Bisnes TaufanEmas ditutup sementara waktu...


Salam semua pembaca,

Apa khabar semua??? Sudah lama tak menaip artikel baru.

Baru-baru ini bulan Disember merupakan bulan yang terlampau sibuk bagi saya. Bermula tahun baru ini agak barulah saya mempunyai sedikit masa untuk disampaikan di sini. InsyaAllah email-email dari pembaca-pembaca sekalian akan saya balas tak lama lagi.

Alhamdulillah jualan saya bolehlah dikatakan biasa-biasa sahaja. Tengok dari luaran memang nampak macam banyak tetapi apa yang saya dapat adalah lebih dari keuntungan melalui wang ringgit. Melalui emas ini, telah menyedarkan saya tentang keadaan ekonomi dunia, betapa perlunya anda bijak menyimpan@mengurus simpanan anda dan banyak lagi. Kerana emas ini juga saya telah dipertemukan peminat-peminat emas dari seluruh Malaysia dan saya berkira-kira telah menemui lebih 50 orang seluruh Malaysia.

Melalui Facebook telah memperluaskan lagi rangkaian rakan-rakan emas saya dan mereka ini bukan mengenali kita atas dasar keuntungan semata-mata, hanyalah kerana mempunyai minat yang sama, membeli dan menyimpan emas. Jadi, jika ada orang bertanya, "kalau beli emas selain PublicGold boleh tak??". Hanya ini jawapan saya "Di Malaysia ini ada banyak emas jenis lain, jika anda rasa berpuas hati, gembira dan memahami konsep simpanan emas, tak kisah emas jenis apa, asalkan anda selesa dengan apa yang anda beli. Jenis apa-apa pun tak kisah."

Di sini saya ingin kongsikan jumlah jualan saya sepanjang tahun 2010. Agak sedikit berbanding dealer-dealer lain tapi saya ingin pendedahan kepada anda yang masih baru dalam bisnes emas ini.

Sales 2010

18/2 En. D 20gx2, 50gx1 = RM12,069 (ya betul saya dapat jualan sebelum menjadi dealer)
10/7 En. L 10 dinarx2 = RM11,396
17/7 En. L 10 dinarx2 = RM11,330
18/7 En. L 10 dinarx10 = RM56,760
3/8 En I 1 dinarx2 = RM1,136
17/9 Pn. N 20gx2 = RM5600
11/10 En. H 1 dinarx1 = RM629
17/10 En. W 5 dinarx1,1 dinarx2 = RM4,461
27/10 En. W 1 dinarx4 = RM2,496
28/10 En. W 1dinarx1 =RM620
1/12 En. L 10dinarx2 = RM12,670 (sila lihat harga 10dinar pada bulan 7...hehe..)
2/12 Pn. A 20gx1 = RM3,166
8/12 Pn. A 20gx1,1dinarx4 = RM5,808
12/12 Pn. A 1dinarx6 = RM3,924
19/12 En. F, En. K, = RM9,426

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan saya. Sepanjang tahun 2010 ini, ada bermacam-macam call yang saya terima,nak jual serbuk emas, minat emas tapi tak berminat nak jumpa, Puan datin marah-marah kita nak beli emas dia murah (PAMP Suisse) padahal dia kena tipu dengan Etika Emas lepas tu nak jual kat kita ikut harga kedai emas, dan banyak lagi. Tetapi antara yang paling menarik bagi saya, adalah minat En. Yusri, salah seorang dealer rangkaian TaufanEmas.

Tahniah kerana berjaya menjadi dealer atas minat, kejujuran dan keikhlasan anda dalam emas. Saya tidak memberi apa-apa modal kepada En. Yusri, saya hanya menerangkan peluang-peluang yang ada. Alhamdulillah, beliau menjadi dealer tanpa mengeluarkan wang sesen pun dari koceknya, hanya kerana 1 customer lock RM20k sehari selepas perbualan telefon kami.

Bagi pembaca dan dealer-dealer yang baru berjinak-jinak dengan emas, mulakanlah pembacaan demi pembacaan. Saya sendiri pun dalam keadaan mengkaji tentang emas dan masih banyak lagi yang perlu kita ketahui. Emas adalah sesuatu yang complicated. Jangan terlalu taksub dengan emas tanpa memikirkan baik buruknya, setiap aspek dan pandangan perlu diambil kira.

Oh ya, sebagaimana title di atas, saya dengan ini menutup sementara waktu sebarang tempahan emas dari saya bermula 01.01.2011 sehingga 31.03.2011 bagi memberi ruang kepada saya untuk fokus kepada cabang cabaran yang baru. InsyaAllah bisnes emas akan berjalan semula selepas tempoh di atas. Bagi customer-customer saya, jangan risau, saya tak lari ke zimbabwe beli emas mereka, servis saya kepada anda masih berjalan seperti biasa. Buyback, tiada masalah.

InsyaAllah perjalanan artikel masih saya teruskan. Banyak lagi yang saya mahu kongsikan dengan anda semua. Dalam minda saya ada satu tajuk " Keburukan emas dan wang fiat". Masih mencari masa-masa yang sesuai untuk mengarang nanti.


Sekian, jumpa lagi!! Selamat menyambut tahun 2011 dan semoga apa yang anda lakukan diberkati Allah!!

Wassalam.

Pertandingan "Teka jumlah harga emas" - Menangi Emas Fizikal


Salam dan selamat sejahtera!!!!

Kali ini saya mahu membuat pertandingan sempena jumlah visitor blog saya mencecah 5000.
Sila 'terangkan' mata anda kerana anda akan memasuki dimensi warna-warni selepas ini.

Hadiahnya adalah seperti berikut.

Kategori Blogger : Emas 1g Kuwait Finance House
Kategori Reader : Buku "Dinar Emas - Realiti semasa penggunaannya di Malaysia"


Caranya mudah, anda hanya perlu teka jumlah harga emas di atas.

HARGA TEKA EMAS PADA 8 JANUARI 2011
Jumlah harga : 10dinar x 9 keping + 1dinar x 8 keping + 50g sekeping + 1 gram KFH = RM____________

Rujuk harga di
3. Kuwait Finance House ----> Ruang Gold Price

*****TARIKH TUTUP/TAMAT : 1 JANUARI 2011******

Syarat-syarat penyertaan :

Kategori Blogger

1. Anda perlu jadi follower blog ini.

2. Sila copy gambar di atas dan iklankan pertandingan ini di blog/web anda. Masukkan sekali harga teka emas anda.

3. Masukkan link artikel ini di blog anda pada akhir artikel.

4. Taip "BLOG: " dan berikan jawapan anda dan link artikel anda di ruangan komen. Diingatkan bukan link blog anda tetapi link artikel yang anda buat di blog anda tentang pertandingan ini.

Contoh komen :
"BLOG : Taufan Emas, aku teka jumlah emas adalah berjumlah RM87364.53 tunaiiii... ini link saya www.taufanemashebatgilerwehbuatpertandingantakhengat.com/pertandingantaufanemas"

Kategori Reader

1. Anda perlu jadi follower blog ini.

2. Taip "READER :" dan berikan jawapan anda dan masukkan slogan di ruangan komen.
Slogan : Saya berminat tentang emas kerana ...............................................

Contoh komen :
"READER : Taufan Emas, saya teka emas semua-semua tu berjumlah 1 juta ringgit je tunaiiiii....; Saya berminat tentang emas kerana emas penting untuk buat cincin pertunangan saya dan perkahwinan anak-anak saya kelak."

3. * Hadiah diberikan pada nilai harga yang terdekat dan slogan yang kreatif.

Pertandingan ini terbuka kepada semua di seluruh dunia!!!!!!!

Mana-mana yang tak menepati syarat-syarat di atas akan direject serta-merta.

Penghantaran melalui EMS atau PosLaju. Sila berikan saya masa untuk menguruskan penghantaran.

OK, selamat mencuba!!! (seronok buat pertandingan ni.....hehehehe......)

Info Tambahan : Pemenang diberikan pada jawapan harga paling tepat atau hampir. Jika jawapan sama maka hadiah diberikan pada peserta yang komen lebih awal. (untuk mengelakkan penipuan.) .Jadi baik beri jawapan berlainan kalau tengok orang lain dah bagi harga sama yang kita nak.

INFLASI, Kijang Emas

Bila China atau India membeli emas, nilai dolar semakin tertekan kerana lambakan dolar di negara mereka

Salam pembaca semua,

Artikel ini saya taip semasa dalam train komuter dengan hp Nokia C6. Terima kasih kepada isteri saya kerana menghadiahkan hp yang sesuai untuk menaip artikel pada bila-bila masa.


Kenaikan gaji tidak selaras dengan kenaikan barang

Ok, berbalik kepada topik asal. Dahulu, pernah kecoh satu Malaysia tentang 'inflasi sifar'. Saya waktu itu saya masih kecil, dan hanya tahu 'Belilah barangan Malaysia'. Apa itu inflasi memang saya tidak faham. Anda boleh baca info tentang inflasi di sini.

Apa Itu Inflasi <--- klik sini

Kini, sejak menelaah informasi tentang emas, semakin banyak yang saya tahu. Saya sedar inflasi setiap tahun lebih kurang 4-5%. Ini bermakna nilai matawang kita jatuh 4% dan secara tidak langsung harga barang kemungkinan naik 4% setiap tahun. Ini mempengaruhi kenaikan harga barang di sekeliling kita.

Inflasi, anda perlu ambil kira dalam kehidupan seharian. Anda akan lebih jelas tentang sebab kenaikan harga barang-barang di sekeliling anda apabila anda faham tentang inflasi.

Kesan inflasi menyebabkan ekonomi semakin parah

Sedar atau tidak, wang kertas kita semakin jatuh nilainya. Ini kesan daripada pencetakan berleluasa wang kertas dan saya menganggar faktor utama adalah DOLAR US. Terbaru, US telah mengisytiharkan mereka akan mencetak 600 billion dolar pada tahun hadapan yang kononnya untuk menampung permintaan dolar dan meningkatkan ekonomi.

Ini sebenarnya memburukkan lagi keadaan. Negara yang kaya akan semakin kaya (US) dan negara yang miskin akan semakin miskin (contoh Zimbabwe). Cara ini hanyalah untuk menyelamatkan ekonomi US dan merudumkan ekonomi negara lain.

Sampai satu masa mungkin rakyat akan menolak penggunaan wang fiat - gambar hiasan

Zimbabwe juga walaupun negara mereka mempunyai emas tetapi rakyat mereka hidup tertekan. Hasil kesan politik dan sifat tamak pihak kerajaan, maka wujudlah sekeping wang kertas 100 trillion dollar Zimbabwe yang nilainya tidaklah seberapa.

KIJANG EMAS

Kijang emas yang 'manja'

Di Malaysia, Bank Negara Malaysia sendiri telah memperkenalkan Kijang Emas, sebagai satu medium kalis inflasi. Kijang Emas yang berharga RM1000+ pada permulaan pengeluaran kini telah mencecah RM4500+ utk 1oz(31.5g).

Kijang Emas kini boleh diperoleh di cawangan Maybank terpilih dan stok ini dikatakan berpindah-pindah tangan berikutan pengeluaran produk ini telah dihentikan oleh BNM.

Produk ini mudah diperoleh ketika harga tinggi dan sukar untuk membeli ketika harga jatuh. Malah, Kijang Emas ini terkenal dengan sifat 'manja', di mana selepas anda membeli, anda perlu pastikan anda simpan baik-baik supaya emas ini tidak calar walaupun sedikit.

Ini berikutan pihak Maybank tidak akan membeli semula Kijang Emas yang bercalar. Ini bermakna anda mungkin terpaksa jual pada kedai emas@dealer emas dengan harga yang jauh lebih murah dari yang ditawarkan Maybank. Spread dari 4% boleh menjadi 10-20%.

Bagaimanapun pilihan tetap di tangan anda. Saya pun minat Kijang Emas juga! Asalkan emas.

Baiklah, sampai sini dahulu. Maaf jika artikel ini banyak lompat-lompat. Dalam komuter ni pun asyik terlompat-lompat. (landasan ada bonggol, nak elakkan train merempit laju.)

Ok, Jumpa lagi!

Seminar Dinar di Kompleks Tabung Haji

Salam semua,

Kali ini pun entry pendek. Saya mahu promote seminar dinar besar-besaran buat tahun ini. Di sana nanti anda akan berjumpa dengan dealer-dealer emas dan pakar-pakar tentang pelaburan ini. Saya juga akan menghadiri seminar dinar ini.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui (saya salah seorang dari ini) lebih lanjut tentang pelaburan emas, adalah digalakkan untuk menghadiri seminar ini. Saya yakin seminar ini amat berbaloi dengan bayarannya.

Sila lihat gambar di bawah untuk speaker yang akan terlibat dalam seminar ini. Hebat kan?? Memang bukan calang-calang orangnya.

Bagi yang berminat untuk menghadiri seminar ini, bolehlah memberi nama penuh,no IC, no hp, email kepada saya. Selepas itu anda dikehendaki memasukkan bayaran ke akaun bank saya.

Tiket akan diberikan sebelum seminar bermula dan sarapan pagi dan tengahhari disediakan (harap bukan bihun goreng + sirap)

Saya sudah pun mendapatkan tiket seminar dan contohnya adalah seperti di bawah.


Bagaimana?? Jika anda berminat sila SMS maklumat anda kepada 013-3600508.

Nota kaki : Rebut peluang ini, fahami ilmu emas ini sebanyak yang mungkin!!!

Cerita emas dan perak oleh Pakcik Robert Kiyosaki

Salam semua,

Minggu ini jadual saya agak padat jadi mari kita nikmati pakcik Robert Kiyosaki berucap tentang Inflasion dan Silver and gold investment.





Ok, selamat menimba ilmu tentang gold investment. Saya agak gembira kerana pendapat saya selama ini adalah sama dengan pakcik Robert Kiyosaki. Adakah saya Robert Kiyosaki TaufanEmas???? hehehehe....

Jumpa lagi di lain waktu!!!!

100 TRILLION RINGGIT

Salam dan selamat sejahtera semua,

Bila baca tajuk di atas, mesti anda terfikir.... "wah banyaknya!!!!!!!"
Ikuti cerita di bawah dan saya mengubah persepsi anda....

100 Trillion Dollar Zimbabwe

Pernahkah anda membayangkan wang kertas 100 Trillion Dollar Zimbabwe dinilaikan melalui satu kertas?? Lihat gambar di bawah ini.....

100 Trillion Dollar Zimbabwe sekeping

Jika 'Dollar' diubah kepada 'Ringgit', sanggupkah anda memegang wang kertas 100 Trillion Ringgit??

Jika wang kertas ini wujud, bayangkan anda boleh membeli sebuah pasaraya Tesco dengan sekeping kertas. Adakah anda rasa ini logik?? "Sekeping kertas boleh beli Tesco, gila ke apa, kalau terbakar wang kertas tu habislah semua".

Atas sebab ini kerajaan memansuhkan wang kertas RM1000 dan RM500 sekeping, ini bertujuan untuk 'melambatkan' kesedaran rakyat tentang lemahnya wang kertas ini. Sekeping kertas bercetak bernilai RM1000, dan 'jaminan' kerajaan "SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI".

"Cuba tuan puan koyak-koyak wang RM1000, dan campak ke atas, agak-agak ada orang ambil tak??" kata En. Syukor, semasa seminar emas dijalankan semalam. "TAKKKKK!!!!". "Baiklah, jika saya belah, potong, tumbuk emas sampai jadi serbuk, lepas itu saya baling, tuan puan nak kutip tak???"."NAKKK!!!". Seluruh bilik seminar bergemuruh dengan jawapan peserta seminar. Seminar yang sungguh membuka minda anda tentang kelemahan wang kertas dan kelebihan emas.

"Begitulah lemahnya wang kertas, bila dikoyak tiada siapa nak, sebab sudah tiada nilai, tapi kalau emas, saya belah, potong dan beri kepada tuan puan, emas ini masih lagi bernilai". Kata-kata En. Syukor masih terngiang-ngiang di telinga saya. Seminar yang saya juga hadiri memberi saya ilmu emas yang baru.

Berbalik kepada cerita Zimbabwe. Di Zimbabwe, kesan cetakan wang kertas yang berleluasa telah menyebabkan negara tersebut mengalami Hyperinflasion. Ini bermakna nilai wang kertas semakin jatuh atau dengan kata lain semakin lama semakin susut nilainya. Kesan daripada ini, harga barang yang anda lihat semakin naik menunjukkan nilai matawang kita semakin susut nilai. Ini bukan sahaja wang ringgit, apa-apa saja wang kertas malah USD juga semakin susut nilai.

Teringat kata-kata Dr. Mahathir "Dollar seperti tisu tandas"

"Harga barang sekarang makin lama makin mahal la". Itulah ungkapan yang biasa anda dengar di mana-mana. Sedarkah anda mengapa ini terjadi?? "INFLASI..."kata orang di tepi anda. Tapi tahukah anda apakah itu inflasi??

Bersambung....... topik "INFLASI"

Hehehehe....nanti saya sambung lagi la ye, mengantuk....

Sekian, wassalam...... ZzzzzZZzzzzz.....ZZzzz.zzzzzZZzz.z.......

Seminar emas November 2010

Salam dan selamat sejahtera semua,

Hari ini entry pendek sahaja.

Jadual seminar emas PublicGold bulan November 2010 telah keluar. Bagi sesiapa yang masih baru tentang emas dan mahu tahu lebih lanjut tentang rahsia pelaburan emas ini, bolehlah anda menghubungi saya 013-3600508 untuk tempahan tempat.

Saya akan menumpu pada seminar di KL (PublicGold Sunway) memandangkan saya mungkin akan hadir untuk berkongsi ilmu tentang emas dengan peserta.

Tempat :
Public Gold Sunway, 42A,
Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park, Bandar Sunway
(Bangunan berhadapan kepala singa Sunway Pyramid)

Tarikh:
1 . 6 November 2010 - 10.30am-12.30pm
2. 13 November 2010 - 3pm-5pm

*Anda dinasihatkan untuk datang awal bagi mengelakkan tempat penuh. Tempat duduk adalah terhad. Kes seminar bulan lepas penuh sehingga 2 sesi dibuat dan habis pukul 12 tgh malam.

Sila buat tempahan SMS/call saya 013-3600508 dan beri :

1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh seminar yang dikehendaki

Seminar ini sesuai untuk anda yang masih baru dan mahu tahu tentang pelaburan emas fizikal. Di situ juga anda boleh berjumpa dan bertanya dengan dealer-dealer yang berpengalaman.

Sekian, jumpa di sana!!!!

Promosi terakhir RM20K menjadi dealer

Salam semua,

Baru-baru ini terdapat kesesakan dalam tempahan emas di pejabat PublicGold berikutan promosi RM20,000 yang diadakan oleh PublicGold pada bulan September dan Oktober 2010. Malah saya agak terkejut apabila menghadiri seminar emas (bagi yang mahu tahu tentang emas) di PublicGold Sunway, jumlah peserta mencapai 150 orang!! Nampaknya semakin ramai orang yang sedar akan kepentingan emas.

Peserta yang menunggu giliran di luar untuk sesi kedua


Bilik seminar penuh sehingga peserta duduk di atas lantai

Seminar sesi kedua

Saya menerangkan peserta (beliau peniaga emas juga) tentang Ar-Rahnu

Saya masih ingat lagi seminar emas pertama yang saya hadiri pada bulan Februari 2010, ketika itu seminar tersebut dianjurkan oleh POkli dan hanya saya sahaja orang baru, yang lain adalah dealer PublicGold.Malah sewaktu saya menjadi dealer pada bulan Jun, saya adalah dealer yang ke 658. Sewaktu seminar NDO (New Dealer Orientation) baru-baru ini, saya terkejut apabila melihat jumlah dealer sudah mencapai 2000 orang!! Ini merangkumi dealer seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya bertanya kepada staf PublicGold adakah mereka akan membuat lagi promosi RM20,000 ini, dan mereka berkata mungkin selepas ini hanya RM40,000 sahaja memandangkan sudah terlalu ramai dealer untuk dijaga. Buat masa ini juga mereka sedang dalam proses 'upgrade' servis dan menambah production emas berikutan permintaan yang sangat tinggi.

Bayangkan jumlah production mereka meningkat dari 3kg sehari kepada 10kg sehari!! Sekarang kilang mereka di Penang beroperasi 24 jam untuk memenuhi permintaan dealer-dealer mereka. Staf-staf PublicGold juga ada yang tidak sempat rehat tengahhari dan balik lewat kerana pada waktu pejabat,mereka menguruskan penyerahan emas kepada dealer, dan selepas rehat menguruskan tempahan emas. Itu belum termasuk tempahan melalui telefon dan SMS.

Membuat jongkong emas dan dinar emas bukanlah semudah yang anda sangkakan. Dari segi ketulenan mungkin tiada masalah tetapi berat setiap produk mestilah tepat. Jika emas 20gram mestilah 20.000gram. Jika terdapat perbezaan berat, emas tersebut akan ditimbang dan dileburkan semula untuk mendapat berat yang tepat.

Dan selepas itu untuk mendapatkan sijil ketulenan, satu institusi Penang Assay Office Sdn. Bhd. bertanggungjawab untuk mengesahkan ketulenan dan berat emas tersebut. Bagi yang sedar tentang emas ini, produk emas ini perlu berhati-hati dilihat dari setiap aspek kerana boleh mendatangkan isu sensitif. Dan saya tahu kebanyakan dealer sedar tentang hal ini.

Promosi kali terakhir RM20K hanya bulan ini sahaja

Hanya tinggal 5 hari sahaja untuk menjadi dealer PublicGold bermodalkan RM20,000. Selepas ini saya mengjangkakan mereka tidak akan membuat lagi promosi ini. Bagi mereka yang berminat menjadi dealer bolehlah menghubungi saya 013-3600508. Saya akan ajar anda bagaimana proses membuat tempahan dan jualbeli emas dengan pelanggan.

Sekian, jumpa lagi di lain artikel!!

nota kaki: Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang emas dan konsep ar-rahnu, boleh membuat temujanji dengan saya, saya akan kongsi pengalaman dan ilmu saya sebaik mungkin. Saya sekadar mahu berkongsi ilmu emas dan mungkin suatu hari nanti anda adalah bakal pelanggan saya di masa akan datang.

Perbezaan antara bisnes emas dengan MLM

Salam semua pembaca sekalian,
Kepada yang mengikuti blog saya ini, terima kasih saya ucapkan,
dan kepada pembaca baru yang melawati blog saya, selamat datang ke blog TaufanEmas!

Kebanyakan artikel blog ini adalah hasil analisis saya sendiri dan saya cuba mencipta kelainan supaya anda semua mendapat informasi yang 'fresh'.

Kali ini saya ingin bercerita tentang perbezaan bisnes emas yang saya jalankan dengan bisnes MLM.

Anda perlu mengetahui perbezaan bisnes emas dan MLM

1. Saya hanya mengiklan produk saya, bukan memaksa anda membeli produk saya

Jika anda pernah membaca artikel-artikel saya yang lepas, tidak pernah saya berkata " rugi anda tidak beli emas sekarang, ramai orang sudah beli emas ini". Berbeza dengan MLM, kebanyakan 'agen' MLM selalu berkata "rugi tak masuk bisnes ini, ramai orang sudah berjaya".

Kebiasaannya bagi yang masih baru tentang emas ini, saya menggalakkan anda mengetahui selok-belok tentang emas ini. Jika anda pernah berjumpa dengan saya, saya akan memberi ilmu tentang emas ini dan memberi keputusan kepada anda menceburi pelaburan emas fizikal ini.

Setiap pelaburan mempunyai risiko, dan pelaburan emas juga mempunyai risiko. Setelah saya mengambil kira setiap aspek, barulah saya memulakan pelaburan ini. Niat saya pada masa itu adalah belajar menyimpan dan mencegah inflasi. Kini saya berubah dengan cuba menjana pendapatan melalui jualan emas.

Fikir masak-masak sebelum membuat keputusan

2. Fikir masak-masak sebelum membuat keputusan

Saya ada satu tips untuk anda mengetahui bisnes, skim cepat kaya, pelaburan, jualan tersebut mempunyai ciri-ciri yang mengempiskan poket anda. Jika seseorang mengajak anda untuk menyertai setelah mendapat penerangan dari mereka, JANGAN sertai on the spot. Jangan terpedaya pada kata-kata yang anda boleh mendapat keuntungan dalam masa yang singkat. Kadang-kala anda tertarik atas desakan ramai ahli-ahli mereka pada waktu itu.

Cara terbaik adalah berkata "Nanti dulu, bagi aku balik dan fikir dahulu". Inilah cara terbaik untuk anda mengelakkan dari terjebak dengan MLM like bisnes ini. Tenangkan diri anda di rumah, Google dan cari informasi tentang syarikat tersebut, komen-komen dari ahli-ahli dan sebagainya. Sesudah anda yakin akan syarikat tersebut barulah anda sertai.

"Encik balik rumah dulu selidik tentang emas ini, kalau berminat beli emas, boleh call saya. Kalau encik tak percaya dengan ketulenan emas ini, encik boleh beli satu dulu, cuba pajak. Jangan risau, saya tak boleh lari ke mana-mana, kalau saya tipu macammana saya nak buat bisnes emas ni". Inilah ungkapan saya yang biasa saya katakan kepada bakal pelanggan yang ragu-ragu tentang produk saya.

Selepas saya memberi penerangan, saya suka untuk memberi ruang kepada bakal pelanggan berfikir masak-masak sebelum membeli emas dari saya. Bila anda sudah jelas tentang emas, lebih mudah untuk saya menjual emas kepada anda semua.

3. Menjana keuntungan tidak semudah yang anda sangkakan

Melalui MLM, mereka memperalatkan "produk" untuk menutup sistem bisnes mereka. Mereka menjana keuntungan dengan melalui "cari orang join" dan mendapat komisyen, bukan melalui produk. Ini bermaksud anda mendapat komisyen melalui cari orang bawah.

Bisnes emas ini bukanlah semudah yang anda sangkakan. Anda perlu promosi, iklan di blog, dan banyak lagi medium supaya mesej saya sampai kepada anda. Setakat ini, saya telah mempromosi produk saya melalui streamer(banner), kad bisnes dan flyer. Keuntungan saya hanyalah berdasarkan sales sahaja, bukan mencari orang bawah dan mendapat komisyen.

Bisnes emas ini berbeza dengan MLM, pelanggan mencari dealer PublicGold berdekatan, bukan dealer PublicGold mencari pelanggan ke sana ke mari. Dan meyakinkan orang tentang emas ini bukanlah semudah menjual karipap, letak dan jual. Penerangan demi penerangan diperlukan supaya mereka jelas tentang hal ini.

Hanya satu yang anda perlu tahu, SETIAP KEJAYAAN PERLUKAN USAHA!

Sampai sini dahulu penerangan saya.

OK, Jumpa lagi di lain sesi!!

nota kaki : Harap penerangan saya jelas, saya pun rasa artikel ini agak merepek, agaknya kerana terlalu penat.... hehehe...

Bagi yang mempunyai persoalan dan memerlukan khidmat nasihat tentang emas, jangan segan, call saya 013 3600508. Saya akan membantu anda setakat mana yang mampu. Perkhidmatan adalah percuma, anda hanya perlu menanggung caj bil telefon sahaja.

Prosedur Ar-Rahnu (Agrobank) - Siri 3

Salam semua, macam biasa kepada sesiapa yang tertinggal siri Ar-Rahnu ni boleh buka link bawah ye.

Merempit biar berilmu (Ar-rahnu)
Prosedur Ar-rahnu (Agrobank) - Siri 1
Prosedur Ar-rahnu (Agrobank) - Siri 2

Cara Pembayaran Pinjaman Ar-Rahnu Agrobank

Selesai sahaja anda membuat pinjaman Ar-rahnu anda perlu melangsaikan pinjaman tersebut dalam masa 6 bulan. Tempoh boleh ditangguhkan lagi +6bulan+6bulan tetapi mesti membayar upah simpan untuk 6 bulan tersebut.

Emas yang dipajak akan diwakili oleh surat pajak. Surat pajak tersebut tercatat nombor akaun bagi setiap surat. Anda perlu membayar dengan mendeposit masuk wang ke dalam akaun tersebut. Tetapi pada kali terakhir pembayaran anda perlu melangsaikan di kaunter bank.

Terdapat 2 cara untuk membayar pinjaman;

1. Bayaran secara lum sum.
- Dalam tempoh 6 bulan tersebut, anda boleh membayar sekaligus samaada pada pertengahan bulan atau pada penghujung bulan yang ke-6. Pembayaran hanya sekali dan pembayaran dilakukan di kaunter bank, selepas itu anda akan mendapat emas anda semula. Pastikan no. siri sijil, no. siri emas, dan resit asal (jika ada) adalah betul.

2. Bayaran secara ansuran/bulanan.
- Cara ini paling diminati oleh saya kerana dapat mengurangkan risiko naik turun emas (rujuk artikel merempit biar berilmu). Untuk bayaran secara bulanan, nilai bayaran tertera pada surat pajak tersebut. Saya sendiri mengaplikasi cara ini, dengan menggunakan gaji saya. Pada penghujung tempoh, saya tidak perlu menjual emas (emas dibeli dengan pinjaman) dan secara tidak langsung menambah aset emas saya.

Kesimpulannya, bayaran boleh dilakukan melalui Cash Deposit atau kaunter ke akaun yang tertera pada surat pajak. Pembayaran terakhir perlu di kaunter dan emas akan ditebus.

Bagi yang menjana keuntungan melalui emas pajak, anda perlu menjual emas yang dibeli dari wang pajakan dan tebus kembali emas asal anda. Pada waktu terakhir, anda akan mendapat emas anda kembali + wang lebihan hasil kenaikan emas selepas 6 bulan.

Bagaimana?? Sudah bersedia untuk merempit(pajak)??? Selamat mencuba dan pastikan tujuan anda betul!!!Ingat, merempit biar berilmu!!!

*Kenaikan emas yang mendadak pada minggu ini telah menyebabkan teknik merempit emas oleh saya telah berjaya. Saya masih belum kira keuntungan tapi saya sudah melepasi 5-6% spread dan kos upah simpan.

Oh, ya. Sebelum saya mengakhiri artikel ini, untuk harga emas yang digunapakai oleh Ar-rahnu biasanya boleh rujuk kotak sebelah kanan "Senarai harga-harga emas di Malaysia" -> "Harga kedai-kedai emas". Pada ketika artikel ini ditaip harga emas adalah RM160/g (999),RM151 (916).

Sekian, jumpa lagi di lain waktu!!

Seminar emas dan flyer TaufanEmas bakal muncul di pasaran


Salam semua,

Hari ini entry pendek.

Saya baru balik dari seminar emas oleh En. Syukor dan Pokli, sambutan amat menggalakkan. Sampai penuh ofis PublicGold dan kena buat 2 sesi. Sambil-sambil itu sempat juga berkongsi pengalaman dan informasi tentang emas dengan peserta dan bakal customer atau bakal 'rakan kongsi'.

Ramai yang berminat untuk jadi dealer, dan anda boleh hubungi saya dan terus-terang saya cakap, modal bulan ini adalah RM20,000. Jangan risau, bukan letak duit RM20 000 macam itu sahaja. Anda mesti membeli emas bernilai RM20,000 dalam satu pembelian untuk melayakkan anda menjadi dealer dan mendapat komisyen macam saya. Dapat emas + komisyen tu. Hubungi saya untuk lebih lanjut.

Antara kelebihan menjadi dealer rangkaian saya,

1. Komisyen anda sama seperti saya, saya tidak dapat apa-apa, tapi saya dapat rangkaian rakan kongsi. Mana tempat yang saya tidak dapat pergi untuk hantar emas, saya akan beri kepada anda terlebih dahulu. Contoh anda di Kuantan, terdapat customer di Kuantan, saya akan berikan berikan urusniaga emas kepada anda.

2. Segala pertanyaan, keraguan tentang emas, boleh bertanya kepada saya. Saya sedia berkongsi setakat mana yang saya tahu.

3. Cara urusniaga 'dealer partnership' di mana anda boleh mengambil stok di tempat saya jika anda kehabisan stok. (Perlukan cagaran atau tukar jenis emas lain.

4. Saya akan ajar anda cara menempah emas, cara mengambil emas di pejabat PG, cara pajak, perkara yang perlu berhati-hati, dan banyak lagi.

Bagi customer, anda boleh memulakan pembelian dari 1 dinar. Tiada caj atau kos tersembunyi. Anda beli emas, dapat emas. Boleh jual pada saya bila harga sudah naik.

Dan satu lagi, saya sudah menempah flyer untuk mempromosi blog saya. Untuk berjaya, mesti ada usahakan?? Ini flyer saya...(dengan hati gembira....akhirnya siap setelah mendesign sedikit demi sedikit)

Flyer TaufanEmas


Sampai sini saja hari ini. Saya ulang semula; "Hari ini entry pendek". Tiba-tiba tangan ini laju menaip dan hanya 30 minit sahaja diperlukan untuk entry ini.

Ya, hari ini entry pendek. (Kebiasaannya 2-3 jam untuk menyiapkan satu entry)

Mahu beli emas??? Hubungi saya!! Mahu jadi dealer PublicGold???? Hubungi saya!!

Hehehehe...

Sekian..... Jumpa lagi di entry akan datang.

Prosedur Ar-Rahnu (Agrobank) - Siri 2

Salam semua pembaca, bertemu lagi dalam siri kedua pajak emas melalui Ar-Rahnu ini.

Bagi yang belum mengikuti artikel sebelumnya, boleh klik web di bawah.
Pengalaman di Ar-Rahnu Agrobank Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Perkhidmatan Ar-Rahnu Agrobank

Bagi yang tinggal di kawasan Cheras, Ampang, Bangi, Serdang, Putrajaya, dan kawasan yang terdekat dengannya bolehlah memajak emas di Agrobank Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Perlu diingatkan bukan semua cawangan Agrobank menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu.

Untuk pengetahuan semua, Agrobank menjadi pilihan ramai dealer-dealer PublicGold kerana PublicGold telah diiktiraf ketulenannya dan upah simpan paling murah. Waktu harga jatuh memang ramai orang akan memajak emas mereka dan menambah lagi simpanan dengan membeli emas lagi.

Sebelum anda memajak emas, pastikan item di bawah anda bawa bersama;

1.Untuk PublicGold : Emas anda (jongkong atau dinar) dan sijil ketulenan
Untuk PAMP SUISSE : Emas anda, sijil ketulenan dan RESIT
Untuk emas lain : perlu rujuk pada Agrobank tersebut

2. Kad Pengenalan (IC)

Itu saja. Mudah kan? Bagi PAMP Suisse, saya difahamkan oleh penilai emas bahawa emas tersebut memerlukan resit asal bagi mengelakkan berlaku penipuan (Saya rasa merujuk kepada kes Etika Emas Estet, saya pun tak berapa jelas tentang syarikat ini).

Jika item tersebut sudah ada, terus ke tingkat 2 Agrobank Cheras dan masuk ke bilik pajak. Di situ dua item di atas akan diambil. Emas akan dinilai ketulenan menggunakan densimeter dan IC,sijil anda akan dibuat salinan. Sambil itu anda akan diberikan borang akuan penggadai untuk diisi. Jika anda mahu dibuat 5 surat pajak, maka 5 borang akan diberi. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda menebus emas satu persatu berbanding emas dikumpul dalam 1 surat pajak.

Emas anda akan dinilai sebaik-baiknya walaupun emas anda dikenali ramai - gambar hiasan

(Gambar Tun Dr. Mahathir bersama emas PublicGold)

Oh ya, sebelum saya terlupa,bagi yang tidak mempunyai akaun Agrobank, akaun akan dibuat pada masa itu juga.

Sesudah ketulenan emas sama seperti yang tertera pada sijil, maka pinjaman anda diluluskan. Nilai maksimum pinjaman adalah 70% dari harga emas semasa. Anda akan diberikan surat pajak dan borang 'wang keluar'.Kemudian anda boleh mengambil wang dari kaunter tingkat 1 untuk mengambil wang pinjaman anda.

Sekarang anda telah mendapat wang pinjaman melalui pajak emas. Gunakan wang itu sebaik-baiknya dan pastikan boleh menjana keuntungan dalam masa 6 bulan. Anda boleh gunakan untuk memulakan bisnes anda atau beli emas lagi.

Wang yang saya peroleh melalui teknik Ar-Rahnu

Pinjaman ini boleh dibayar secara ansuran atau sekaligus. Tempoh maksima adalah 6 bulan dan boleh disambung 6bulan+6bulan dengan membayar upah simpan sebelumnya

Saya berhenti di sini dahulu. Masih terdapat Siri 3 yang berkisar tentang cara pembayaran pinjaman Ar-Rahnu Agrobank. Nantikan kemunculannya...

Sekian,
wassalam..

Prosedur Ar-Rahnu (Agrobank) - Siri 3

Prosedur Ar-Rahnu (Agrobank) - Siri 1

Salam kepada semua pembaca,

Topik "Nilai emas tidak berubah" ditangguhkan sebentar kerana topik ini saya masih memerlukan pembacaan dan analisis yang lebih mendalam. Kali ini saya ingin bercerita tentang kisah memajak Ar-rahnu (merempit) memandang status pembaca dalam web Feedit taufanemas menunjukkan ramai ingin tahu lebih lanjut tentang Ar-rahnu ini.

Kenapa mesti Ar-Rahnu?

Memajak emas cara paling mudah mendapat pinjaman

Cara paling mudah untuk mendapat pinjaman wang adalah melalui memajak emas fizikal anda. Maksud emas fizikal adalah emas yang wujud di tangan anda, bukan berdasarkan akaun emas (gold savings account). Di sini adalah kelebihan utama memiliki emas fizikal.

Pengurusan Ar-Rahnu berdasarkan syariat Islam

Ar-rahnu merupakan tempat yang terbaik dan terjamin berbanding kedai-kedai pajak biasa. Di sini juga anda boleh mengetahui KETULENAN EMAS anda. Mengapa saya menekankan isu KETULENAN EMAS?? Tahukah anda terdapat kedai emas yang menjual barang kemas ketulenan 835 (83.5% emas) atau 750 (75% emas) dengan harga emas 916 (91.6% emas)? Bagaimana anda boleh tertipu?

Kebiasaannya barang kemas ini akan diukir "916" untuk meyakinkan pembeli emas bahawa emas tersebut adalah emas 916. Tetapi apabila pajak sahaja baru anda mengetahui ketulenan sebenar emas tersebut. Cara untuk memastikan ketulenan emas dengan tepat hanyalah menggunakan densimeter. Sila rujuk artikel ini. Cara terbaik adalah mengelakkan membeli emas dari kedai "cap ayam" di mana kadangkala emas mereka lebih murah dari biasa malah lebih murah dari ditawarkan oleh PublicGold.

Semasa jualan murah hari raya di Kuantan, saya singgah di Kuantan Parade kerana ibu mertua saya memberitahu harga emas 916 bernilai RM126/g berbanding harga semasa kedai emas, RM141/g. Ternyata kedai "cap ayam" yang menawarkan harga tersebut. Di situ juga terdapat kedai emas "WAH CHAN" tetapi kedai tersebut lengang berbanding kedai "cap ayam" tersebut. Jika saya diberi pilihan, saya lebih rela ke kedai emas WAH CHAN berbanding mengambil risiko membeli emas yang tidak terjamin tulen atau tidak.

Kita balik semula kepada cerita Ar-Rahnu ini. Ar-Rahnu ini diperkenalkan untuk mengelakkan pemajak emas ditindas oleh kedai-kedai pajak yang biasa. Dengan menggunakan konsep "upah simpan" berbanding konsep "faedah/bunga" oleh kebanyakan kedai pajak,Ar-Rahnu lebih terjamin dan bebas dari penindasan kepada pemajak emas.


Tersilap cara anda akan rugi dalam memajak emas

Bagaimanakah berlakunya penindasan kepada pemajak emas ini? (Berdasarkan cerita dealer emas lain) Jika anda memajak emas, tidak dinyatakan berat sebenar emas dan emas tersebut akan "hangus" jika anda gagal membayar pinjaman+bunga. Malah kemungkinan besar emas anda dikikis atau dipotong sedikit sebelum dipulangkan semula jika anda melangsaikan pinjaman anda. Jadi bukankah ini satu penindasan?

Berbanding Ar-Rahnu, emas anda akan dinilai terlebih dahulu ketulenan dan pinjaman akan diberikan sehingga 50~70% dari harga semasa emas. Tempoh simpanan maksima adalah 6 bulan dan boleh dilanjutkan lagi setelah selesai membayar kos upah simpan selama 6 bulan. Jika anda tidak mampu, emas tersebut akan dilelong dan jumlah pinjaman+upah simpan akan diambil dan selebihnya dipulangkan.

Jadi tanya diri anda kenapa mesti Ar-Rahnu?

Ikuti sejarah Ar-Rahnu ini di blog mohamadsofee.blogspot.com.

Akan bersambung siri kedua .......akan menyusul.........

Merempit biar berilmu (Ar-Rahnu)

Prosedur Ar-Rahnu (Agrobank) - Siri 2

Prosedur Ar-Rahnu (Agrobank) - Siri 3

Merempit biar berilmu (Ar-rahnu)

Salam semua,

Sudah lama tidak update blog berikutan masa-masa saya yang sangat ketat terutama di bulan ramadan ini. Hari ini baru dapat berehat-rehat.

Blog ini bukan sahaja bercerita tentang kebaikan tentang emas sahaja semata-mata, malah saya ingin pembaca sedar tentang kebaikan dan keburukan tentang emas ini. Anda harus ingat akan risiko-risiko membeli emas terutamanya ketika anda memajak emas anda di Ar-rahnu. Apabila anda sudah jelas tentang emas, maka anda boleh membuat pilihan untuk menceburi bidang jualbeli emas ini.


Cara memajak emas di Ar-rahnu biasa digunakan oleh pembeli-pembeli emas malah dealer-dealer emas di seluruh Malaysia. Malah saya juga sudah 2 kali memajak emas PublicGold dan PublicDinar di AgroBank Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Saya tidak menjelaskan prosedur memajak Ar-rahnu kerana anda boleh melihat pada blog-blog lain tetapi saya ingin anda memastikan "niat" anda sebelum anda membuat keputusan memajak emas. Mungkin saya akan terangkan di artikel lain tentang prosedur ar-rahnu ini setelah anda faham teknik memajak ini (sesetengah orang memanggil teknik merempit).

Nilai emas belum tentu pulang modal dalam 6 bulan

Bagi mendatangkan keuntungan teknik ini, anda perlu mengkaji dan memahami risiko yang bakal akan terjadi. Teori untung dalam masa 6 bulan ini hanya berkesan pada "beli pada harga rendah, jual pada harga tinggi". Memajak emas memerlukan timing yang tepat. Target anda adalah harga emas selepas 6 bulan melepasi spread 5-6% + upah simpan.

Sesetengah pembeli emas beranggapan harga emas akan naik selepas 6 bulan dan anda untung jika anda menjual emas hasil dari pinjaman pajakan emas tersebut. Tetapi tidak semestinya berlaku begitu. Lihat contoh di bawah.



Jika anda lihat, harga emas hanya melepasi harga we buy, dan kemudian harga kembali jatuh sebelum naik kembali. Mengikut pengiraan, anda masih perlu membayar upah simpan di mana anda masih dalam tahap kerugian.

Memaksimakan keuntungan meminimakan kerugian

Terdapat cara-cara untuk anda meminimakan kerugian dalam memajak emas. Lihat tips-tips di bawah sebelum anda memajak emas anda di Ar-rahnu.

1. Pajak pada waktu harga rendah

Anda boleh bersiap sedia memajak emas anda apabila harga emas jatuh 6%-7% dari harga tertinggi harga semasa emas. Kebanyakan dealer-dealer emas tahu pada waktu bila harga emas terbaik dan waktu terbaik untuk memajak.

2. DISIPLIN

Setelah anda mendapat pinjaman Ar-rahnu, pastikan wang itu anda gunakan untuk menjana keuntungan seperti berniaga, dan paling mudah, membeli emas lagi.

Cara terbaik untuk melangsaikan pinjaman adalah melalui bayaran secara bulanan, dan bayaran bulanan tertera pada surat pajak (merujuk surat pajak Agrobank). Ini bermakna anda membeli emas pada harga rendah dan dapat menyimpan lebih banyak emas lagi.

3. Bayar pada waktu yang ditetapkan

Anda harus tahu selepas 6 bulan, jika masih tidak dapat melangsaikan pinjaman tersebut, anda boleh menangguh sehingga 5 bulan lagi tetapi mesti membayar upah simpan selama 6 bulan terlebih dahulu. Perlu ingat bila perlu membayar jika tidak emas anda akan dilelong.

Itu sahaja buat masa ini.

Bagi saya cara terbaik menggunakan teori pajak ini adalah pajak pada waktu harga rendah, bayar secara bulanan @ sedikit demi sedikit. Pada akhir nanti kuranglah beban untuk membayar pinjaman nanti. Saya sendiri memajak pada waktu ini kerana saya berkira-kira bonus hujung tahun saya dapat menampung separuh dari jumlah pinjaman tersebut.

Sekian, wassalam.

Nantikan post saya akan datang;

Nilai emas tidak pernah berubah

- Melalui tajuk ini saya akan mengubah persepsi anda bahawa harga emas bukannya naik, tetapi nilainya yang tidak pernah berubah menyebabkan harganya naik. Kesan "sesuatu" dan saya jangkakan harga emas akan tetap naik akibat "sesuatu" ini.

Nantikanlah ya!!

Berkat ibubapa penting dalam sesuatu perbuatan...part 2 (finale?)

Salam buat pembaca TaufanEmas....

Pertama sekali, terima kasih kerana melawat blog saya yang baru berusia beberapa bulan ini. Jumlah pelawat sudah mencapai 800, lagi sikit untuk mencapai 1000, satu jumlah yang agak banyak bagi saya. Melalui blog ini juga masih banyak pengalaman yang saya ingin kongsikan dengan pembaca sekalian.

Rentetan dari Part 1 (cerita bulan 6 ni, lama betul nak ambil mood). Cerita Part 2 ini pula tentang kisah saya bermula membeli emas dan akhirnya menjadi dealer PublicGold. Cerita agak panjang, kalau anda rasa bosan, bolehlah layan baca sambil makan megi. Selamat membaca!
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Bermula dari blog Aidan menceritakan tentang emas, dari situ bermulalah penjelajahan saya mencari ilmu tentang emas. Saya membuat analisis tentang harga emas beberapa tahun, mengapa emas sangat penting, punca berlakunya inflasi dan banyak lagi. Setelah 2 minggu membuat ulangkaji, barulah saya yakin untuk memulakan simpanan emas ini.

Saya membuat keputusan untuk menghadiri seminar emas oleh Pokli, seorang Master Dealer yang berpengetahuan luas tentang emas. Sedar tak sedar, rupanya hanya saya sahaja orang baru dalam seminar tersebut, yang lain dealer baru yang mahu menimba ilmu. Dipendekkan cerita, selepas habis sahaja seminar, dengan duit cash di tangan saya membeli emas PublicGold 20g dengan harga RM2681 (harga pada 4/2/2010).

Sampai di rumah saya tunjukkan kepada isteri dan betapa terujanya saya tengok emas pertama saya. Sangat cantik dan menarik. Beberapa hari kemudian, harga emas jatuh lagi. Saya menyuarakan kepada isteri saya untuk membeli emas lagi. Isteri saya bersetuju untuk mengeluarkan wang dari Tabung Haji. Cuma buku akaun ini dipegang oleh ibu mertua saya. Permintaan isteri saya ditolak oleh ibu mertua saya kerana dia menyangkakan kami menyertai skim pelaburan emas. Siap dapat warning "Jangan kamu pinjam duit bank untuk beli emas ni".

Selepas itu saya memikirkan untuk membuat personal loan seperti yang biasa orang buat. Rupa-rupanya personal loan untuk pekerja swasta dan kerajaan jauh berbeza. Pekerja kerajaan boleh dapat pinjaman bayar sampai 20tahun tetapi untuk pekerja swasta boleh sampai 5 tahun sahaja. Interest tinggi pula tu. Sangat tidak berbaloi!

Isteri saya adalah pekerja kerajaan tetapi memandangkan dapat warning ibu mertuaku, saya membatalkan hasrat untuk membuat pinjaman atas nama isteri saya. Bagi saya setiap pekerjaan yang kita buat biarlah mendapat restu dari ibubapa kita. Saya memegang prinsip ini dalam hidup saya.

Setelah saya menjelajah dari bank ke bank bertanyakan tentang personal loan, keputusannya tidak memuaskan hati saya. "Terlalu mahal kadar pinjaman, tak berbaloi". Akhirnya dengan berat hati saya telefon mak saya.

TaufanEmas : Mak, saya telefon ada hal sikit. Nak pinjam duit kat mak.

Mak : Kamu nak buat apa dengan duit tu?

TaufanEmas : Saya nak beli emas mak. Serius nak melabur dalam emas fizikal ni. Nanti saya pulang sikit-sikit. Saya ingat nak buat personal loan, tapi mahal sangat la interest bank ni.

Mak : Betul ke kamu nak beli emas ni? Jangan pinjam dengan bank, pinjam je dengan mak.
Nanti kamu bayar sikit-sikit.

TaufanEmas : Betul ke ni mak? Alhamdulillah. Kiranya mak benarkan la saya beli emas ni?

Mak : Iyalah. Mak tak mahu kamu buat hutang dengan bank. Lagipun kamu kan selalu beritahu mak apa yang kamu buat. Mak percaya dengan anak mak.

Keputusannya, petang itu juga saya pergi ke rumah mak saya dengan meminjam RM11, 000. Bayaran bulan-bulan RM300 + RM100 (duit bagi parents) selama 3 tahun. Andaikata saya membuat personal loan, mengikut yang paling murah saya dapat, pinjam RM11, 000 bayar RM400 sebulan bayar selama 5 tahun. Jauh berbeza kan? Dapat saja duit itu, terus saya lock 20g x 4 dengan harga RM10416 (20g=RM2604). Dapat emas malam itu juga dari Jeman.

Alhamdulillah hasil saya bayar bulan-bulan hutang hanya tinggal lagi RM9200. Sedar tak sedar kami dapat memaksa diri untuk menyimpan dalam emas sedikit demi sedikit. Saya akan simpan untuk masa-masa kecemasan nanti. Jumlah 100g emas saya bernilai RM13,872 (jual balik RM13,178)sekarang.

Pada bulan Jun yang lepas, PublicGold membuat promosi untuk menjadi dealer hanya perlu RM20,000 dari jumlah asal RM40, 000. Saya berfikir ini adalah satu peluang terbaik untuk menjadi dealer PublicGold. Saya terfikir untuk menjual emas-emas saya dan membeli semula. Cara ini merugikan tetapi peluang ini sangat jarang ada. Mengumpul RM40,000 adalah mustahil dengan keadaan saya sekarang ini. Mungkin memakan masa beberapa tahun untuk mengumpul sebanyak ini.

Cara saya adalah menjual pada orang yang ingin membeli emas. Kebetulan ibu mertua saya datang menyinggah dan melihat ketulan-ketulan emas di tangan saya. Saya berkata saya mahu jual emas-emas ini dan membeli semula untuk melayakkan saya menjadi dealer PublicGold. Saya memerlukan lagi RM7000 lagi untuk mencapai Rm20,000. Ibu mertua saya terdiam dan akhirnya pulang.

Beberapa hari kemudian, saya dapat beberapa panggilan menyatakan mahu membeli emas saya. Kemudian pada hari yang sama juga, isteri saya telefon.

Isteri : Bang, kalau ayang cakap ni mesti abang tak percaya.

TaufanEmas : Benda apanya yang. By the way, hari ini ada orang nak beli emas kita tu.

Isteri : Laa....terlambat la ni... Tadi mak telefon, tiba-tiba dia cakap "Mak dah faham! Mak dah faham!". Bila tanya balik, rupanya baru mak tahu yang kita ni beli emas betul, bukan skim-skim tu. Lepas tu, mak setuju untuk bagi kita pinjam RM20, 000 buat modal. Alhamdulillah berkat kita bersabar bang. Err...abang tak boleh cancel ke dengan buyer tu? Modal kan dah ada mak bagi...

TaufanEmas : Tak boleh la ayang. Kita dah janji nak jual dekat orang tu, kita mesti tepati. Abang jual 1,2 ketul saja. Tak jadi jual semua. Abang tak mahu buyer tu kecewa. (Akhirnya buyer tu tak jadi beli kerana mahu beli dengan harga lebih rendah dari harga We Buy. Alhamdulillah..walaupun saya membuang waktu mencari rumah buyer tersebut, demi menunaikan janji saya)

Akhirnya dengan bermodalkan RM20,000 tersebut, di saat-saat akhir bulan saya berjaya melayakkan diri menjadi dealer PublicGold. Bolehlah jual emas secara terbuka sekarang...

Dealer PublicGold kaya?? Ambil contoh dari saya --> masih lagi berhutang RM29,200. Saya akan bayar sikit-sikit melalui gaji saya. Bagi saya, menjadi dealer PublicGold membuka peluang saya membeli emas dengan harga murah dan dapat menjual secara terbuka.

Moral of the story?? Bagi yang masih di bawah umur, mintalah izin ibubapa anda sebelum memulakan pembelian emas ini. Saya yang sudah berkahwin pun masih lagi minta izin pada ibubapa saya malah ibubapa mertua saya juga.

Mana yang sudah dapat izin beli emas, parents pun sudah jelas tentang emas, bolehlah bermula beli emas walaupun 1 dinar.

Mulakan simpanan anda.... Tukarkan wang fiat anda kepada emas.....
Hubungi saya Shafiruz - 0133600508

Hari ini gambar sahaja.....

Assalamualaikum semua....

Hari ini saya hanya nak tunjuk gambar sahaja. Gambar ini sekitar seminar dealer pada 31 Julai 2010. Saya berpeluang bergambar bersama Mr. Louis Ng, Chairman PublicGold. Peluang yang sangat jarang ada.

Ada beberapa juga gambar stok emas saya - sesi bermain-main dengan koleksi emas.

Nota : 7 keping 10 dinar adalah milik customer, saya tangkap sebelum hantar ke customer. Emas yang lain tu adalah koleksi saya.

Bersama Mr. Louis Ng, Chairman PublicGold


Penerimaan sijil seminar dealer baru PublicGold

PublicGold, PublicDinar, Kuwait Finance House gold (KFH)
Piramid emas

Pintu Gerbang emas

Dinar-dinar emas

Main tutup botol edisi emas
Nota kaki : Entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, sengaja saya ingin berkongsi dengan pembaca blog ini. Stok emas saya hanyalah sekeping dua setiap jenis, kecuali 1 dinar sahaja banyak. Mari order emas dengan saya, 013-3600508.
oh ya, dengan rasa tak malunya saya menjemput pembaca sekalian menjadi follower saya sebagai tanda sokongan pada blog ini. (suka tengok follower ramai)
Berehat sebentar sebelum bersambung artikel lebih panjang....
Sekian...

Bagaimana nak join emas ni?? - Bagi yang masih samar-samar tentang emas

Salam buat semua,

Dulu saya pernah dapat satu soalan dari seorang rakan, "macammana nak join emas ni? " dengan nada sinis. Mungkin dia menganggap saya buat MLM. Saya pun senyum-senyum sajalah.

Ada juga beberapa orang yang bertanyakan saya tentang emas fizikal ini. Jadi saya rasa masih ramai yang samar-samar tentang emas ini. Malah saya yakin masih ramai lagi di luar sana yang masih tidak sedar akan emas yang boleh melindungi kekayaan kita.

Main dengan emas ada beberapa perkara anda perlu berhati-hati. Pastikan anda BELI EMAS DAPAT EMAS, emas yang anda miliki adalah TULEN, pastikan BUKAN SKIM PELABURAN EMAS. Berikut adalah perbezaan jual dan beli emas di Malaysia.

Skim pelaburan emas - Menjual emas dengan harga tinggi dari pasaran, menjanjikan pulangan tetap setiap bulan. Kemudian mungkin beberapa bulan anda diminta menjual balik kepada mereka. Ini yang terjadi kepada pelabur emas pada tahun lepas. Semasa mereka menjual emas kepada syarikat tersebut, emas tersebut diambil dan dikatakan akan membayar dalam masa seminggu, tetapi pada waktu itu mereka semua lesap.

Kedai emas - Menjual emas dalam bentuk barang kemas. Terdapat juga dalam bentuk jongkong emas (Contoh : PAMP Suisse). Mereka menjual pada harga mahal dan membeli pada harga murah. Kebiasaannya mereka membeli balik emas 20%-30% lebih murah pada harga semasa. Harga semasa mereka adalah berdasarkan laman web fgjam. Jongkong emas mereka tidak boleh dibuka cover, malah jika bengkok atau calar mereka tidak menerima terus emas tersebut. Rasa tertipukan? Anda boleh bertanya sendiri pada kedai-kedai emas di mana-mana.

PublicGold - Menjual jongkong emas, dinar dan barang kemas. Menjual betul-betul ikut harga semasa dan dikemaskini setiap 20 minit. PublicGold membeli balik emas dengan harga 5-6% lebih murah dengan harga semasa. Harga semasa berdasarkan laman web mereka sendiri. Malah emas tersebut tetap diterima walaupun calar atau bengkok asalkan berat emas tersebut tetap sama.

Teori menjana keuntungan melalui emas ini mudah saja. Sedangkan orang-orang tua kita secara tidak sedar menjana keuntungan melalui emas. Mari saya ceritakan.

Kisah untung melalui emas tanpa sedar

Masa dulu-dulu, nenek,mak kita beli barang kemas dengan harga emas RM30/g sahaja (harga 10 dahulu). Katakanlah seorang ibu ini membeli emas 100gram dengan harga rm3000. Mereka hanya pakai sahaja sepanjang hari setiap tahun tanpa sedar harga emas naik terus-menerus. Sehinggalah pada suatu hari, anaknya perlukan duit untuk menyambung pelajarannya di universiti. Duit simpanan sudah tiada, terpaksalah jual emas-emas di keliling leher, tangan semua.

Semasa jual emas di kedai emas, tokey kedai emas tu ambil dengan harga RM110/g. Jumlah kesemua 100g RM11 000. Si ibu ini pun berkata "WOW! Untung simpan emas rupanya!". Tetapi si ibu tersebut tidak sedar, tokey emas itu pun dalam hati berkata "Wow!aku dapat beli emas dengan harga murah!!!Boleh jual balik dengan harga RM151/g". Masing-masing pun gembira dalam hati. Dapatlah si ibu menampung pembelajaran anaknya sambil membuat deposit beli kereta Honda City.

"Hehehe...Honda City tu, saya pun pakai Kancil je",kata TaufanEmas dalam hati sambil menaip.

Bila baca cerita di atas, mesti ramai yang berkata dalam hati "Kalaulah 10 tahun yang lepas aku beli emas, mesti sekarang aku dah untung banyak. Lagi banyak dari ASB pula tu." Andaikata si ibu menyimpan dalam bentuk duit, RM3000 tetap bernilai RM3000 pada 10 tahun akan datang. Dan tambahan satu lagi, kalau beli nasi lemak dulu RM0.30 dah boleh dapat, sekarang dapat RM1 pun dah kira bertuah.

Jadi, susah sangat ke beli emas ni? Tak susah pun, beli emas dari saya, call 013-3600508 dan order emas dari saya. Dapat emas anda dan simpan. Bila perlukan duit, pajak atau jual saja emas tersebut. Satu perkara yang perlu anda ingat, emas adalah pelaburan jangkamasa panjang. Bukan jangkamasa pendek. Tapi keuntungannya memang berbaloi.

Sekian, salam emas buat semua!

"PublicGold kena serbu????"

Salam semua, hehehe....tajuk kat atas ni agak kontroversi sikit... saja saya nak menaikkan rating pembaca....

Berikut adalah perbualan saya dengan rakan saya pagi ini;
(Dialog ada tokok tambah bagi menyedapkan perbualan)

Kisah 1

Taufanemas : Hari ini PublicGold keluar Kosmo... Bacalah...


Kawan A : Kenapa dengan PublicGold?? Dah kena serbu ke?? Aku dah cakap kan..... Benda-benda macam ini tak boleh percaya...


Taufanemas : Eh, eh... Bagilah aku habis cakap dulu. Ni terus cakap PublicGold tipu kenapa pula.. Kan sebelum aku jadi dealer lagi aku dah test produk PublicGold ni. Siap aku pajak kat AgroBank lagi. Ok je semua... Bank Rakyat tak nak terima mesti ada sebab dia....tapi emas PublicGold tu memang emas betul... Agaknya Bank Rakyat dah tak mampu nak tanggung bagi pinjaman la kot... Mereka kan boleh rolling duit dekat loan.. lagi untung banyak....500% tu...

Kawan A : Owh.... Kiranya PublicGold ni tak tipulah ye. Takpelah.... Nanti bila harga turun aku beli dengan kau.... Kalau turun 20g RM2600 beritahulah aku ye....

Taufanemas : OK. Nanti aku beritahu kau bila dapat harga tu ye...(entah dapat lagi ke tidak harga ni...hehehe..)

Kisah 2

Taufanemas : Saya dealer PublicGold sekarang ni. Jual dan beli emas PublicGold.....

Kawan B : Wah, kau dah jadi tokey emas dah sekarang ni?? kayalah kau sekarang.. Macammana untung?? ada dapat puluh ribu ringgit???

Taufanemas : Mana ada untung banyak, kalau orang beli 20gram baru dapat dalam rm40 je. tu pun belum tolak kos minyak , tol semua... kalau ikutkan, baik buat OT je, tapi buat ni sebab minat je... saja seronok-seronok....kawan-kawan pun dapat ramai....

Kawan B : Tipulah, kalau tak banyak untung baik kau OT je, lagi banyak dapat apa....

Taufanemas : Ala, ni bukan pasal untung semata-mata lah.... Dapat komisyen sikit je, tapi dapat income selain dari yang kita buat ni memang seronok la, tak adalah buat kerja yang sama je hari-hari...Lagipun saya memang beli emas ni untuk simpanan sendiri juga.....

Kawan B : Oh....Kalau macam tu, aku tunggu kau kaya dululah baru aku beli. Nak juga tengok hasil kau dapat macammana.....

Taufanemas : Ok, kita tunggu lagi setahun dua ya.....(Kita jumpa lagi 2,3 tahunlah)

Macam ni lah perbualan antara kawan-kawan aku ni. Ada lagi banyak tapi tak larat nak taip lagi dah. Kebanyakan orang mempunyai persepsi yang sama tentang emas. Berikut adalah hasil analisis aku;


1. Beli emas nak tahu palsu atau tidak - masalahnya bukti dah bagi tapi tak percaya juga

2. Dah beli nak simpan dekat mana - Dealer macam saya tak nak la simpan, senang nanti orang cop dealer penipu. Kalau orang tu bawa lari memang menangis la kawan tu.


3. Suka tunggu PUBLICGOLD KENA SERBU - orang jenis ni suka la bila benda ni terjadi. Lepas tu mesti nak cakap "tulah, aku dah cakap, jangan join skim-skim pelaburan emas ni"....eh..eh... cop!....abang-abang sekalian...emas ni ada pada kami, PublicGold kena serbu? kenapa? Mereka jual beli emas juga, bukan buat skim.....

4. suka TUNGGU DAN LIHAT - ni jenis yang saya suka. Sebab nanti tak sabar nak tunjuk harga sebelum dan selepas setahun atau 2 tahun. (nota : emas adalah pelaburan jangkamasa panjang. Bukan pelaburan seminit dua, atau sebulan dua, mahupun 5, 6 bulan)

Sekian saja post kali ini. Anda berada di pihak mana?? Ramai pembeli emas kini menjadi dealer emas. Sebab utama sebab dapat beli emas dengan lebih murah. Tapi tak semudah itu untuk kami mendapatkan emas ini. Macam saya, untuk mendapatkan emas saja sudah melalui 2 tol, jarak 30km dari rumah.

Berbaloi?? Bagi saya berbaloi sebab ini saya seronok buat bisnes ini. Tiada customer pun tak apa, emas tetap naik, ada customer boleh dapat komisyen, boleh beli emas lagi. Tapi apa yang saya lihat, kejujuran dan keikhlasan penting untuk dipupuk dalam hati setiap dealer emas ni. Alhamdulillah, saya pun mencuba sedaya upaya memupuk sifat ini.


Akhir sekali, mari kita lihat petikan Kosmo hariini tentang pelaburan emas ini.

Pelaburan emas


Sekian, wassalam. Jumpa lagi!


nota kaki : Taufanemas tengah termenung sebab menunggu stok emas tiba. sekarang hanya tinggal 50g PG dan 1 dinar sahaja....

Produk PublicGold dan rahsia 10 Dinar

Salam semua.... kali ini saya nak bercerita tentang produk yang di jual oleh saya (PublicGold & PublicDinar).

Syarikat PublicGold menawarkan 3 jenis produk,

1. PublicGold - Kualiti emas 99.9% = 24 karat
- Dalam bentuk jongkong 20 gram, 50 gram dan 100 gram (terdapat 1kg tetapi saya tak pernah tengok jenis ini)
- Terdapat kos tambahan (delivery cost). Pada mulanya saya agak hairan mengapa perlu delivery cost ini tetapi saya menjangkakan emas-emas ini diinsuranskan semasa dalam perjalanan dari Penang ke KL atau ke kawasan lain.

2. PublicDinar - Kualiti emas 91.6% = 22 karat

- Terdapat dalam bentuk matawang 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar.

- Tiada kos tambahan. Harga yang tertera di web adalah harga yang dijual.

- Boleh beli kambing dengan 1 dinar. Rujuk web Jutawanemas , sesetengah dealer berurusan dengan dinar seperti dealer Pokli menjual motorboat dia dengan 12 dinar. Boleh rujuk web Pokli.com

3. PublicJewellery - Kualiti emas 91.6% = 22 karat

- Barang kemas berdasarkan harga semasa dan tanpa upah tukang

- Terdapat kos tambahan RM20 bagi setiap barang. Barang yang ditempah akan diperoleh selepas 2 minggu.

Oh...nanti....nanti....terlupa pula pasal PublicSilver. Kesian PublicSilver ni dianaktirikan.

4. PublicSilver - Kualiti perak 99.9% = saya pun tak tahu berapa karat nak kira

- Terdapat dalam jongkong perak 500gram dan 1 kg. Sesiapa tak mampu nak merasa 1kilo emas boleh cuba beli yang ini (Saya pun bercadang untuk beli PublicSilver).

- Terdapat kos tambahan RM30 bagi setiap unit.

- Tidak boleh dipajak di Ar-rahnu (kedai pajak) tetapi mengikut kata penganalis emas, perak mempunyai potensi lebih tinggi dari emas.

Sudah tahu produk PublicGold??? Sekarang lihat perbezaan spread setiap produk-produk ini. Analisis ini belum pernah dikeluarkan oleh mana-mana blog jadi saya letak watermark dulu...hehehe....tapi mana-mana blogger bebas menggunakan jadual ini.....

Jadi selepas anda membaca jadual di atas.... Sedar tak 10 dinar paling untung kalau anda beli?? Lepas ini kalau saya tahu 10 dinar habis dengan cepat di office PG bermakna sudah ramai membaca blog saya!!! Saya pun baru sedar selepas ada customer beli 10dinar x 2kpg dari saya.

Ingat! Beli emas dapat emas!! Jumpa lagi di lain artikel.

nota kaki : Taufanemas sedang dalam proses membuat pertandingan berupa hadiah emas fizikal. Masih dalam perancangan. Terima kasih kerana melawat blog saya!



Kelemahan wang kertas.....

Salam kepada pembaca semua...gembira melihat jumlah pelawat semakin bertambah dari hari ke hari...(lihat sebelah kanan)

Cara copy paste bukanlah digemari sangat oleh saya tetapi atas faktor kesuntukan masa dan masih ingin berkongsi ilmu dengan anda semua saya akan guna cara ini sekali sekala. Untuk pengetahuan anda, masa yang diambil oleh saya untuk mengarang artikel baru memerlukan saya selama 2, 3 jam untuk siap. Setiap artikel saya akan semak dan cari sumber yang sesuai untuk dijadikan bahan artikel.

Ok, balik ke topik asal. Kali ini saya mahu berkongsi tentang berita dari kosmo semalam. Ikuti kisahnya di bawah....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cuci not AS$1 dengan mesin basuh

Wang kertas AS1 disidai selepas dibersihkan di Zimbabwe

HARARE - Pelbagai cara digunakan oleh rakyat Zimbabwe untuk mencuci wang kertas Amerika Syarikat (AS) yang kotor termasuk membersihkannya dengan menggunakan mesin basuh.
Wang kertas AS$1 (RM3.22) kerap bertukar tangan di negara berkenaan sehingga ia menjadi lusuh dan koyak manakala penduduk tempatan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan setinggan dengan kadar jenayah tinggi suka membawa wang tersebut di dalam kasut dan seluar dalam.

Tabiat kotor itu menyebabkan sesetengah wang kertas menjadi terlalu busuk sehingga memaksa orang ramai memasukkannya di dalam mesin basuh untuk dibersihkan sebelum dikeringkan bersama pakaian mereka.

Kaedah tersebut dapat 'mengubah' wang kotor itu menjadi bersih selain ia dilapkan dengan menggunakan sarung tangan getah atau tisu pembunuh kuman.

Menjadi pilihan utama rakyat Zimbabwe, wang kertas dolar AS digunakan jauh lebih lama daripada jangka hayat yang ditetapkan oleh Bank Pusat AS.
Pentadbiran Zimbabwe mengisytiharkan wang dolar sebagai mata wang sah pada tahun lalu bagi menangani inflasi di negara itu namun, bank Pusat AS memusnahkan kira-kira 7,000 tan wang lusuh setiap tahun.

Agensi berkenaan menyatakan, purata pusingan penggunaan wang kertas AS$1 di AS adalah kira-kira 20 bulan, jauh lebih singkat berbanding Zimbabwe di mana jangka hayatnya mencapai hingga bertahun-tahun.

Wang kertas dengan nilai lebih besar pula dikeluarkan dari bank atau melalui aktiviti import dan eksport serta kurang dicemari kotoran.

Ia berbeza dengan wang kertas AS$1, AS$2 (RM6.44), AS$5 (RM16.11) dan AS$10 (RM32.22) yang menjadi pilihan utama di kalangan penduduk miskin Zimbabwe dan ia kerap bertukar tangan.

Wang kertas AS$1 meluas digunakan di pasar-pasar di pedalaman dan stesen-stesen bas sehingga ia akhirnya terkoyak.
Namun, bank-bank dan kebanyakan perniagaan di Zimbabwe tidak menerima wang kertas dolar AS yang koyak, terbakar, amat kotor atau dicantum dengan menggunakan pita pelekat.
Penduduk tempatan menyatakan, kaedah terbaik untuk membersihkan wang kertas dolar AS adalah dengan mencucinya dengan tangan dan menggunakan air suam.

Namun, sebuah kedai dobi di ibu negara Zimbabwe, di sini, menggunakan kaedah lebih mudah iaitu membersihkannya dengan mesin basuh tanpa merosakkannya.

Penduduk tempatan berkata, kaedah cucian kering pula tidak digalakkan kerana ia menyebabkan warna wang kertas itu lusuh.

Seorang pemilik kedai di sini, Jackie Dube bagaimanapun tidak mengendahkan semua petua tersebut kerana dia mempunyai cara yang jauh lebih mudah dan efisien untuk memiliki wang kertas bersih.

"Saya menghilangkan semua wang yang kotor itu dengan memulangkannya kepada pelanggan sebagai wang baki," katanya. - AP
------------------------------------------------------------------------------------------------
Wang kertas mempunyai banyak kelemahan, seperti nilainya yang semakin hari semakin menyusut disebabkan inflasi. Untuk memudahkan anda, jika anda membeli ayam dengan harga rm4/kg pada beberapa tahun lepas, kini harga ayam yang mencecah rm7/kg menunjukkan nilai matawang kita menyusut dari hari ke hari. Malah matawang kini yang tidak lagi bersandarkan emas menyebabkan kemungkinan besar wang kertas kini dicetak dan dicetak tanpa bersandarkan apa-apa.

Semuanya akan lesap jika terbakar

Berbanding emas, ciri-ciri emas yang sukar dimanipulasi berikutan emas tidak boleh dicipta, nilai emas tidak akan berubah walaupun dibakar, dicairkan. Sesetengah pakar ekonomi, malah penulis blog tidak bersetuju dengan pelabur atau penyimpan emas seperti kami. Malah, mereka meletakkan teori "setiap yang naik, pasti akan turun" bila bercerita tentang kenaikan harga emas.

Hanya satu sahaja di fikiran saya, jika teori "setiap yang naik, pasti akan turun" anda adalah betul, kita tidak payah pergi terlalu jauh, renung kembali harga ayam sekarang ini. Dari rm4/kg dan kini sudah mencecah rm7/kg. Saya menjangkakan harga ayam akan naik selari dengan harga emas (ini jangkaan sesuka hati saya sahaja, bukan melalui analisis)
Sekian sahaja artikel saya kali ini.

Berminat dengan emas?? Hubungilah saya. Lindungi kekayaan anda dengan emas.

Business Card saya bersama emas, 2keping 10dinar sudah terjual. Menunggu untuk ambil stok.

PublicGold VS Skim pelaburan emas + kedai emas

Ramai orang takut tertipu dengan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan emas. Kebanyakan syarikat penipu menawarkan skim pelaburan emas di mana mereka akan menjual emas dengan harga yang tinggi dan akan dijanjikan pulangan setiap bulan.

PublicGold di Penang

Syarikat PublicGold tidak MENJANJIKAN keuntungan dari emas ini. Untuk maklumat, PublicGold adalah syarikat yang mempunyai kilang di Penang dan HANYA MENJUAL dan MEMBELI emas sahaja. Naik atau turun harga emas adalah bergantung pada analisis anda tentang emas. Jika naik anda jual anda untung, jika turun anda jual anda rugi. Teori yang paling mudah untuk diterima.

Sebelum menceburkan diri dalam emas, adalah digalakkan untuk anda membuat analisis sendiri tentang emas, mencari maklumat di Internet, mengapa kami menyarankan menyimpan emas fizikal, kisah harga emas di kedai emas tidak mengikuti harga semasa dan banyak lagi. Saya memerlukan 2-3 minggu untuk membuat kajian tentang emas dan yakin tentang emas fizikal. Kemudian anda akan menyedari kelemahan wang kertas (wang fiat) dan mengapa berlakunya inflasi.

Jika anda khuatir emas yang anda beli dari PublicGold adalah palsu, cuba uji ketulenan emas di Ar-Rahnu. Kebanyakan emas yang dibeli oleh pelanggan @ dealer bukannya disimpan sahaja, tetapi emas mereka dimanipulasi melalui Ar-rahnu. Andai kata terdapat sekeping PublicDinar palsu sahaja sudah cukup untuk meranapkan PublicGold.

Alat terbaik untuk menguji ketulenan emas - terdapat di cawangan Ar-Rahnu
(harga dalam RM7000)


Bezanya PublicGold ini jika anda perasan, PublicGold mempromosi produknya bukan macam main "sorok-sorok", jual selepas itu hilang, dan mereka meletakkan muka mereka sebagai tanda mereka serius dalam jualbeli emas ini. Malah dealer PublicGold dengan berani meletakkan gambar mereka menunjukkan ini bukan bisnes main-main. Cuma alamat rumah masing-masing dirahsiakan bagi tujuan keselamatan.

Louis Ng - Pengerusi PublicGold

Akhir sekali, sila lihat PublicGold di akhbar dan media.

PublicGold di akhbar



Pengerusi PublicGold di TV1



PublicGold dalam Wow AC (AC SEMPOI)?


Sudah yakin dengan PublicGold??
Hubungi saya untuk membeli emas!!!
Ingat, BELI EMAS DAPAT EMAS!!!

Aku malu jual emas.....tapi aku yakin dengan apa aku buat... Part 1

Lama dah tak update blog.... banyak perkara telah berlaku sepanjang bulan Jun ni...

Antara perkara-perkara yang berlaku sepanjang bulan ini adalah......

1. aku buat business card untuk emas setelah aku mendengar kawan aku membazirkan masa aku dengan MLM dia.

Ceritanya bermula ketika aku jumpa kawan sekolah lama aku di PWTC dan kami pun bertukar-tukar no hp setelah lama tidak berjumpa sejak masing-masing tamat dari universiti. Selepas sebulan kawan aku mengajak aku pergi minum-minum kononnya dia berjumpa dengan kawan dia dekat dengan tempat aku tinggal.

Kali pertama aku bawa la isteri dengan anak aku memandangkan aku tak mahu meninggalkan mereka di rumah. Ketika itu kawan aku menceritakan yang dia membuat satu bisnes dengan orang lain tetapi bila aku bertanya tentang bisnesnya, dia hanya menceritakan yang dia menguruskan projek dengan kawan yang lain. Cerita tamat di situ dan aku tidak mengesyaki apa-apa kerana memikirkan dia mungkin hanya mahu berjumpa atas dasar kawan.

Setelah beberapa bulan, dia pernah mengajak aku beberapa kali untuk berjumpa minum-minum tapi telah beberapa kali aku tolak memandangkan masa-masa terluang aku amat penting untuk benda lain. Akhirnya aku jumpa juga kawan aku ini di restoran terdekat. Ketika itu kawan aku membawa seorang lagi (aku gelar dia Z, bukan nama sebenar ye ) ke meja makan. Kami bercerita macam-macam sehingga masuk "bisnes" misteri mereka. Sambil tu aku promote juga yang aku buat bisnes emas ni.

Si Z ni mulalah cerita tentang bisnes mereka yang sangat menguntungkan, sambil berkata " aku sekarang dah berhenti kerja, buat fulltime bisnes ni, income aku sekarang lebih kurang RM10k sebulan". Bila aku bertanya tentang bisnes mereka ni, mereka suruh datang ke jamuan syarikat mereka keesokkan harinya. Aku pun setuju kerana pada hemat aku mungkin mereka buat bisnes antarabangsa.Aku rasa malu mempromote emas pada mereka sebab kerja jual beli emas ni tak banyak untung tapi bisnes emas ini sungguh menarik bagi aku.

Keesokkan harinya, aku pergi ke jamuan mereka di taman tasik Titiwangsa, dan di situ semua orang menceritakan tentang "bisnes ni sangat menguntungkan, kalau ko tengok orang tu (A) income dia dah RM70k sebulan". Semua orang menceritakan "bisnes" misteri ini berbaloi dan macam-macam lagi.

Kawan aku pun memperkenalkan si A ni dekat aku dan A mula bercerita tentang mereka mencari partner untuk buat bisnes ni. Masa itu dia cakap mereka menjual air mineral. Dalam hati aku berkata " wow! kalau camni dalam 2 bulan dah boleh beli 1 kg emas ni! Ada rupanya bisnes lagi untung dari emas!". Tapi dalam jamuan itu tiada siapa cerita lebih lanjut tentang bisnes misteri ni. Kata mereka mesti datang ke pejabat mereka untuk tahu lebih lanjut. Aku dengan penuh minat berkata setuju untuk ke pejabat mereka.

Malam itu, aku cerita pasal jamuan itu tapi ketika isteri aku bertanya mereka buat bisnes apa, aku tidak dapat menjawap. Isteri aku agak marah kerana katanya "bisnes tu mesti tak halal, kalau tak buat apa nak sorok-sorok taknak beritahu, lagipun, kalau diorang dah income RM70k sebulan, buat apa nak ajak kita yang miskin ni masuk, ni mesti kena bayar apa-apa ni".

Malam itu kami agak dingin sebentar kerana berbeza pendapat. Aku menganggap kawan aku mahu menolong sesama kawan sebab itu dia ajak aku tengok apa bisnes misteri ni. Aku memujuk isteri aku untuk sama-sama ke sana dan jika apa-apa deposit diperlukan, aku akan tolak terus.

Esoknya, sampai di pejabat tersebut, kami diperkenalkan dengan produk-produk yang mereka jual. Kemudian, terdapat seorang lagi telah menunggu kami untuk menerangkan apa yang mereka buat. Dipendekkan cerita, rupanya dari awal, sampai jamuan, lepas itu dapat tarik ke pejabat mereka adalah strategi mereka. Senang cerita, mereka buat MLM!! Deposit RM2080, dapat produk-produk mereka yang tak tau macammana.

Aku dengan terus-terang kata, "bisnes ni terang-terangan MLM, jatuh kepada haram, andaikata bisnes ni aku dapat income RM1 juta sebulan pun, aku lebih rela kerja kilang dengan income RM1000 sahaja, asalkan aku tak menganiayai orang lain. Biarlah anak bini aku mati kelaparan, daripada makan kenyang dari hasil-hasil camni".

Dengar sahaja ungkapan aku, kelam-kabut orang tu ke bilik orang atasan, kononnya Crown Master. Orang Crown Master tu datang, siap berdebat dengan aku katanya "Saya sudah pergi Kelantan tanya Tok Guru (Nik Aziz kot, aku berharap bukan, sebab aku sangat mengkagumi kehidupan beliau yang serba sederhana) bisnes ni halal".

Aku membalas,"Kalau awak dah faham konsep MLM tu macammana, tak payah tanya tok guru, tak payah tanya imam masjid Mekah pun, kalau dah tahu haram, hukumnya tetap haram. Macam orang hidang daging babi, awak dah sedia tahu itu daging babi yang haram, kemudian datanglah tok guru kesayangan awak tu kata daging babi tu halal, jadi awak pun makanlah ye?konon-konon dosa halal haram tok guru tu tanggung la sebab dia yang cakap halal. Awak tak tanggung dosalah ye?".

Akhirnya setelah beberapa perbalahan, sebelum Crown Master tu beredar, sempat lagi cakap "tu lah, lain kali baca buku banyak-banyak, ilmu awak tu masih belum cukup lagi. Rugi tak join bisnes ni". Amboi-amboi, taknak aku jawap, terus lari ye? aku pun cakap dengan kuat dekat situ, " Ilmu tu kalau dah tak betul, belajar banyak mana pun, tetap tak betul jugak, dah jadi tugas kita mencari ilmu yang berlandaskan agama. Walaupun ilmu itu sikit tapi berbaloi."

Blog Zaharuddin -MLM


Setelah habis sahaja sessi tersebut, kami pun balik ke rumah. Kami termenung panjang dalam kereta. Tiba-tiba aku bersuara "Kesiankan yang, ramai yang tak tahu apa-apa masuk MLM, janji ada keuntungan yang banyak, semua pun boleh, yang abang sedih tu ramai Melayu kita pula tu. Mula-mula abang rasa malu juga cerita pasal emas ni kat diorang sebab untung tak banyak macam diorang, akhirnya abang bangga abang tak jadi macam mereka".

Si isteri pun menjawap, " Aah la bang, ramai Melayu kita dekat situ, siap berhenti kerja pula tu buat benda MLM ni. Tak mengapalah bang, emas kita buat ni untuk simpanan masa depan, sekarang kita berjimat-cermat, asalkan kita bahagia sudahlah, dari kaya dari sumber yang tidak halal ni". Aku sangat gembira dengan isteriku ini, seorang yang bertolak-ansur, mudah dibawa berbincang, cuma kadang-kala gaduh tetapi tidak bercakap tak sampai 10 minit pun, lepas tu baik balik. Kami tetap berkongsi kesengalan bersama..hehehe.....

Malam itu, aku pun SMS Jeman (Master Dealer Public Gold), "Man, kalau aku buat business card, langgar etika dealer ko tak?". Setelah mendapat greenlight dari Jeman, aku pun tempahlah business card 500 keping. Tak lama selepas itu, PublicGold buat promosi sesiapa mahu jadi dealer, modal perlu RM20k sahaja daripada asal RM40k. Aku pun mendaftar menjadi dealer PublicGold secara rasmi. Modal RM20k? aku mana ada modal sebanyak tu!! Hehehe...ada kisah di sebaliknya. Perkara yang aku tidak sangka-sangka berlaku. Sungguh hebat Allah mengatur perjalanan kita. Cerita bagaimana aku mendapat modal RM20k akan aku ceritakan di sessi akan datang.

Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca sampai akhir.

oh ya, sambil tu saya mahu mempromote syarikat MLM yang telah membazir masa saya selama 3 hari + 1 hari. 1 hari lagi lepas tu, ada orang join MLM tu BAPAK dia kerja JAKIM, nak meyakinkan bisnes diorang ni halal. oh terima kasih sajelah ye?

ni maklumat tentang MLM tersebut :

Global Steady Network (konsep network marketing - MLM lah tu)
Nak jadi ahli kena bayar RM2080.00
dapat barang-barang air mineral, penapis semualah
Tarik kawan masuk dapat komisyen,lagi ramai dapat tarik kawan cukup point dapat naik Crown Master
Crown master dapat komisyen dari orang bawah sikit (kalau orang bawah dapat tarik kawan-kawan)
Tugas Crown Master memutarbelit bila anak-anak buah tak dapat ajak (sebab tu buat dekat pejabat mereka)
Ni laman web mereka : http://steadyglobalnetwork.blogspot.com/ (income dah banyak tapi pakai blogspot lagi ke???)

akhir kata, simpanlah emas untuk menjaga kekayaan anda.......hahahaha......

ni surat dari BNM dan Sijil Malaysia Book of Record tentang PublicGold



-------------------------------------------------------------------------------------------------

ikuti kisah bagaimana saya menjadi dealer (Part 2) di sini.....klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...