Promosi terakhir RM20K menjadi dealer

Salam semua,

Baru-baru ini terdapat kesesakan dalam tempahan emas di pejabat PublicGold berikutan promosi RM20,000 yang diadakan oleh PublicGold pada bulan September dan Oktober 2010. Malah saya agak terkejut apabila menghadiri seminar emas (bagi yang mahu tahu tentang emas) di PublicGold Sunway, jumlah peserta mencapai 150 orang!! Nampaknya semakin ramai orang yang sedar akan kepentingan emas.

Peserta yang menunggu giliran di luar untuk sesi kedua


Bilik seminar penuh sehingga peserta duduk di atas lantai

Seminar sesi kedua

Saya menerangkan peserta (beliau peniaga emas juga) tentang Ar-Rahnu

Saya masih ingat lagi seminar emas pertama yang saya hadiri pada bulan Februari 2010, ketika itu seminar tersebut dianjurkan oleh POkli dan hanya saya sahaja orang baru, yang lain adalah dealer PublicGold.Malah sewaktu saya menjadi dealer pada bulan Jun, saya adalah dealer yang ke 658. Sewaktu seminar NDO (New Dealer Orientation) baru-baru ini, saya terkejut apabila melihat jumlah dealer sudah mencapai 2000 orang!! Ini merangkumi dealer seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya bertanya kepada staf PublicGold adakah mereka akan membuat lagi promosi RM20,000 ini, dan mereka berkata mungkin selepas ini hanya RM40,000 sahaja memandangkan sudah terlalu ramai dealer untuk dijaga. Buat masa ini juga mereka sedang dalam proses 'upgrade' servis dan menambah production emas berikutan permintaan yang sangat tinggi.

Bayangkan jumlah production mereka meningkat dari 3kg sehari kepada 10kg sehari!! Sekarang kilang mereka di Penang beroperasi 24 jam untuk memenuhi permintaan dealer-dealer mereka. Staf-staf PublicGold juga ada yang tidak sempat rehat tengahhari dan balik lewat kerana pada waktu pejabat,mereka menguruskan penyerahan emas kepada dealer, dan selepas rehat menguruskan tempahan emas. Itu belum termasuk tempahan melalui telefon dan SMS.

Membuat jongkong emas dan dinar emas bukanlah semudah yang anda sangkakan. Dari segi ketulenan mungkin tiada masalah tetapi berat setiap produk mestilah tepat. Jika emas 20gram mestilah 20.000gram. Jika terdapat perbezaan berat, emas tersebut akan ditimbang dan dileburkan semula untuk mendapat berat yang tepat.

Dan selepas itu untuk mendapatkan sijil ketulenan, satu institusi Penang Assay Office Sdn. Bhd. bertanggungjawab untuk mengesahkan ketulenan dan berat emas tersebut. Bagi yang sedar tentang emas ini, produk emas ini perlu berhati-hati dilihat dari setiap aspek kerana boleh mendatangkan isu sensitif. Dan saya tahu kebanyakan dealer sedar tentang hal ini.

Promosi kali terakhir RM20K hanya bulan ini sahaja

Hanya tinggal 5 hari sahaja untuk menjadi dealer PublicGold bermodalkan RM20,000. Selepas ini saya mengjangkakan mereka tidak akan membuat lagi promosi ini. Bagi mereka yang berminat menjadi dealer bolehlah menghubungi saya 013-3600508. Saya akan ajar anda bagaimana proses membuat tempahan dan jualbeli emas dengan pelanggan.

Sekian, jumpa lagi di lain artikel!!

nota kaki: Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang emas dan konsep ar-rahnu, boleh membuat temujanji dengan saya, saya akan kongsi pengalaman dan ilmu saya sebaik mungkin. Saya sekadar mahu berkongsi ilmu emas dan mungkin suatu hari nanti anda adalah bakal pelanggan saya di masa akan datang.

Perbezaan antara bisnes emas dengan MLM

Salam semua pembaca sekalian,
Kepada yang mengikuti blog saya ini, terima kasih saya ucapkan,
dan kepada pembaca baru yang melawati blog saya, selamat datang ke blog TaufanEmas!

Kebanyakan artikel blog ini adalah hasil analisis saya sendiri dan saya cuba mencipta kelainan supaya anda semua mendapat informasi yang 'fresh'.

Kali ini saya ingin bercerita tentang perbezaan bisnes emas yang saya jalankan dengan bisnes MLM.

Anda perlu mengetahui perbezaan bisnes emas dan MLM

1. Saya hanya mengiklan produk saya, bukan memaksa anda membeli produk saya

Jika anda pernah membaca artikel-artikel saya yang lepas, tidak pernah saya berkata " rugi anda tidak beli emas sekarang, ramai orang sudah beli emas ini". Berbeza dengan MLM, kebanyakan 'agen' MLM selalu berkata "rugi tak masuk bisnes ini, ramai orang sudah berjaya".

Kebiasaannya bagi yang masih baru tentang emas ini, saya menggalakkan anda mengetahui selok-belok tentang emas ini. Jika anda pernah berjumpa dengan saya, saya akan memberi ilmu tentang emas ini dan memberi keputusan kepada anda menceburi pelaburan emas fizikal ini.

Setiap pelaburan mempunyai risiko, dan pelaburan emas juga mempunyai risiko. Setelah saya mengambil kira setiap aspek, barulah saya memulakan pelaburan ini. Niat saya pada masa itu adalah belajar menyimpan dan mencegah inflasi. Kini saya berubah dengan cuba menjana pendapatan melalui jualan emas.

Fikir masak-masak sebelum membuat keputusan

2. Fikir masak-masak sebelum membuat keputusan

Saya ada satu tips untuk anda mengetahui bisnes, skim cepat kaya, pelaburan, jualan tersebut mempunyai ciri-ciri yang mengempiskan poket anda. Jika seseorang mengajak anda untuk menyertai setelah mendapat penerangan dari mereka, JANGAN sertai on the spot. Jangan terpedaya pada kata-kata yang anda boleh mendapat keuntungan dalam masa yang singkat. Kadang-kala anda tertarik atas desakan ramai ahli-ahli mereka pada waktu itu.

Cara terbaik adalah berkata "Nanti dulu, bagi aku balik dan fikir dahulu". Inilah cara terbaik untuk anda mengelakkan dari terjebak dengan MLM like bisnes ini. Tenangkan diri anda di rumah, Google dan cari informasi tentang syarikat tersebut, komen-komen dari ahli-ahli dan sebagainya. Sesudah anda yakin akan syarikat tersebut barulah anda sertai.

"Encik balik rumah dulu selidik tentang emas ini, kalau berminat beli emas, boleh call saya. Kalau encik tak percaya dengan ketulenan emas ini, encik boleh beli satu dulu, cuba pajak. Jangan risau, saya tak boleh lari ke mana-mana, kalau saya tipu macammana saya nak buat bisnes emas ni". Inilah ungkapan saya yang biasa saya katakan kepada bakal pelanggan yang ragu-ragu tentang produk saya.

Selepas saya memberi penerangan, saya suka untuk memberi ruang kepada bakal pelanggan berfikir masak-masak sebelum membeli emas dari saya. Bila anda sudah jelas tentang emas, lebih mudah untuk saya menjual emas kepada anda semua.

3. Menjana keuntungan tidak semudah yang anda sangkakan

Melalui MLM, mereka memperalatkan "produk" untuk menutup sistem bisnes mereka. Mereka menjana keuntungan dengan melalui "cari orang join" dan mendapat komisyen, bukan melalui produk. Ini bermaksud anda mendapat komisyen melalui cari orang bawah.

Bisnes emas ini bukanlah semudah yang anda sangkakan. Anda perlu promosi, iklan di blog, dan banyak lagi medium supaya mesej saya sampai kepada anda. Setakat ini, saya telah mempromosi produk saya melalui streamer(banner), kad bisnes dan flyer. Keuntungan saya hanyalah berdasarkan sales sahaja, bukan mencari orang bawah dan mendapat komisyen.

Bisnes emas ini berbeza dengan MLM, pelanggan mencari dealer PublicGold berdekatan, bukan dealer PublicGold mencari pelanggan ke sana ke mari. Dan meyakinkan orang tentang emas ini bukanlah semudah menjual karipap, letak dan jual. Penerangan demi penerangan diperlukan supaya mereka jelas tentang hal ini.

Hanya satu yang anda perlu tahu, SETIAP KEJAYAAN PERLUKAN USAHA!

Sampai sini dahulu penerangan saya.

OK, Jumpa lagi di lain sesi!!

nota kaki : Harap penerangan saya jelas, saya pun rasa artikel ini agak merepek, agaknya kerana terlalu penat.... hehehe...

Bagi yang mempunyai persoalan dan memerlukan khidmat nasihat tentang emas, jangan segan, call saya 013 3600508. Saya akan membantu anda setakat mana yang mampu. Perkhidmatan adalah percuma, anda hanya perlu menanggung caj bil telefon sahaja.

Prosedur Ar-Rahnu (Agrobank) - Siri 3

Salam semua, macam biasa kepada sesiapa yang tertinggal siri Ar-Rahnu ni boleh buka link bawah ye.

Merempit biar berilmu (Ar-rahnu)
Prosedur Ar-rahnu (Agrobank) - Siri 1
Prosedur Ar-rahnu (Agrobank) - Siri 2

Cara Pembayaran Pinjaman Ar-Rahnu Agrobank

Selesai sahaja anda membuat pinjaman Ar-rahnu anda perlu melangsaikan pinjaman tersebut dalam masa 6 bulan. Tempoh boleh ditangguhkan lagi +6bulan+6bulan tetapi mesti membayar upah simpan untuk 6 bulan tersebut.

Emas yang dipajak akan diwakili oleh surat pajak. Surat pajak tersebut tercatat nombor akaun bagi setiap surat. Anda perlu membayar dengan mendeposit masuk wang ke dalam akaun tersebut. Tetapi pada kali terakhir pembayaran anda perlu melangsaikan di kaunter bank.

Terdapat 2 cara untuk membayar pinjaman;

1. Bayaran secara lum sum.
- Dalam tempoh 6 bulan tersebut, anda boleh membayar sekaligus samaada pada pertengahan bulan atau pada penghujung bulan yang ke-6. Pembayaran hanya sekali dan pembayaran dilakukan di kaunter bank, selepas itu anda akan mendapat emas anda semula. Pastikan no. siri sijil, no. siri emas, dan resit asal (jika ada) adalah betul.

2. Bayaran secara ansuran/bulanan.
- Cara ini paling diminati oleh saya kerana dapat mengurangkan risiko naik turun emas (rujuk artikel merempit biar berilmu). Untuk bayaran secara bulanan, nilai bayaran tertera pada surat pajak tersebut. Saya sendiri mengaplikasi cara ini, dengan menggunakan gaji saya. Pada penghujung tempoh, saya tidak perlu menjual emas (emas dibeli dengan pinjaman) dan secara tidak langsung menambah aset emas saya.

Kesimpulannya, bayaran boleh dilakukan melalui Cash Deposit atau kaunter ke akaun yang tertera pada surat pajak. Pembayaran terakhir perlu di kaunter dan emas akan ditebus.

Bagi yang menjana keuntungan melalui emas pajak, anda perlu menjual emas yang dibeli dari wang pajakan dan tebus kembali emas asal anda. Pada waktu terakhir, anda akan mendapat emas anda kembali + wang lebihan hasil kenaikan emas selepas 6 bulan.

Bagaimana?? Sudah bersedia untuk merempit(pajak)??? Selamat mencuba dan pastikan tujuan anda betul!!!Ingat, merempit biar berilmu!!!

*Kenaikan emas yang mendadak pada minggu ini telah menyebabkan teknik merempit emas oleh saya telah berjaya. Saya masih belum kira keuntungan tapi saya sudah melepasi 5-6% spread dan kos upah simpan.

Oh, ya. Sebelum saya mengakhiri artikel ini, untuk harga emas yang digunapakai oleh Ar-rahnu biasanya boleh rujuk kotak sebelah kanan "Senarai harga-harga emas di Malaysia" -> "Harga kedai-kedai emas". Pada ketika artikel ini ditaip harga emas adalah RM160/g (999),RM151 (916).

Sekian, jumpa lagi di lain waktu!!

Seminar emas dan flyer TaufanEmas bakal muncul di pasaran


Salam semua,

Hari ini entry pendek.

Saya baru balik dari seminar emas oleh En. Syukor dan Pokli, sambutan amat menggalakkan. Sampai penuh ofis PublicGold dan kena buat 2 sesi. Sambil-sambil itu sempat juga berkongsi pengalaman dan informasi tentang emas dengan peserta dan bakal customer atau bakal 'rakan kongsi'.

Ramai yang berminat untuk jadi dealer, dan anda boleh hubungi saya dan terus-terang saya cakap, modal bulan ini adalah RM20,000. Jangan risau, bukan letak duit RM20 000 macam itu sahaja. Anda mesti membeli emas bernilai RM20,000 dalam satu pembelian untuk melayakkan anda menjadi dealer dan mendapat komisyen macam saya. Dapat emas + komisyen tu. Hubungi saya untuk lebih lanjut.

Antara kelebihan menjadi dealer rangkaian saya,

1. Komisyen anda sama seperti saya, saya tidak dapat apa-apa, tapi saya dapat rangkaian rakan kongsi. Mana tempat yang saya tidak dapat pergi untuk hantar emas, saya akan beri kepada anda terlebih dahulu. Contoh anda di Kuantan, terdapat customer di Kuantan, saya akan berikan berikan urusniaga emas kepada anda.

2. Segala pertanyaan, keraguan tentang emas, boleh bertanya kepada saya. Saya sedia berkongsi setakat mana yang saya tahu.

3. Cara urusniaga 'dealer partnership' di mana anda boleh mengambil stok di tempat saya jika anda kehabisan stok. (Perlukan cagaran atau tukar jenis emas lain.

4. Saya akan ajar anda cara menempah emas, cara mengambil emas di pejabat PG, cara pajak, perkara yang perlu berhati-hati, dan banyak lagi.

Bagi customer, anda boleh memulakan pembelian dari 1 dinar. Tiada caj atau kos tersembunyi. Anda beli emas, dapat emas. Boleh jual pada saya bila harga sudah naik.

Dan satu lagi, saya sudah menempah flyer untuk mempromosi blog saya. Untuk berjaya, mesti ada usahakan?? Ini flyer saya...(dengan hati gembira....akhirnya siap setelah mendesign sedikit demi sedikit)

Flyer TaufanEmas


Sampai sini saja hari ini. Saya ulang semula; "Hari ini entry pendek". Tiba-tiba tangan ini laju menaip dan hanya 30 minit sahaja diperlukan untuk entry ini.

Ya, hari ini entry pendek. (Kebiasaannya 2-3 jam untuk menyiapkan satu entry)

Mahu beli emas??? Hubungi saya!! Mahu jadi dealer PublicGold???? Hubungi saya!!

Hehehehe...

Sekian..... Jumpa lagi di entry akan datang.

Prosedur Ar-Rahnu (Agrobank) - Siri 2

Salam semua pembaca, bertemu lagi dalam siri kedua pajak emas melalui Ar-Rahnu ini.

Bagi yang belum mengikuti artikel sebelumnya, boleh klik web di bawah.
Pengalaman di Ar-Rahnu Agrobank Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Perkhidmatan Ar-Rahnu Agrobank

Bagi yang tinggal di kawasan Cheras, Ampang, Bangi, Serdang, Putrajaya, dan kawasan yang terdekat dengannya bolehlah memajak emas di Agrobank Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Perlu diingatkan bukan semua cawangan Agrobank menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu.

Untuk pengetahuan semua, Agrobank menjadi pilihan ramai dealer-dealer PublicGold kerana PublicGold telah diiktiraf ketulenannya dan upah simpan paling murah. Waktu harga jatuh memang ramai orang akan memajak emas mereka dan menambah lagi simpanan dengan membeli emas lagi.

Sebelum anda memajak emas, pastikan item di bawah anda bawa bersama;

1.Untuk PublicGold : Emas anda (jongkong atau dinar) dan sijil ketulenan
Untuk PAMP SUISSE : Emas anda, sijil ketulenan dan RESIT
Untuk emas lain : perlu rujuk pada Agrobank tersebut

2. Kad Pengenalan (IC)

Itu saja. Mudah kan? Bagi PAMP Suisse, saya difahamkan oleh penilai emas bahawa emas tersebut memerlukan resit asal bagi mengelakkan berlaku penipuan (Saya rasa merujuk kepada kes Etika Emas Estet, saya pun tak berapa jelas tentang syarikat ini).

Jika item tersebut sudah ada, terus ke tingkat 2 Agrobank Cheras dan masuk ke bilik pajak. Di situ dua item di atas akan diambil. Emas akan dinilai ketulenan menggunakan densimeter dan IC,sijil anda akan dibuat salinan. Sambil itu anda akan diberikan borang akuan penggadai untuk diisi. Jika anda mahu dibuat 5 surat pajak, maka 5 borang akan diberi. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda menebus emas satu persatu berbanding emas dikumpul dalam 1 surat pajak.

Emas anda akan dinilai sebaik-baiknya walaupun emas anda dikenali ramai - gambar hiasan

(Gambar Tun Dr. Mahathir bersama emas PublicGold)

Oh ya, sebelum saya terlupa,bagi yang tidak mempunyai akaun Agrobank, akaun akan dibuat pada masa itu juga.

Sesudah ketulenan emas sama seperti yang tertera pada sijil, maka pinjaman anda diluluskan. Nilai maksimum pinjaman adalah 70% dari harga emas semasa. Anda akan diberikan surat pajak dan borang 'wang keluar'.Kemudian anda boleh mengambil wang dari kaunter tingkat 1 untuk mengambil wang pinjaman anda.

Sekarang anda telah mendapat wang pinjaman melalui pajak emas. Gunakan wang itu sebaik-baiknya dan pastikan boleh menjana keuntungan dalam masa 6 bulan. Anda boleh gunakan untuk memulakan bisnes anda atau beli emas lagi.

Wang yang saya peroleh melalui teknik Ar-Rahnu

Pinjaman ini boleh dibayar secara ansuran atau sekaligus. Tempoh maksima adalah 6 bulan dan boleh disambung 6bulan+6bulan dengan membayar upah simpan sebelumnya

Saya berhenti di sini dahulu. Masih terdapat Siri 3 yang berkisar tentang cara pembayaran pinjaman Ar-Rahnu Agrobank. Nantikan kemunculannya...

Sekian,
wassalam..

Prosedur Ar-Rahnu (Agrobank) - Siri 3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...