Salam kepada pembaca semua...gembira melihat jumlah pelawat semakin bertambah dari hari ke hari...(lihat sebelah kanan)
Cara copy paste bukanlah digemari sangat oleh saya tetapi atas faktor kesuntukan masa dan masih ingin berkongsi ilmu dengan anda semua saya akan guna cara ini sekali sekala. Untuk pengetahuan anda, masa yang diambil oleh saya untuk mengarang artikel baru memerlukan saya selama 2, 3 jam untuk siap. Setiap artikel saya akan semak dan cari sumber yang sesuai untuk dijadikan bahan artikel.
Ok, balik ke topik asal. Kali ini saya mahu berkongsi tentang berita dari kosmo semalam. Ikuti kisahnya di bawah....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cuci not AS$1 dengan mesin basuh
HARARE - Pelbagai cara digunakan oleh rakyat Zimbabwe untuk mencuci wang kertas Amerika Syarikat (AS) yang kotor termasuk membersihkannya dengan menggunakan mesin basuh.
Wang kertas AS$1 (RM3.22) kerap bertukar tangan di negara berkenaan sehingga ia menjadi lusuh dan koyak manakala penduduk tempatan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan setinggan dengan kadar jenayah tinggi suka membawa wang tersebut di dalam kasut dan seluar dalam.
Wang kertas AS$1 (RM3.22) kerap bertukar tangan di negara berkenaan sehingga ia menjadi lusuh dan koyak manakala penduduk tempatan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan setinggan dengan kadar jenayah tinggi suka membawa wang tersebut di dalam kasut dan seluar dalam.
Tabiat kotor itu menyebabkan sesetengah wang kertas menjadi terlalu busuk sehingga memaksa orang ramai memasukkannya di dalam mesin basuh untuk dibersihkan sebelum dikeringkan bersama pakaian mereka.
Kaedah tersebut dapat 'mengubah' wang kotor itu menjadi bersih selain ia dilapkan dengan menggunakan sarung tangan getah atau tisu pembunuh kuman.
Menjadi pilihan utama rakyat Zimbabwe, wang kertas dolar AS digunakan jauh lebih lama daripada jangka hayat yang ditetapkan oleh Bank Pusat AS.
Pentadbiran Zimbabwe mengisytiharkan wang dolar sebagai mata wang sah pada tahun lalu bagi menangani inflasi di negara itu namun, bank Pusat AS memusnahkan kira-kira 7,000 tan wang lusuh setiap tahun.
Agensi berkenaan menyatakan, purata pusingan penggunaan wang kertas AS$1 di AS adalah kira-kira 20 bulan, jauh lebih singkat berbanding Zimbabwe di mana jangka hayatnya mencapai hingga bertahun-tahun.
Wang kertas dengan nilai lebih besar pula dikeluarkan dari bank atau melalui aktiviti import dan eksport serta kurang dicemari kotoran.
Ia berbeza dengan wang kertas AS$1, AS$2 (RM6.44), AS$5 (RM16.11) dan AS$10 (RM32.22) yang menjadi pilihan utama di kalangan penduduk miskin Zimbabwe dan ia kerap bertukar tangan.
Wang kertas AS$1 meluas digunakan di pasar-pasar di pedalaman dan stesen-stesen bas sehingga ia akhirnya terkoyak.
Namun, bank-bank dan kebanyakan perniagaan di Zimbabwe tidak menerima wang kertas dolar AS yang koyak, terbakar, amat kotor atau dicantum dengan menggunakan pita pelekat.
Penduduk tempatan menyatakan, kaedah terbaik untuk membersihkan wang kertas dolar AS adalah dengan mencucinya dengan tangan dan menggunakan air suam.
Penduduk tempatan menyatakan, kaedah terbaik untuk membersihkan wang kertas dolar AS adalah dengan mencucinya dengan tangan dan menggunakan air suam.
Namun, sebuah kedai dobi di ibu negara Zimbabwe, di sini, menggunakan kaedah lebih mudah iaitu membersihkannya dengan mesin basuh tanpa merosakkannya.
Penduduk tempatan berkata, kaedah cucian kering pula tidak digalakkan kerana ia menyebabkan warna wang kertas itu lusuh.
Seorang pemilik kedai di sini, Jackie Dube bagaimanapun tidak mengendahkan semua petua tersebut kerana dia mempunyai cara yang jauh lebih mudah dan efisien untuk memiliki wang kertas bersih.
"Saya menghilangkan semua wang yang kotor itu dengan memulangkannya kepada pelanggan sebagai wang baki," katanya. - AP
------------------------------------------------------------------------------------------------
Wang kertas mempunyai banyak kelemahan, seperti nilainya yang semakin hari semakin menyusut disebabkan inflasi. Untuk memudahkan anda, jika anda membeli ayam dengan harga rm4/kg pada beberapa tahun lepas, kini harga ayam yang mencecah rm7/kg menunjukkan nilai matawang kita menyusut dari hari ke hari. Malah matawang kini yang tidak lagi bersandarkan emas menyebabkan kemungkinan besar wang kertas kini dicetak dan dicetak tanpa bersandarkan apa-apa.
Berbanding emas, ciri-ciri emas yang sukar dimanipulasi berikutan emas tidak boleh dicipta, nilai emas tidak akan berubah walaupun dibakar, dicairkan. Sesetengah pakar ekonomi, malah penulis blog tidak bersetuju dengan pelabur atau penyimpan emas seperti kami. Malah, mereka meletakkan teori "setiap yang naik, pasti akan turun" bila bercerita tentang kenaikan harga emas.
Hanya satu sahaja di fikiran saya, jika teori "setiap yang naik, pasti akan turun" anda adalah betul, kita tidak payah pergi terlalu jauh, renung kembali harga ayam sekarang ini. Dari rm4/kg dan kini sudah mencecah rm7/kg. Saya menjangkakan harga ayam akan naik selari dengan harga emas (ini jangkaan sesuka hati saya sahaja, bukan melalui analisis)
Sekian sahaja artikel saya kali ini.
Berminat dengan emas?? Hubungilah saya. Lindungi kekayaan anda dengan emas.
Business Card saya bersama emas, 2keping 10dinar sudah terjual. Menunggu untuk ambil stok.
No comments:
Post a Comment