rupanya hanya saya sahaja orang baru dalam seminar tersebut, yang lain dealer baru yang mahu menimba ilmu. Dipendekkan cerita, selepas habis sahaja seminar, dengan duit cash di tangan saya membeli emas PublicGold 20g dengan harga RM2681 (harga pada 4/2/2010).

Sampai di rumah saya tunjukkan kepada isteri dan betapa terujanya saya tengok emas pertama saya. Sangat cantik dan menarik. Beberapa hari kemudian, harga emas jatuh lagi. Saya menyuarakan kepada isteri saya untuk membeli emas lagi. Isteri saya bersetuju untuk mengeluarkan wang dari Tabung Haji. Cuma buku akaun ini dipegang oleh ibu mertua saya. Permintaan isteri saya ditolak oleh ibu mertua saya kerana dia menyangkakan kami menyertai skim pelaburan emas. Siap dapat warning "Jangan kamu pinjam duit bank untuk beli emas ni".

Selepas itu saya memikirkan untuk membuat personal loan seperti yang biasa orang buat. Rupa-rupanya personal loan untuk pekerja swasta dan kerajaan jauh berbeza. Pekerja kerajaan boleh dapat pinjaman bayar sampai 20tahun tetapi untuk pekerja swasta boleh sampai 5 tahun sahaja. Interest tinggi pula tu. Sangat tidak berbaloi!

Isteri saya adalah pekerja kerajaan tetapi memandangkan dapat warning ibu mertuaku, saya membatalkan hasrat untuk membuat pinjaman atas nama isteri saya. Bagi saya setiap pekerjaan yang kita buat biarlah mendapat restu dari ibubapa kita. Saya memegang prinsip ini dalam hidup saya.

Setelah saya menjelajah dari bank ke bank bertanyakan tentang personal loan, keputusannya tidak memuaskan hati saya. "Terlalu mahal kadar pinjaman, tak berbaloi". Akhirnya dengan berat hati saya telefon mak saya.

TaufanEmas : Mak, saya telefon ada hal sikit. Nak pinjam duit kat mak.

Mak : Kamu nak buat apa dengan duit tu?

TaufanEmas : Saya nak beli emas mak. Serius nak melabur dalam emas fizikal ni. Nanti saya pulang sikit-sikit. Saya ingat nak buat personal loan, tapi mahal sangat la interest bank ni.

Mak : Betul ke kamu nak beli emas ni? Jangan pinjam dengan bank, pinjam je dengan mak.
Nanti kamu bayar sikit-sikit.

TaufanEmas : Betul ke ni mak? Alhamdulillah. Kiranya mak benarkan la saya beli emas ni?

Mak : Iyalah. Mak tak mahu kamu buat hutang dengan bank. Lagipun kamu kan selalu beritahu mak apa yang kamu buat. Mak percaya dengan anak mak.

Keputusannya, petang itu juga saya pergi ke rumah mak saya dengan meminjam RM11, 000. Bayaran bulan-bulan RM300 + RM100 (duit bagi parents) selama 3 tahun. Andaikata saya membuat personal loan, mengikut yang paling murah saya dapat, pinjam RM11, 000 bayar RM400 sebulan bayar selama 5 tahun. Jauh berbeza kan? Dapat saja duit itu, terus saya lock 20g x 4 dengan harga RM10416 (20g=RM2604). Dapat emas malam itu juga dari Jeman.

Alhamdulillah hasil saya bayar bulan-bulan hutang hanya tinggal lagi RM9200. Sedar tak sedar kami dapat memaksa diri untuk menyimpan dalam emas sedikit demi sedikit. Saya akan simpan untuk masa-masa kecemasan nanti. Jumlah 100g emas saya bernilai RM13,872 (jual balik RM13,178)sekarang.

Pada bulan Jun yang lepas, PublicGold membuat promosi untuk menjadi dealer hanya perlu RM20,000 dari jumlah asal RM40, 000. Saya berfikir ini adalah satu peluang terbaik untuk menjadi dealer PublicGold. Saya terfikir untuk menjual emas-emas saya dan membeli semula. Cara ini merugikan tetapi peluang ini sangat jarang ada. Mengumpul RM40,000 adalah mustahil dengan keadaan saya sekarang ini. Mungkin memakan masa beberapa tahun untuk mengumpul sebanyak ini.

Cara saya adalah menjual pada orang yang ingin membeli emas. Kebetulan ibu mertua saya datang menyinggah dan melihat ketulan-ketulan emas di tangan saya. Saya berkata saya mahu jual emas-emas ini dan membeli semula untuk melayakkan saya menjadi dealer PublicGold. Saya memerlukan lagi RM7000 lagi untuk mencapai Rm20,000. Ibu mertua saya terdiam dan akhirnya pulang.

Beberapa hari kemudian, saya dapat beberapa panggilan menyatakan mahu membeli emas saya. Kemudian pada hari yang sama juga, isteri saya telefon.

Isteri : Bang, kalau ayang cakap ni mesti abang tak percaya.

TaufanEmas : Benda apanya yang. By the way, hari ini ada orang nak beli emas kita tu.

Isteri : Laa....terlambat la ni... Tadi mak telefon, tiba-tiba dia cakap "Mak dah faham! Mak dah faham!". Bila tanya balik, rupanya baru mak tahu yang kita ni beli emas betul, bukan skim-skim tu. Lepas tu, mak setuju untuk bagi kita pinjam RM20, 000 buat modal. Alhamdulillah berkat kita bersabar bang. Err...abang tak boleh cancel ke dengan buyer tu? Modal kan dah ada mak bagi...

TaufanEmas : Tak boleh la ayang. Kita dah janji nak jual dekat orang tu, kita mesti tepati. Abang jual 1,2 ketul saja. Tak jadi jual semua. Abang tak mahu buyer tu kecewa. (Akhirnya buyer tu tak jadi beli kerana mahu beli dengan harga lebih rendah dari harga We Buy. Alhamdulillah..walaupun saya membuang waktu mencari rumah buyer tersebut, demi menunaikan janji saya)

Akhirnya dengan bermodalkan RM20,000 tersebut, di saat-saat akhir bulan saya berjaya melayakkan diri menjadi dealer PublicGold. Bolehlah jual emas secara terbuka sekarang...

Dealer PublicGold kaya?? Ambil contoh dari saya --> masih lagi berhutang RM29,200. Saya akan bayar sikit-sikit melalui gaji saya. Bagi saya, menjadi dealer PublicGold membuka peluang saya membeli emas dengan harga murah dan dapat menjual secara terbuka.

Moral of the story?? Bagi yang masih di bawah umur, mintalah izin ibubapa anda sebelum memulakan pembelian emas ini. Saya yang sudah berkahwin pun masih lagi minta izin pada ibubapa saya malah ibubapa mertua saya juga.

Mana yang sudah dapat izin beli emas, parents pun sudah jelas tentang emas, bolehlah bermula beli emas walaupun 1 dinar.

Mulakan simpanan anda.... Tukarkan wang fiat anda kepada emas.....
Hubungi saya Shafiruz - 0133600508

3 comments:

  1. firuz...aku suka artikel ni, walaupun panjang, aku gagahkan jugak baca sampai habis, aku suka sebab cerita ni, dari kisah benar...hihihi

    ReplyDelete
  2. terima kasih...terima kasih.... ok lah tu panjang. Aku nak menaip ni pun lebih kurang 3 jam nak siap. Ambil mood punya pasal... hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...