Prosedur Ar-Rahnu (Agrobank) - Siri 2

Salam semua pembaca, bertemu lagi dalam siri kedua pajak emas melalui Ar-Rahnu ini.

Bagi yang belum mengikuti artikel sebelumnya, boleh klik web di bawah.
Pengalaman di Ar-Rahnu Agrobank Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Perkhidmatan Ar-Rahnu Agrobank

Bagi yang tinggal di kawasan Cheras, Ampang, Bangi, Serdang, Putrajaya, dan kawasan yang terdekat dengannya bolehlah memajak emas di Agrobank Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Perlu diingatkan bukan semua cawangan Agrobank menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu.

Untuk pengetahuan semua, Agrobank menjadi pilihan ramai dealer-dealer PublicGold kerana PublicGold telah diiktiraf ketulenannya dan upah simpan paling murah. Waktu harga jatuh memang ramai orang akan memajak emas mereka dan menambah lagi simpanan dengan membeli emas lagi.

Sebelum anda memajak emas, pastikan item di bawah anda bawa bersama;

1.Untuk PublicGold : Emas anda (jongkong atau dinar) dan sijil ketulenan
Untuk PAMP SUISSE : Emas anda, sijil ketulenan dan RESIT
Untuk emas lain : perlu rujuk pada Agrobank tersebut

2. Kad Pengenalan (IC)

Itu saja. Mudah kan? Bagi PAMP Suisse, saya difahamkan oleh penilai emas bahawa emas tersebut memerlukan resit asal bagi mengelakkan berlaku penipuan (Saya rasa merujuk kepada kes Etika Emas Estet, saya pun tak berapa jelas tentang syarikat ini).

Jika item tersebut sudah ada, terus ke tingkat 2 Agrobank Cheras dan masuk ke bilik pajak. Di situ dua item di atas akan diambil. Emas akan dinilai ketulenan menggunakan densimeter dan IC,sijil anda akan dibuat salinan. Sambil itu anda akan diberikan borang akuan penggadai untuk diisi. Jika anda mahu dibuat 5 surat pajak, maka 5 borang akan diberi. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda menebus emas satu persatu berbanding emas dikumpul dalam 1 surat pajak.

Emas anda akan dinilai sebaik-baiknya walaupun emas anda dikenali ramai - gambar hiasan

(Gambar Tun Dr. Mahathir bersama emas PublicGold)

Oh ya, sebelum saya terlupa,bagi yang tidak mempunyai akaun Agrobank, akaun akan dibuat pada masa itu juga.

Sesudah ketulenan emas sama seperti yang tertera pada sijil, maka pinjaman anda diluluskan. Nilai maksimum pinjaman adalah 70% dari harga emas semasa. Anda akan diberikan surat pajak dan borang 'wang keluar'.Kemudian anda boleh mengambil wang dari kaunter tingkat 1 untuk mengambil wang pinjaman anda.

Sekarang anda telah mendapat wang pinjaman melalui pajak emas. Gunakan wang itu sebaik-baiknya dan pastikan boleh menjana keuntungan dalam masa 6 bulan. Anda boleh gunakan untuk memulakan bisnes anda atau beli emas lagi.

Wang yang saya peroleh melalui teknik Ar-Rahnu

Pinjaman ini boleh dibayar secara ansuran atau sekaligus. Tempoh maksima adalah 6 bulan dan boleh disambung 6bulan+6bulan dengan membayar upah simpan sebelumnya

Saya berhenti di sini dahulu. Masih terdapat Siri 3 yang berkisar tentang cara pembayaran pinjaman Ar-Rahnu Agrobank. Nantikan kemunculannya...

Sekian,
wassalam..

Prosedur Ar-Rahnu (Agrobank) - Siri 3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...