Salam semua, macam biasa kepada sesiapa yang tertinggal siri Ar-Rahnu ni boleh buka link bawah ye.
Merempit biar berilmu (Ar-rahnu)
Prosedur Ar-rahnu (Agrobank) - Siri 1
Prosedur Ar-rahnu (Agrobank) - Siri 2
Cara Pembayaran Pinjaman Ar-Rahnu Agrobank
Selesai sahaja anda membuat pinjaman Ar-rahnu anda perlu melangsaikan pinjaman tersebut dalam masa 6 bulan. Tempoh boleh ditangguhkan lagi +6bulan+6bulan tetapi mesti membayar upah simpan untuk 6 bulan tersebut.
Emas yang dipajak akan diwakili oleh surat pajak. Surat pajak tersebut tercatat nombor akaun bagi setiap surat. Anda perlu membayar dengan mendeposit masuk wang ke dalam akaun tersebut. Tetapi pada kali terakhir pembayaran anda perlu melangsaikan di kaunter bank.
Terdapat 2 cara untuk membayar pinjaman;
1. Bayaran secara lum sum.
- Dalam tempoh 6 bulan tersebut, anda boleh membayar sekaligus samaada pada pertengahan bulan atau pada penghujung bulan yang ke-6. Pembayaran hanya sekali dan pembayaran dilakukan di kaunter bank, selepas itu anda akan mendapat emas anda semula. Pastikan no. siri sijil, no. siri emas, dan resit asal (jika ada) adalah betul.
2. Bayaran secara ansuran/bulanan.
- Cara ini paling diminati oleh saya kerana dapat mengurangkan risiko naik turun emas (rujuk artikel merempit biar berilmu). Untuk bayaran secara bulanan, nilai bayaran tertera pada surat pajak tersebut. Saya sendiri mengaplikasi cara ini, dengan menggunakan gaji saya. Pada penghujung tempoh, saya tidak perlu menjual emas (emas dibeli dengan pinjaman) dan secara tidak langsung menambah aset emas saya.
Kesimpulannya, bayaran boleh dilakukan melalui Cash Deposit atau kaunter ke akaun yang tertera pada surat pajak. Pembayaran terakhir perlu di kaunter dan emas akan ditebus.
Bagi yang menjana keuntungan melalui emas pajak, anda perlu menjual emas yang dibeli dari wang pajakan dan tebus kembali emas asal anda. Pada waktu terakhir, anda akan mendapat emas anda kembali + wang lebihan hasil kenaikan emas selepas 6 bulan.
Bagaimana?? Sudah bersedia untuk merempit(pajak)??? Selamat mencuba dan pastikan tujuan anda betul!!!Ingat, merempit biar berilmu!!!
*Kenaikan emas yang mendadak pada minggu ini telah menyebabkan teknik merempit emas oleh saya telah berjaya. Saya masih belum kira keuntungan tapi saya sudah melepasi 5-6% spread dan kos upah simpan.
Oh, ya. Sebelum saya mengakhiri artikel ini, untuk harga emas yang digunapakai oleh Ar-rahnu biasanya boleh rujuk kotak sebelah kanan "Senarai harga-harga emas di Malaysia" -> "Harga kedai-kedai emas". Pada ketika artikel ini ditaip harga emas adalah RM160/g (999),RM151 (916).
Sekian, jumpa lagi di lain waktu!!
No comments:
Post a Comment