Rahsia kejatuhan harga. . . . . .


Salam semua,

Lama tak update blog.

Kawan saya si Khaizam telah baling selipar pada saya sambil berkata " woi, update blog ko!!!"

Ok, ok. Baiklah..

Kali ni saya nak berkongsi analisis saya tentang naik dan turun emas. Nak cerita perak pun susah juga sebab masih lagi belajar.

Timing yang bagus meningkatkan keuntungan anda

Harus diingatkan ini bukanlah PASTI, cuma JANGKAAN dan bukan RAMALAN. Saya bukan tok nujum ya! Haram tu! Saya pun hanya berdasarkan jangkaan hasil dari analisis saya.

Berikut adalah tips-tips yang saya kutip dari internet, forex trader dan sebagainya. Ada yang boleh percaya, ada yang diragui kesahihannya. Terpulang kepada anda sendiri.

1. Setiap tahun, kenaikan emas boleh dibahagikan kepada dua, dari Januari ke Jun (fasa awal), dan dari Julai ke Disember(fasa akhir).

Fasa awal : harga akan naik dan turun dalam keadaaan tidak stabil. Dikatakan harga emas akan turun sebelum Tahun Baru Cina (harga jatuh pada waktu ini pada tahun 2010 dan 2011) dan kali kedua pada antara bulan Mei dan Jun. Dalam tempoh fasa pertama ini banyak berlaku naik dan turun harga emas dan perak.

Fasa akhir : waktu di mana harga emas rancak dan mencanak naik sehingga penghujung tahun. Pada waktu ini susah untuk dijangka bila harga akan turun dalam fasa akhir ini. Kebiasaannya waktu terbaik untuk membeli emas adalah dalam lingkungan bulan Julai.

2. Era pelaburan perak mungkin sudah tiba.

Baru-baru ini, kecoh tentang kenaikan perak yang melebihi kenaikan 100% setahun. Ini bermakna tidak mustahil anda membeli jongkong perak bernilai RM100k, nilainya akan menjadi RM200k pada tahun hadapan. Kini semakin ramai yang berminat dengan jongkong perak ini.

Berbanding jongkong emas, teknik pajak-beli emas-pajak masih tidak dapat mengatasi keuntungan membeli jongkong perak ini. Minggu lepas, harga perak jatuh mendadak dari USD47 ke USD34. (maaf kalau tak tepat, kira lebih kurang la ye) dan menyebabkan ramai orang mengambil kesempatan kejatuhan harga perak ini.

3. Emas dan perak mengalami correction

Seperti biasa, kadang-kadang kita boleh tengok pembeli tepuk kepala bila beli sebelum waktu correction. Tapi apa boleh buat, mana kita boleh jangka bila akan turun.

Correction ini adalah keadaan di mana ketika harga naik dengan harga tertinggi dan akan turun semula pada satu tahap. Tempoh kejatuhan harga ini biasanya sementara dan dipanggil correction. (kepada otai-otai, sila betulkan kalau saya salah tentang maksud correction ni).

Bagi yang kurang pengalaman, ini boleh menjurus kepada panic selling, jual semua kerana takut harga akan jatuh lagi. Tetapi bagi kebanyakan pelabur/pembeli yang sudah tahu, ini adalah peluang keemasan untuk menambah stok pada harga yang murah. Tidak kurang juga yang menggunakan teknik merempit (pajak Ar-rahnu).

Tempoh correction ini dipanggil "tempoh berehat" sebelum akan naik lebih tinggi dari sebelum ini. Waktu terbaik beli emas/perak waktu correction? Jika anda lihat di jadual harga di sebelah kanan ini, waktu terbaik adalah harga "we sell" adalah lebih rendah dari harga "we buy" pada waktu tertinggi.

4. Harga perak tidak terkawal lagi selepas harga melebihi USD30/oz

Yang ini saya tidak pasti, info ini saya dapat dari dealer PG, merangkap kawan saya dan juga seorang forex trader yang hebat. Ya saya tahu forex itu haram, kawan saya ini cina ok. Saya pernah bertanya pendapat beliau tentang perak, dan dia tersenyum-senyum pada saya.

Katanya " Bila harga perak sudah mencecah USD30/oz, ini bermakna JP Morgan sudah tidak dapat mengawal harga pasaran perak. Sebab utama harga perak adalah di bawah USD30/oz adalah disebabkan beliau menstabilkan harga perak. Jadi bila sudah mencecah harga ini, kemungkinan besar harga perak akan terus naik dan terus naik berikutan susah dikawal."

Ini cerita beliau pada Disember 2010. Atas nasihat rakan saya ini, saya terus memulakan membeli jongkong perak. Hasilnya sangat memberangsangkan walaupun harga perak jatuh pada akhir Januari 2010.

Ok, cukuplah 4 yang utama.

Seperti yang saya katakan, nak percaya atau tidak, terpulanglah.
Nak komen, kat bawah tu ada. Hehehe...

Nanti saya sambung lagi. Dah mengantuk ni.

Sekian, wassalam.



3 comments:

  1. SAYA PERNAH TENGOK VIDEO MIKE MALONEY YANG MENGATAKAN 500 0Z SILVER AKAN DAPAT MEMBELI SEBUAH RUMAH. SEBENAR HARGA SILVER SEKARANG ADALAH UNDERVALUED. KALAU KITA LIHAT KEMBALI RATIO EMAS DAN PERAK SEJAK BEBERAPA RATUS TAHUN DAHULU MEMANG BEZANYA SANGAT BESAR. SILVER SEKARANG MASIH DALAM JULAT MAMPU MILIK. SAMA-SAMALAH KITA MEMPELBAGAIKAN FOLIO PELABURAN KITA.

    ReplyDelete
  2. Here are some places to read about Gold & Silver, find spot charts, etc.
    - I am not affiliated or promoting either site, simply pointing out resources for FF members.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...