Cara Pembelian Emas dan Perak
1. Lihat pada kotak "Harga Emas 999" dan "Harga Emas 916" "WE SELL" untuk harga semasa. Harga dikemaskini setiap 20 minit. Pilih jenis emas yang anda ingin dan hubungi saya untuk lock harga.
*kos penghantaran diperlukan untuk emas PublicGold 999 dan PublicSilver
PublicGold
20gram = harga semasa + RM10
50gram = harga semasa + RM20
100gram = harga semasa + RM30
PublicSilver
250gram = harga semasa + RM20
500gram = harga semasa + RM30
1kg = harga semasa + RM30
PublicJewellery
1 unit barang kemas = harga seunit + RM30
Barang akan sampai 2 minggu selepas tempahan.
2. Untuk lock harga : Berikan nama penuh, no IC dan jenis, kuantiti emas yang anda ingin beli. Masukkan wang ke akaun saya (minimum 10% dari harga pembelian) dan saya akan aturkan temujanji untuk menyerahkan emas. Bayaran selebihnya boleh dilakukan pada waktu serahan.
3. Untuk COD : Atur temujanji dengan saya untuk masa dan tempat serahan emas. Harga mengikut pada waktu pertemuan tersebut.
4. Resit akan dikeluarkan pada waktu serahan emas. Urusniaga selesai.
Cara Penjualan Emas dan Perak
1. Terdapat 2 cara untuk anda menjual emas dan perak;
- Jual kepada Dealer Public Gold yang berdaftar dan berdekatan
Hanya perlu hubungi dan buat temujanji dengan dengan dealer tersebut. Dealer akan membeli semula produk tersebut.
- Jual kepada cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
Hanya perlu "walk-in", staf PG akan memeriksa ketulenan, berat produk. Setelah berpuas hati, pihak PG akan memasukkan ke akaun bank anda dalam masa 1-3 hari waktu bekerja.
2. Perlu diingatkan bahawa kami akan mengikut harga "WE BUY" dan RM10 akan ditolak bagi setiap kehilangan resit.