Merempit biar berilmu (Ar-rahnu)

Salam semua,

Sudah lama tidak update blog berikutan masa-masa saya yang sangat ketat terutama di bulan ramadan ini. Hari ini baru dapat berehat-rehat.

Blog ini bukan sahaja bercerita tentang kebaikan tentang emas sahaja semata-mata, malah saya ingin pembaca sedar tentang kebaikan dan keburukan tentang emas ini. Anda harus ingat akan risiko-risiko membeli emas terutamanya ketika anda memajak emas anda di Ar-rahnu. Apabila anda sudah jelas tentang emas, maka anda boleh membuat pilihan untuk menceburi bidang jualbeli emas ini.


Cara memajak emas di Ar-rahnu biasa digunakan oleh pembeli-pembeli emas malah dealer-dealer emas di seluruh Malaysia. Malah saya juga sudah 2 kali memajak emas PublicGold dan PublicDinar di AgroBank Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Saya tidak menjelaskan prosedur memajak Ar-rahnu kerana anda boleh melihat pada blog-blog lain tetapi saya ingin anda memastikan "niat" anda sebelum anda membuat keputusan memajak emas. Mungkin saya akan terangkan di artikel lain tentang prosedur ar-rahnu ini setelah anda faham teknik memajak ini (sesetengah orang memanggil teknik merempit).

Nilai emas belum tentu pulang modal dalam 6 bulan

Bagi mendatangkan keuntungan teknik ini, anda perlu mengkaji dan memahami risiko yang bakal akan terjadi. Teori untung dalam masa 6 bulan ini hanya berkesan pada "beli pada harga rendah, jual pada harga tinggi". Memajak emas memerlukan timing yang tepat. Target anda adalah harga emas selepas 6 bulan melepasi spread 5-6% + upah simpan.

Sesetengah pembeli emas beranggapan harga emas akan naik selepas 6 bulan dan anda untung jika anda menjual emas hasil dari pinjaman pajakan emas tersebut. Tetapi tidak semestinya berlaku begitu. Lihat contoh di bawah.



Jika anda lihat, harga emas hanya melepasi harga we buy, dan kemudian harga kembali jatuh sebelum naik kembali. Mengikut pengiraan, anda masih perlu membayar upah simpan di mana anda masih dalam tahap kerugian.

Memaksimakan keuntungan meminimakan kerugian

Terdapat cara-cara untuk anda meminimakan kerugian dalam memajak emas. Lihat tips-tips di bawah sebelum anda memajak emas anda di Ar-rahnu.

1. Pajak pada waktu harga rendah

Anda boleh bersiap sedia memajak emas anda apabila harga emas jatuh 6%-7% dari harga tertinggi harga semasa emas. Kebanyakan dealer-dealer emas tahu pada waktu bila harga emas terbaik dan waktu terbaik untuk memajak.

2. DISIPLIN

Setelah anda mendapat pinjaman Ar-rahnu, pastikan wang itu anda gunakan untuk menjana keuntungan seperti berniaga, dan paling mudah, membeli emas lagi.

Cara terbaik untuk melangsaikan pinjaman adalah melalui bayaran secara bulanan, dan bayaran bulanan tertera pada surat pajak (merujuk surat pajak Agrobank). Ini bermakna anda membeli emas pada harga rendah dan dapat menyimpan lebih banyak emas lagi.

3. Bayar pada waktu yang ditetapkan

Anda harus tahu selepas 6 bulan, jika masih tidak dapat melangsaikan pinjaman tersebut, anda boleh menangguh sehingga 5 bulan lagi tetapi mesti membayar upah simpan selama 6 bulan terlebih dahulu. Perlu ingat bila perlu membayar jika tidak emas anda akan dilelong.

Itu sahaja buat masa ini.

Bagi saya cara terbaik menggunakan teori pajak ini adalah pajak pada waktu harga rendah, bayar secara bulanan @ sedikit demi sedikit. Pada akhir nanti kuranglah beban untuk membayar pinjaman nanti. Saya sendiri memajak pada waktu ini kerana saya berkira-kira bonus hujung tahun saya dapat menampung separuh dari jumlah pinjaman tersebut.

Sekian, wassalam.

Nantikan post saya akan datang;

Nilai emas tidak pernah berubah

- Melalui tajuk ini saya akan mengubah persepsi anda bahawa harga emas bukannya naik, tetapi nilainya yang tidak pernah berubah menyebabkan harganya naik. Kesan "sesuatu" dan saya jangkakan harga emas akan tetap naik akibat "sesuatu" ini.

Nantikanlah ya!!

4 comments:

  1. Salam tuan, sertailah cbox emas dari usahawanemas.net. kini saya sedang kumpulkan cbox untuk mudahkan kita promote kepada kominti emas melalui satu page sahaja. layari http://cboxemas.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. aku klu merempit ni, OD tau la.Klu emas, kureng sket ilmu.hehehehe
    -hafiz@loloqyangamathensem di COM-

    ReplyDelete
  3. BARU-BARU INI SAYA ADA TERBACA SATU E-BOOK BERKAITAN DENGAN TEKNIK TUKAR GANDA SILVER, DI MANA DI DALAM E-BOOK ITU ADA MENCERITAKAN TENTANG BAGAIMANA MEMAKSIMAKAN TEKNIK PELABURAN EMAS DAN SILVER. SAYA RASA TEKNIK INI BOLEH DIGUNA PAKAI UNTUK MENAMBAHKAN LAGI KEUNTUNGAN DI DALAM PELABURAN EMAS DAN PERAK. SAYA DAPAT INFO PENJUALAN E-BOOK TUKAR GANDA SILVER AKAN DIBUKA SEMULA PADA 22/09/2011. BOLEH KLIK LINK INI UNTUK MAKLUMAT LANJUT http://www.pelaburansilver.com/hop.php?ref=zain28

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...