Ikut pendapat masing-masing....

Salam semua pembaca,

Baru-baru ini ramai betul yang bertanya tentang pelaburan emas ni. Dan banyak betul pendapat tentang emas. Dalam keadaan saya mahu berehat-rehat selama 3 bulan ini tak dapat nak rehat juga kerana 'passion' dalam meniaga emas ni. Bila orang call "abang jual emas lagi tak? ke dah stop??" . ... dengan secara automatik dan lidah tak dapat dikawal "eh, ada lagi, cuma slowdown kejap. banyak kerja sikit buat masa ni.NAK BERAPA?? " .. . Alhamdulillah.... bulan Januari saja sales mencapai RM90,000. Paling tertinggi setakat ini. Tapi nak banding dengan orang lain ini kira sedikit. Apapun, bersyukur kepada rezeki Allah bagi.

Masuk bulan Februari cukuplah setahun saya berkecimpung dalam dunia emas ni. Banyak pengalaman yang dapat diperoleh dan paling penting belajar cara pengurusan wang. Saya ini pun masih di peringkat "belajar" tentang pengurusan wang dan emas.

Ada yang kata emas ini aset, ada yang kata pelaburan @ investment. Ini terserah pada pendapat masing-masing. Dua perkara ini akan membezakan anda akan membeli emas ke arah mana.

Bagi yang menganggap emas sebagai aset, emas yang paling murah adalah terbaik walaupun mempunyai spread yang besar. Biasanya spread dalam lingkungan 10-30% di mana pulangan modal sekitar setahun hingga dua tahun. Kelebihannya anda boleh membeli emas dengan kuantiti yang lebih banyak berbanding emas yang dijual pada harga mahal.

Manakala bagi individu yang menganggap emas sebagai pelaburan, mereka akan lihat spread yang paling rendah walaupun membeli emas produk syarikat A dengan harga mahal. Mereka ini melihat emas adalah pelaburan terbaik (contohnya saya) dan mendatangkan keuntungan yang berisiko rendah. Ya, emas juga mempunyai risiko. Kalau kita belajar sekolah dulu pun syarat berniaga "BERANI MENGAMBIL RISIKO". Emas yang begini boleh mendapat keuntungan dalam masa setahun kerana spread yang rendah. Risikonya adalah jika jual di tempat lain contohnya kedai emas, mereka akan mengira sebagai emas terpakai dan secara automatik spread akan menjadi 10-30%.

Pelaburan yang kurang bijak

Pelaburan yang kurang bijak adalah membeli emas dengan harga mahal dan spread yang besar. Contohnya membeli jongkong emas di kedai emas. PAMP Suisse di kedai emas bernilai RM160/g tetapi jika anda pandai mencari emas jenis ini boleh diperoleh dengan harga serendah RM138/g. Malah ayat biasa kedai emas "kalau tak buka casing tolak 20% dari harga semasa, kalau buka tolak lagi rendah dari 20%" biasa kita dengar. Pengalaman saya bertanya di Habib Jewel Alamanda, spread jongkong emas adalah 27%!!! Caranya?? Harga semasa tambah lagi upah tukang.

Pelaburan bijak

Pelaburan bijak ini saya boleh katakan membeli emas samaada harga murah/spread sederhana atau harga mahal/spread rendah. Diingatkan 'harga mahal' saya maksudkan mesti lebih rendah dari harga kedai emas. Harga kedai emas saya anggap 'cekik darah' kerana mempunyai upah tukang yang tinggi.

Setakat ini pelaburan emas ini paling banyak di Malaysia. Jadi terserah pada masing-masing.

Pelaburan paling bijak

Pelaburan paling bijak adalah keadaan di mana anda dapat membeli emas dengan harga murah/spread kecil. Kalau spread 1% memang orang kata best gila!!Setakat ini masih belum ada mana-mana syarikat yang masih mampu memberi harga murah/spread kecil ini.

Syarikat misteri : Baru-baru ini saya terjumpa satu syarikat yang memberi offer harga murah/spread rendah ini. Harganya antara Syarikat A dan Syarikat B tetapi spread adalah dalam lingkungan bawah 2%. Beliau adalah penjual emas lebih lama dari saya dan lebih berpengalaman. InsyaAllah saya akan bersua muka dengan beliau bertanya tentang hal ini.

Pelaburan bodoh

Ini memang ayat kasar, minta maaflah ye. Bagi yang berminat untuk menceburi pelaburan emas, jauhi SKIM PELABURAN EMAS. Saya perasan beberapa institusi menawarkan skim pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan sentiasa. Perlu ambil tahu harga emas bukan naik secara garis lurus tetapi naik secara naik,turun,naik , turun dan seterusnya. Jadi teori "emas bila mula beli sudah mula untung,jadi kami boleh memberi hibah @ keuntungan setiap bulan" adalah teori tak boleh pakai.

Syarikat C contohnya, menawarkan emas 999.9 dengan harga RM171/g. Harga lebih mahal dari kedai emas!!! Apabila saya mendengar sahaja harga tersebut, saya terus menutup telinga tidak mahu mendengar apa portfolio syarikat tersebut. Jika kedai emas 'cekik darah', syarikat C ini lagi lah tak tahu nak kata apa. Skim ini meletakkan wang anda berada pada tahap risiko TERTINGGI dan RUGI.

Ok lah, sekian saja kali ini. Terserah kepada pendapat anda masing-masing. Saya menyokong anda selagi anda membeli emas, dapat emas ketul depan mata anda!!

p/s : jika ada kesalahan atau apa-apa yang perlu ditambah, sila beri cadangan/ kritikan di ruangan komen. Sangat dialu-alukan!!!

1 comment:

  1. public gold pun masuk senarai. skim apa pulak ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...