Aku malu jual emas.....tapi aku yakin dengan apa aku buat... Part 1

Lama dah tak update blog.... banyak perkara telah berlaku sepanjang bulan Jun ni...

Antara perkara-perkara yang berlaku sepanjang bulan ini adalah......

1. aku buat business card untuk emas setelah aku mendengar kawan aku membazirkan masa aku dengan MLM dia.

Ceritanya bermula ketika aku jumpa kawan sekolah lama aku di PWTC dan kami pun bertukar-tukar no hp setelah lama tidak berjumpa sejak masing-masing tamat dari universiti. Selepas sebulan kawan aku mengajak aku pergi minum-minum kononnya dia berjumpa dengan kawan dia dekat dengan tempat aku tinggal.

Kali pertama aku bawa la isteri dengan anak aku memandangkan aku tak mahu meninggalkan mereka di rumah. Ketika itu kawan aku menceritakan yang dia membuat satu bisnes dengan orang lain tetapi bila aku bertanya tentang bisnesnya, dia hanya menceritakan yang dia menguruskan projek dengan kawan yang lain. Cerita tamat di situ dan aku tidak mengesyaki apa-apa kerana memikirkan dia mungkin hanya mahu berjumpa atas dasar kawan.

Setelah beberapa bulan, dia pernah mengajak aku beberapa kali untuk berjumpa minum-minum tapi telah beberapa kali aku tolak memandangkan masa-masa terluang aku amat penting untuk benda lain. Akhirnya aku jumpa juga kawan aku ini di restoran terdekat. Ketika itu kawan aku membawa seorang lagi (aku gelar dia Z, bukan nama sebenar ye ) ke meja makan. Kami bercerita macam-macam sehingga masuk "bisnes" misteri mereka. Sambil tu aku promote juga yang aku buat bisnes emas ni.

Si Z ni mulalah cerita tentang bisnes mereka yang sangat menguntungkan, sambil berkata " aku sekarang dah berhenti kerja, buat fulltime bisnes ni, income aku sekarang lebih kurang RM10k sebulan". Bila aku bertanya tentang bisnes mereka ni, mereka suruh datang ke jamuan syarikat mereka keesokkan harinya. Aku pun setuju kerana pada hemat aku mungkin mereka buat bisnes antarabangsa.Aku rasa malu mempromote emas pada mereka sebab kerja jual beli emas ni tak banyak untung tapi bisnes emas ini sungguh menarik bagi aku.

Keesokkan harinya, aku pergi ke jamuan mereka di taman tasik Titiwangsa, dan di situ semua orang menceritakan tentang "bisnes ni sangat menguntungkan, kalau ko tengok orang tu (A) income dia dah RM70k sebulan". Semua orang menceritakan "bisnes" misteri ini berbaloi dan macam-macam lagi.

Kawan aku pun memperkenalkan si A ni dekat aku dan A mula bercerita tentang mereka mencari partner untuk buat bisnes ni. Masa itu dia cakap mereka menjual air mineral. Dalam hati aku berkata " wow! kalau camni dalam 2 bulan dah boleh beli 1 kg emas ni! Ada rupanya bisnes lagi untung dari emas!". Tapi dalam jamuan itu tiada siapa cerita lebih lanjut tentang bisnes misteri ni. Kata mereka mesti datang ke pejabat mereka untuk tahu lebih lanjut. Aku dengan penuh minat berkata setuju untuk ke pejabat mereka.

Malam itu, aku cerita pasal jamuan itu tapi ketika isteri aku bertanya mereka buat bisnes apa, aku tidak dapat menjawap. Isteri aku agak marah kerana katanya "bisnes tu mesti tak halal, kalau tak buat apa nak sorok-sorok taknak beritahu, lagipun, kalau diorang dah income RM70k sebulan, buat apa nak ajak kita yang miskin ni masuk, ni mesti kena bayar apa-apa ni".

Malam itu kami agak dingin sebentar kerana berbeza pendapat. Aku menganggap kawan aku mahu menolong sesama kawan sebab itu dia ajak aku tengok apa bisnes misteri ni. Aku memujuk isteri aku untuk sama-sama ke sana dan jika apa-apa deposit diperlukan, aku akan tolak terus.

Esoknya, sampai di pejabat tersebut, kami diperkenalkan dengan produk-produk yang mereka jual. Kemudian, terdapat seorang lagi telah menunggu kami untuk menerangkan apa yang mereka buat. Dipendekkan cerita, rupanya dari awal, sampai jamuan, lepas itu dapat tarik ke pejabat mereka adalah strategi mereka. Senang cerita, mereka buat MLM!! Deposit RM2080, dapat produk-produk mereka yang tak tau macammana.

Aku dengan terus-terang kata, "bisnes ni terang-terangan MLM, jatuh kepada haram, andaikata bisnes ni aku dapat income RM1 juta sebulan pun, aku lebih rela kerja kilang dengan income RM1000 sahaja, asalkan aku tak menganiayai orang lain. Biarlah anak bini aku mati kelaparan, daripada makan kenyang dari hasil-hasil camni".

Dengar sahaja ungkapan aku, kelam-kabut orang tu ke bilik orang atasan, kononnya Crown Master. Orang Crown Master tu datang, siap berdebat dengan aku katanya "Saya sudah pergi Kelantan tanya Tok Guru (Nik Aziz kot, aku berharap bukan, sebab aku sangat mengkagumi kehidupan beliau yang serba sederhana) bisnes ni halal".

Aku membalas,"Kalau awak dah faham konsep MLM tu macammana, tak payah tanya tok guru, tak payah tanya imam masjid Mekah pun, kalau dah tahu haram, hukumnya tetap haram. Macam orang hidang daging babi, awak dah sedia tahu itu daging babi yang haram, kemudian datanglah tok guru kesayangan awak tu kata daging babi tu halal, jadi awak pun makanlah ye?konon-konon dosa halal haram tok guru tu tanggung la sebab dia yang cakap halal. Awak tak tanggung dosalah ye?".

Akhirnya setelah beberapa perbalahan, sebelum Crown Master tu beredar, sempat lagi cakap "tu lah, lain kali baca buku banyak-banyak, ilmu awak tu masih belum cukup lagi. Rugi tak join bisnes ni". Amboi-amboi, taknak aku jawap, terus lari ye? aku pun cakap dengan kuat dekat situ, " Ilmu tu kalau dah tak betul, belajar banyak mana pun, tetap tak betul jugak, dah jadi tugas kita mencari ilmu yang berlandaskan agama. Walaupun ilmu itu sikit tapi berbaloi."

Blog Zaharuddin -MLM


Setelah habis sahaja sessi tersebut, kami pun balik ke rumah. Kami termenung panjang dalam kereta. Tiba-tiba aku bersuara "Kesiankan yang, ramai yang tak tahu apa-apa masuk MLM, janji ada keuntungan yang banyak, semua pun boleh, yang abang sedih tu ramai Melayu kita pula tu. Mula-mula abang rasa malu juga cerita pasal emas ni kat diorang sebab untung tak banyak macam diorang, akhirnya abang bangga abang tak jadi macam mereka".

Si isteri pun menjawap, " Aah la bang, ramai Melayu kita dekat situ, siap berhenti kerja pula tu buat benda MLM ni. Tak mengapalah bang, emas kita buat ni untuk simpanan masa depan, sekarang kita berjimat-cermat, asalkan kita bahagia sudahlah, dari kaya dari sumber yang tidak halal ni". Aku sangat gembira dengan isteriku ini, seorang yang bertolak-ansur, mudah dibawa berbincang, cuma kadang-kala gaduh tetapi tidak bercakap tak sampai 10 minit pun, lepas tu baik balik. Kami tetap berkongsi kesengalan bersama..hehehe.....

Malam itu, aku pun SMS Jeman (Master Dealer Public Gold), "Man, kalau aku buat business card, langgar etika dealer ko tak?". Setelah mendapat greenlight dari Jeman, aku pun tempahlah business card 500 keping. Tak lama selepas itu, PublicGold buat promosi sesiapa mahu jadi dealer, modal perlu RM20k sahaja daripada asal RM40k. Aku pun mendaftar menjadi dealer PublicGold secara rasmi. Modal RM20k? aku mana ada modal sebanyak tu!! Hehehe...ada kisah di sebaliknya. Perkara yang aku tidak sangka-sangka berlaku. Sungguh hebat Allah mengatur perjalanan kita. Cerita bagaimana aku mendapat modal RM20k akan aku ceritakan di sessi akan datang.

Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca sampai akhir.

oh ya, sambil tu saya mahu mempromote syarikat MLM yang telah membazir masa saya selama 3 hari + 1 hari. 1 hari lagi lepas tu, ada orang join MLM tu BAPAK dia kerja JAKIM, nak meyakinkan bisnes diorang ni halal. oh terima kasih sajelah ye?

ni maklumat tentang MLM tersebut :

Global Steady Network (konsep network marketing - MLM lah tu)
Nak jadi ahli kena bayar RM2080.00
dapat barang-barang air mineral, penapis semualah
Tarik kawan masuk dapat komisyen,lagi ramai dapat tarik kawan cukup point dapat naik Crown Master
Crown master dapat komisyen dari orang bawah sikit (kalau orang bawah dapat tarik kawan-kawan)
Tugas Crown Master memutarbelit bila anak-anak buah tak dapat ajak (sebab tu buat dekat pejabat mereka)
Ni laman web mereka : http://steadyglobalnetwork.blogspot.com/ (income dah banyak tapi pakai blogspot lagi ke???)

akhir kata, simpanlah emas untuk menjaga kekayaan anda.......hahahaha......

ni surat dari BNM dan Sijil Malaysia Book of Record tentang PublicGold



-------------------------------------------------------------------------------------------------

ikuti kisah bagaimana saya menjadi dealer (Part 2) di sini.....klik sini

6 comments:

  1. (income dah banyak tapi pakai blogspot lagi ke???)- aku tak tahan gelak ngan ayat nih...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Aku pun ade pengalaman dgn diorg ni....
    Ada sorg mamat dlm group ni.... duit org bwh pun die kebas.... aku kalau nak sebut name die kt cni pun blh..... geram jerk aku nk sebut name die....
    die ni x salah aku org lame lah jugak dlm SGN ni... sanggup dtg dr ngri selatan tanah air utk tipu org.... melayu suka jahanam kan melayu....

    ReplyDelete
  3. yeye.. aku pown baru je td member ajak.. pegi la gak opis dia orang kt Chan Sow Lin tuh...macam2 dia explain... dorang baje aku join kot.. tp aku pikir tyunggu la pikir dlu... balik2 nih terus search... sebjik ape yg komplain kt internet...
    cuma ape yg aku pikir sebjik cam owner blog nih..
    if dah kaya nape still pakai blogspot......

    ReplyDelete
  4. maaf mecelah...MLM haram tu terlalu umum...tak semua MLM haram...harap perbetulkan..http//www.stormreaders.net/salehuddin
    p/s:saya pun agen public gold juga he he

    ReplyDelete
  5. aku dah terkena dgn SGN awal tahun ni, terkena atas kawan yg aku percaya. tinggal 1 bilik masa belajar, kiranya kawan rapat jgak la, tup tup aku kena gorang.

    lesap duit aku 2080.

    niat aku baik nak ubah hidup kpd lebih baik, kalu de lebih nak bantu org kita, tup tup aku kena sedut.

    mujur aku x terjebak dgn perangkap diorg yg jauh lebih besar. mmg logik lah kalu org yg keja gaji besar2 pun kena tipu sampai terpaksa brenti kerja. aku da jumpa diorg, dan aku yakin diorg tak boleh buat apa melainkan jadi hamba golongan penipu ni.

    aku nekad tak sampai sebulan join, aku brentiwalapun masa tu aku da mampu tarik org. tp aku batalkan niat dan cerita perkara sebenar kat org2 tu.

    takpelah duit aku hangus, setidaknya aku tak tipu org lain. pengalaman yg aku dapat aku jadikan iktibar dan kongsi dgn org lain.

    sekrang aku buka bisnes sendiri. aku meniaga emas. bukan dgn PG(PG ok cuma harga mahal sebab caj lain2 walaupun kualiti sama). sama2 kita selamatkan org kita dgn meniaga emas.

    ReplyDelete
  6. kalau nak beli emas bentuk barang kemas ada jual tak??sebab emas dalam bentuk dinar dan bar tak diterima di pajak gadai....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...