Emas??Tak kena zakat ke?? Dekat mana nak simpan???

Bila tiba cerita tentang emas, ramai orang akan tertanya-tanya "tak kena zakat ke simpan emas ni? Dekat mana nak simpan??". Masa aku baru tahu emas pun aku memang memikirkan tentang dua hal ini. Maka bermulalah kajian a.k.a research aku. Hasilnya seperti di bawah.

1.Zakat emas

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.


Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.


DALIL WAJIB ZAKAT


Firman Allah s.w.t:

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu" (Surah At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka". (Hadis riwayat Abu Hurairah)


KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK


Emas Perhiasan Wanita


Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS

(MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar

pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat

emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram.


Contoh:


(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125


Emas Yang Disimpan

Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam
bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.Ia dikenakan zakat
sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi
nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang
tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.

Contoh:

(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112.50

sumber : Lembaga Zakat Selangor

maksudnya untuk emas jenis simpanan diwajibkan zakat apabila mencapai 85gram atau lebih setahun, andaikata masih belum cukup 85 gram tak diwajibkan zakat.

2. Tempat simpanan emas (Save Deposit Box)

Tempat terbaik untuk menyimpan emas fizikal anda adalah di save deposit box yang mempunyai insurance.Berikut adalah contoh institusi yang mempunyai save deposit box.

1. Maybank
2. EON Bank
3. RHB Bank
4. CIMB Bank

untuk yang private punya :

5. Royal Deposit Box
6.Safe Deposit Box Sdn Bhd

Rate dalam lingkungan RM80 ke atas untuk setahun. Rasanya ambil yang paling kecil pun dah cukup.

Rasanya dah jawab soalan di atas kan???

OK, Jumpa lagi di lain sesi!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...