Salam Perkenalan

















Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Terima kasih kerana melawati blog ini. Perkenalkan diri aku dulu ye.
Nama aku Shafiruz, orang panggil aku Pilot dan telah digunakan di merata-rata tempat. Tujuan utama aku buka blog ini untuk bercerita tentang simpanan emas fizikal kepada rakan-rakan aku dan pembaca sekalian. InsyaAllah bila-bila aku rajin aku akan update selalu.

Sebelum ini aku memang sedang mencari sesuatu untuk menyimpan dan mencari pendapatan lain. Salah satunya adalah membuka OnlineShop. Tetapi masih belum terlaksana sebab aku masih belum berguru tentang bab ini. Sampai suatu ketika kawan ofis aku menghantar email tentang blog kawan sekolahnya yang membeli emas fizikal (RM100K) sebagai pelaburan dan simpanan. Bila aku baca blog tersebut, barulah aku tahu antara pelaburan yang selamat dan menguntungkan adalah emas.

Setelah lebih kurang 2 minggu aku membaca dan mencari artikel tentang emas, aku nekad untuk membeli emas fizikal. Pada masa itu jenis emas yang terbaik dan spread yang rendah adalah Kijang Emas, tetapi disebabkan beberapa sebab (masa, stok dan lain-lain) aku memilih untuk membeli emas PublicGold. Nanti aku akan terangkan pada artikel lain. Setelah mendapat sokongan isteri tercinta, aku menghadiri seminar emas di Bandar Sunway pada 4/2/2010 dengan membawa duit sebanyak rm2700 untuk membeli emas.

Seminar tersebut dianjurkan oleh Pokli, salah seorang Master Dealer dan sangat berpengetahuan luas tentang emas. Seminar tersebut bukan bercerita tentang bagaimana menjadi agen, tetapi lebih berkisar tentang pengenalan kepada emas dan faedah menyimpan emas fizikal. Selesai sahaja seminar, Pokli mengeluarkan emas 999 PublicGold 100gram (RM13K). Memang terasa beratnya.

Pada masa itu, aku berkenalan dengan Master Dealer yang lain merangkap orang yang akan aku berurusan untuk jualbeli, Jeman. Aku beli dengan Jeman emas 20gram dengan harga RM2681. Rasa macam pegang duit 50sen je. Disitulah bermulanya azam baru aku untuk membeli emas sebagai simpanan di masa akan datang.

Setakat ini sahaja bercerita, aku sambung di lain post. Terlalu banyak untuk diceritakan tapi aku akan bercerita satu persatu tentang emas ini. Memang terlalu menarik untuk buat analisa tentang emas ini. Jumpa lagi di lain waktu.

-Wassalam-

nota kaki : masih mengkaji tentang emas dan wang fiat (duit kertas), banyak benda dan kebenaran telah aku faham pasal dua benda ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...