Dr Azizan Osman - Mekanik Minda
(Gambar dari Alumni DAO)
Salam semua pembaca yang dikasihi,
"ANDA KAYA DAN BERJAYA!"
Kali ini saya nak share tentang Dr. Azizan Osman, yang ramai salah sangka beliau adalah pakar motivasi, tetapi sebenarnya bukan. Beliau adalah "Mekanik Minda". Beliau berupaya 'membaiki' pemikiran kita yang salah, kepada yang betul. Yang negatif, kepada positif.Yang hisap rokok, berhenti merokok. Yang bergaduh dengan ibu bapa, terus call minta maaf. Yang masam mencuka, terus senyum melebar. Dan macam-macam lagi.
Bila saya kata begini, mungkin ramai tidak percaya, JANGAN PERCAYA, PERGI DULU.
Kisah saya bermula untuk berminat dengan seminar DAO ini bermula dengan rakan saya, yang secara tiba-tiba menghubungi saya, "Eh, aku nak beli emas lah". Bila saya selidik kenapa dia beli emas, rupa-rupanya dia mengikut nasihat DAO di seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) 2011. Sejak itu, saya mula mengikuti seminar DAO ini.
Gambar semasa kelas IMKK 2012 (Senyum kelat sikit)
Gambar selepas kelas IMKK 2012 (Senyum dah melebar)
Sepanjang seminar, kami dikehendaki menulis sambil berdiri, duduk macam pengantin, dan macam-macam lagi. Tak pernah saya menghadiri seminar seperti itu. Tetapi, ada satu perkara yang bermain di fikiran saya sepanjang seminar itu.
"Bagaimana DAO boleh berdiri dan bercakap selama itu?"
Seminar pada hari pertama 9am -10.30pm, hari kedua 9am - 11.30pm, dan hari terakhir 9am-4.30pm. Tolak waktu rehat, DAO bercakap lebih kurang 10-11 jam sehari sambil berdiri (duduk hanya sekejap sahaja). Pada saya, hanya orang yang betul-betul minat apa yang dia suka sahaja boleh berbuat dan begitu bertenaga. Beliau sendiri adalah contoh yang terbaik.
"Buat apa yang anda suka, anda pasti akan kaya dan berjaya."
Konsep yang ditekankan oleh beliau sangat mudah. Sharing. Dan saya tahu dalam dunia pelaburan emas ini, konsep sharing sangat penting untuk menarik pelanggan/rakan niaga dalam pelaburan emas ini. Lagi banyak mereka faham, lagi banyak mereka akan beli.
Secara tidak langsung, DAO telah memberi inspirasi dan perubahan kepada ramai orang termasuk dalam dunia emas ini sendiri. Antara yang saya tahu ialah, Pokli, Faizan @ Pelabur Jutawan, Faizal Yusof, Faeez Uncang Emas, Hasnizam @ Emas8Kilo dan ramai lagi (setakat ini yang saya tanya/jumpa mereka).
Jadi, saya sangat galakkan anda semua untuk mengikuti seminar DAO ini. InsyaAllah pandangan anda akan berubah 180 darjah. Cuba pecahkan sikap anda dari "biasa-biasa" kepada "luar biasa". Buat benda yang anda rasa di luar kebiasaan anda. Anda pasti akan kaya dan berjaya!
Seminar IMKK 2012 dihadiri seramai 3000 orang
(Gambar dari Alumni DAO)
nota kaki : untuk pengetahuan anda, ilmu DAO tentang pelaburan emas bukan calang-calang. Saya sendiri terkejut apabila beliau menerangkan tentang kenapa beli emas, jangan beli GIA, pajak dan sebagainya.