Hukum membeli emas dan perak secara ansuran / tertangguh oleh Ustaz Zul


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Minggu lepas harga emas jatuh tergolek (1 dinar RM731), minggu ini harga emas naik macam ular tedung (1 dinar RM754). Ini berikutan kerajaan China membeli emas pada 23 Mac yang lalu (Jumaat), menyebabkan harga emas naik mencanak-canak. Saya jangkakan harga emas akan membuat rekod baru pada bulan Mei 2012. (mungkin USD 2000/oz?)

Harga Emas dijangka membuat rekod baru pada Mei 2012

Kali ini saya nak kongsi dengan anda hukum pembelian emas secara ansuran/tangguh. Bagi saya kes ini agak sensitif dan agak sukar untuk difahami jika anda tidak menyelami dan mengkaji sendiri sejarah wang kertas (fiat). Atas hal ini juga saya tidak menyediakan servis EPP (Easy Payment Programme) selama setahun lebih.

Menerangkan apa yang saya faham tentang wang fiat dan emas agak sukar untuk saya terjemahkan melalui kata-kata atau tulisan, lagi-lagi bila bercerita tentang hukum. Saya bukan ustaz atau ahli agama, tetapi saya percaya setiap sesuatu yang ditetapkan oleh Allah, pasti ada sebabnya. Adalah penting untuk mengkaji, bertanya, berkongsi pendapat untuk menerangkan lagi persoalan di kepala anda. Alhamdulillah setelah sekian lama, saya terjumpa video Ustaz Zul, yang mana pemahaman saya adalah sama seperti yang diterangkan oleh beliau.

Setelah setahun saya membaca artikel, mengkaji wang fiat, emas dan inflasi, barulah saya yakin dengan pendapat pertama seperti yang diterangkan oleh Ustaz Zul. Tahniah kepada Ustaz Zul kerana video yang menarik dan mudah difahami.

Mari kita lihat video Ustaz Zulkifli dari SunnahEmas.com


Anda berada di mana? Pendapat pertama atau pendapat kedua? Pastikan anda berpegang teguh dan yakin pada pendapat yang anda pegang.

Saya doakan anda kaya dan berjaya, dan sihat tubuh badan.

Jumpa lagi, wassalam.

Nota kaki : Nak dapat info pelaburan emas dan perak percuma dari saya? Jangan lupa "Like" fanpage saya, PelaburanEmasMalaysia atau klik saja di sebelah kanan website saya. Alhamdulillah sudah lebih 400 like dalam masa 2 bulan sahaja.

Dr. Azizan Osman (DAO) - 'Mekanik' yang genius

Dr Azizan Osman - Mekanik Minda
(Gambar dari Alumni DAO)

Salam semua pembaca yang dikasihi,

"ANDA KAYA DAN BERJAYA!"

Kali ini saya nak share tentang Dr. Azizan Osman, yang ramai salah sangka beliau adalah pakar motivasi, tetapi sebenarnya bukan. Beliau adalah "Mekanik Minda". Beliau berupaya 'membaiki' pemikiran kita yang salah, kepada yang betul. Yang negatif, kepada positif.Yang hisap rokok, berhenti merokok. Yang bergaduh dengan ibu bapa, terus call minta maaf. Yang masam mencuka, terus senyum melebar. Dan macam-macam lagi.

Bila saya kata begini, mungkin ramai tidak percaya, JANGAN PERCAYA, PERGI DULU.

Kisah saya bermula untuk berminat dengan seminar DAO ini bermula dengan rakan saya, yang secara tiba-tiba menghubungi saya, "Eh, aku nak beli emas lah". Bila saya selidik kenapa dia beli emas, rupa-rupanya dia mengikut nasihat DAO di seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) 2011. Sejak itu, saya mula mengikuti seminar DAO ini.

Dari Jumaat hingga Ahad lepas, 3-5 Feb 2012, saya dan isteri menghadiri seminar IMKK. Kesannya sangat bagus. DAO menyampaikan sangat straight forward, jelas dan setiap kata-katanya mempunyai makna dan isi yang sangat mendalam.

Gambar semasa kelas IMKK 2012 (Senyum kelat sikit)

Gambar selepas kelas IMKK 2012 (Senyum dah melebar)

Sepanjang seminar, kami dikehendaki menulis sambil berdiri, duduk macam pengantin, dan macam-macam lagi. Tak pernah saya menghadiri seminar seperti itu. Tetapi, ada satu perkara yang bermain di fikiran saya sepanjang seminar itu.

"Bagaimana DAO boleh berdiri dan bercakap selama itu?"

Seminar pada hari pertama 9am -10.30pm, hari kedua 9am - 11.30pm, dan hari terakhir 9am-4.30pm. Tolak waktu rehat, DAO bercakap lebih kurang 10-11 jam sehari sambil berdiri (duduk hanya sekejap sahaja). Pada saya, hanya orang yang betul-betul minat apa yang dia suka sahaja boleh berbuat dan begitu bertenaga. Beliau sendiri adalah contoh yang terbaik.

"Buat apa yang anda suka, anda pasti akan kaya dan berjaya."

Konsep yang ditekankan oleh beliau sangat mudah. Sharing. Dan saya tahu dalam dunia pelaburan emas ini, konsep sharing sangat penting untuk menarik pelanggan/rakan niaga dalam pelaburan emas ini. Lagi banyak mereka faham, lagi banyak mereka akan beli.

Secara tidak langsung, DAO telah memberi inspirasi dan perubahan kepada ramai orang termasuk dalam dunia emas ini sendiri. Antara yang saya tahu ialah, Pokli, Faizan @ Pelabur Jutawan, Faizal Yusof, Faeez Uncang Emas, Hasnizam @ Emas8Kilo dan ramai lagi (setakat ini yang saya tanya/jumpa mereka).

Jadi, saya sangat galakkan anda semua untuk mengikuti seminar DAO ini. InsyaAllah pandangan anda akan berubah 180 darjah. Cuba pecahkan sikap anda dari "biasa-biasa" kepada "luar biasa". Buat benda yang anda rasa di luar kebiasaan anda. Anda pasti akan kaya dan berjaya!

Seminar IMKK 2012 dihadiri seramai 3000 orang
(Gambar dari Alumni DAO)

nota kaki : untuk pengetahuan anda, ilmu DAO tentang pelaburan emas bukan calang-calang. Saya sendiri terkejut apabila beliau menerangkan tentang kenapa beli emas, jangan beli GIA, pajak dan sebagainya.

2012 : Tahun bagi drama naik turun ekonomi, politik dan emas?

Salam semua,

Sudah agak lama saya menyepikan diri.

Sebenarnya saya memang terlalu sibuk; bekerja, menambah ilmu, dan masa saya untuk duduk tenang menukil artikel agak terbatas.

Pada 2011, harga emas dan perak menunjuk naik dan turun yang agak drastik, yang mana harga naik dan jatuh di paras yang saya tidak jangkakan.

Harga tertinggi saya dapat lihat dalam tahun 2011, 1 dinar bernilai RM820 (Ogos 2011), 1kg silver bernilai RM6200 (Mei 2011). Sila lihat dan bandingkan harga sebelum ini dan sekarang.

Harga Perak 1kg RM6158

Harga 1 dinar RM804

Sekarang waktu terbaik?? Anda lihatlah sendiri.

Saya juga agak terkejut kerana harga perak boleh jatuh dari RM6200/kg turun sehingga paling rendah RM3480/kg.

Terlalu banyak berita yang masuk di telinga saya, antaranya kesan tsunami di Jepun, peperangan, US melambakkan emas untuk memperoleh semula perak, dan banyak lagi. Tahun 2012 kali ini tidak tahulah apa drama kali ini.

Bagaimanapun tahniah kepada yang membeli emas pada awal tahun 2011, anda sebenarnya telah memperoleh keuntungan lebih dari 10%-25%. Perak kurang bernasib baik dengan penurunan yang drastik tetapi percayalah perak adalah lebih berpotensi dari emas di masa akan datang.

Sebagai penutup, saya nak kongsi status Motivator #1 di Malaysia, Dr. Azizan Osman tentang pelaburan emas. Bagi saya, beliau adalah Mentor terbaik yang saya pernah jumpa. Kata-katanya umpama mempunyai aura yang mampu mengubah kehidupan seseorang.

Sekian, sampai sini dahulu. Nanti saya sambung lagi.

Nota kaki : Saya ada fanpage Facebook baru : Pelaburan Emas di Malaysia, adalah lebih mudah untuk berinteraksi di Facebook.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...