Memajak emas cara paling mudah mendapat pinjaman
Pengurusan Ar-Rahnu berdasarkan syariat Islam
Ar-rahnu merupakan tempat yang terbaik dan terjamin berbanding kedai-kedai pajak biasa. Di sini juga anda boleh mengetahui KETULENAN EMAS anda. Mengapa saya menekankan isu KETULENAN EMAS?? Tahukah anda terdapat kedai emas yang menjual barang kemas ketulenan 835 (83.5% emas) atau 750 (75% emas) dengan harga emas 916 (91.6% emas)? Bagaimana anda boleh tertipu?
Kebiasaannya barang kemas ini akan diukir "916" untuk meyakinkan pembeli emas bahawa emas tersebut adalah emas 916. Tetapi apabila pajak sahaja baru anda mengetahui ketulenan sebenar emas tersebut. Cara untuk memastikan ketulenan emas dengan tepat hanyalah menggunakan densimeter. Sila rujuk artikel ini. Cara terbaik adalah mengelakkan membeli emas dari kedai "cap ayam" di mana kadangkala emas mereka lebih murah dari biasa malah lebih murah dari ditawarkan oleh PublicGold.
Semasa jualan murah hari raya di Kuantan, saya singgah di Kuantan Parade kerana ibu mertua saya memberitahu harga emas 916 bernilai RM126/g berbanding harga semasa kedai emas, RM141/g. Ternyata kedai "cap ayam" yang menawarkan harga tersebut. Di situ juga terdapat kedai emas "WAH CHAN" tetapi kedai tersebut lengang berbanding kedai "cap ayam" tersebut. Jika saya diberi pilihan, saya lebih rela ke kedai emas WAH CHAN berbanding mengambil risiko membeli emas yang tidak terjamin tulen atau tidak.Kita balik semula kepada cerita Ar-Rahnu ini. Ar-Rahnu ini diperkenalkan untuk mengelakkan pemajak emas ditindas oleh kedai-kedai pajak yang biasa. Dengan menggunakan konsep "upah simpan" berbanding konsep "faedah/bunga" oleh kebanyakan kedai pajak,Ar-Rahnu lebih terjamin dan bebas dari penindasan kepada pemajak emas.
Tersilap cara anda akan rugi dalam memajak emas
Bagaimanakah berlakunya penindasan kepada pemajak emas ini? (Berdasarkan cerita dealer emas lain) Jika anda memajak emas, tidak dinyatakan berat sebenar emas dan emas tersebut akan "hangus" jika anda gagal membayar pinjaman+bunga. Malah kemungkinan besar emas anda dikikis atau dipotong sedikit sebelum dipulangkan semula jika anda melangsaikan pinjaman anda. Jadi bukankah ini satu penindasan?
Berbanding Ar-Rahnu, emas anda akan dinilai terlebih dahulu ketulenan dan pinjaman akan diberikan sehingga 50~70% dari harga semasa emas. Tempoh simpanan maksima adalah 6 bulan dan boleh dilanjutkan lagi setelah selesai membayar kos upah simpan selama 6 bulan. Jika anda tidak mampu, emas tersebut akan dilelong dan jumlah pinjaman+upah simpan akan diambil dan selebihnya dipulangkan.
Jadi tanya diri anda kenapa mesti Ar-Rahnu?
Ikuti sejarah Ar-Rahnu ini di blog mohamadsofee.blogspot.com.
Akan bersambung siri kedua .......akan menyusul.........
Merempit biar berilmu (Ar-Rahnu)