Pakej pelaburan emas... Apa yang tak kena???

Salam semua, kali ini saya ada teka-teki.

Saya terjumpa ada orang letak dalam forum facebook.

Sila lihat apa yang tak kena pada pakej pelaburan emas di bawah. Boleh berikan jawapan di ruangan komen ya! Mana yang masih tak nampak.....dan rasa nak tahu yang teramat sangat, boleh la hubungi saya melalui email shafiruz[a]gmail.com. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut.

----------------------------------------------------------------------------------
JADIKAN EMAS SEBAGAI ASET MASA DEPAN ANDA...

Disini kami menyediakan 3 pelan khusus untuk anda menjana pendapatan melalui emas…

(nilai emas 999 bagi 1 gram ialah RM165(bergantung nilai emas semasa dunia)

Apa yang dikatakan pelan 1 (50g + 50g)??

Langkah 1:

Beli emas sebanyak 50gram pada harga RM8250. Secara automatic kami akan menambah sebanyak 50gram emas lagi sebagai modal pinjaman kepada anda. Maka, jumlah emas anda sekarang ialah 100gram.

Langkah 2:

Dengan emas sebanyak 100gram yang anda miliki, gunakan emas tersebut untuk digadaikan di bank(ARRAHNU). Nilai gadaian bagi arrahnu ialah 70% dari nilai emas anda. Maka, di sini kami tunjukkan bagaimana anda boleh dapat keuntungan dari sini:

Emas anda 50g + Emas Pinjaman 50g = Rm8250 + Rm8250 = RM16500

70% x 16500 = RM11550

RM11550 – RM8250(modal pinjam) = RM3300

= RM3300 adalah keuntungan bersih dalam tangan + asset emas sebanyak 100gram.

Langkah 3:

Dengan asset emas sebanyak 100gram yang anda ada, gunakan surat gadai tersebut untuk melakukan tebus gadai semula asset emas anda. Sebagai contoh, hari ini harga emas yang anda gadai rm160pergram, minggu depan harga emas naik menjadi RM 165pergram. Anda dah untung RM5. Rm5 tersebut darab dengan emas anda iaitu 100g. jadi anda dapat 100gxRm5=RM500..untung2!!

Kalau seminggu anda dapat rm500 1bulan=rm2000, 3bulan=rm6000 kalau 6bulan????? Lebih dari modal dah dapatkan… lebih untung dari dividen ASB setiap tahun… power.. power …power…

Apa yang dikatakan pelan 2 (100g + 100g)??

Langkah 1:

Beli emas sebanyak 100gram pada harga RM16500. Secara automatic kami akan menambah sebanyak 100gram emas lagi sebagai modal pinjaman kepada anda. Maka, jumlah emas anda sekarang ialah 200gram.

Langkah 2:

Dengan emas sebanyak 200gram yang anda miliki, gunakan emas tersebut untuk digadaikan di bank(ARRAHNU). Nilai gadaian bagi arrahnu ialah 70% dari nilai emas anda. Maka, di sini kami tunjukkan bagaimana anda boleh dapat keuntungan dari sini:

Emas anda 100g + Emas Pinjaman 100g = Rm16500 + Rm16500 = RM33000

70% x 33000 = RM23100

RM23100 – RM16500(modal pinjam) = RM6600

= RM6600 adalah keuntungan bersih dalam tangan + asset emas sebanyak 200gram.

Langkah 3:

Dengan asset emas sebanyak 200gram yang anda ada, gunakan surat gadai tersebut untuk melakukan tebus gadai semula asset emas anda. Sebagai contoh, hari ini harga emas yang anda gadai rm160pergram, minggu depan harga emas naik menjadi RM 165pergram. Anda dah untung RM5. Rm5 tersebut darab dengan emas anda iaitu 200g. jadi anda dapat 200gxRm5=RM1000..untung2!!

Kalau seminggu anda dapat rm1000 1bulan=rm2000, 3bulan=rm6000 kalau 6bulan????? Lebih dari modal dah dapatkan… lebih untung dari dividen ASB setiap tahun… power.. power …power…

Apa yang dikatakan pelan 3 (100g + 200g)??

Langkah 1:

Beli emas sebanyak 100gram pada harga RM16500. Secara automatic kami akan menambah sebanyak 200gram emas lagi sebagai modal pinjaman kepada anda. Maka, jumlah emas anda sekarang ialah 300gram.

Langkah 2:

Dengan emas sebanyak 200gram yang anda miliki, gunakan emas tersebut untuk digadaikan di bank(ARRAHNU). Nilai gadaian bagi arrahnu ialah 70% dari nilai emas anda. Maka, di sini kami tunjukkan bagaimana anda boleh dapat keuntungan dari sini:

Emas anda 100g + Emas Pinjaman 200g = Rm16500 + Rm33000 = RM49500

70% x 49000 = RM34650

RM34650 – RM33000(modal pinjam) = RM1650

= RM1650 adalah keuntungan bersih dalam tangan + asset emas sebanyak 300gram.

Langkah 3:

Dengan asset emas sebanyak 300gram yang anda ada, gunakan surat gadai tersebut untuk melakukan tebus gadai semula asset emas anda. Sebagai contoh, hari ini harga emas yang anda gadai rm160pergram, minggu depan harga emas naik menjadi RM 165pergram. Anda dah untung RM5. Rm5 tersebut darab dengan emas anda iaitu 200g. jadi anda dapat 300gxRm5=RM1500..untung2!!

Kalau seminggu anda dapat rm1000 1bulan=rm2000, 3bulan=rm6000 kalau 6bulan????? Lebih dari modal dah dapatkan… lebih untung dari dividen ASB setiap tahun… power.. power …pOWER....

semuanya bergantung kepada anda bagaimana untuk mengembangkan asset dan menggandakan modal yang anda...

Rebutlah peluang yg ada di depan mata……

Kesenangan x datang bergolek kalau kita x usaha untuk kecapi kesenangan…

Jadikan impian anda satu reality bukan lagi fantasi…

Berminat untuk dapatkan keterangan yg lebih terperinci boleh hubungi saya terus…

------------------------------------------------------------------------------------

OK, mana-mana yang masih mahu mencuba dipersilakan. Selamat mencuba!!! Alang-alang try pakej paling mahal sekali. Seminggu dah untung beribu la katakan.... Hehehe...

7 comments:

  1. teknik ni x boleh guna. boleh semak hukum di www.zaharuddin.net. baik kumpul duit sikit2 dan beli emas. nk beli emas murah, jd rakan niaga aku. boleh layari www.putremas.com

    ReplyDelete
  2. ini serupa macam stail satu skim yg pernah kena cekup aje nih....ngeh222

    ReplyDelete
  3. pembelian emas haruslah secara penuh 100% atau sempurna.Pembelian secara separuh @ 70/30%dikategorikan sebagai HARAM...ia hanya menguntungkan penjual tetapi pembeli pula terpaksa menunggu kenaikan harga emas untuk tujuan overlapping di ar rahnu(dapat extra money)

    ReplyDelete
  4. TIPS : belilah emas ikut kemampuan, sesungguhnya kemampuan kita pada masa itu adalah sejajar dengan ilmu kita pada masa itu. sekiranya ilmu pengetahuan kita tinggi dan ada pengalaman lebih, insyallah anda mampu miliki emas dengan banyak. namun harus difikirkan juga, sesuatu matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi sama-samalah kita usaha untuk dapatkan berkatnya sekali disamping dapat simpan emas.

    ReplyDelete
  5. salam singgah 1st time dan terus komen..

    saya setuju dengan zek..dan say pilih keuntungan yang no.3..hee.

    sebab musabab saya, ade komen panjang sikit di http://tulusgroup.blogspot.com/2011/02/cara-cepat-kaya-yang-korang-tak-tau.html

    p/s: mintak izin (walaupun dah terlanjur) untuk link teka teki ni..he. nak trafik gak..kui2.

    ReplyDelete
  6. salam..nak tanya sikit..camne tuan bole beri pinjaman sama nilai dgn emas yg sy beli dr pihak tuan?..apa fungsi pinjaman yg tuan berikan tu dan cara melunaskn pinjaman dr pihak tuan sebagai pemberi pinjaman kepada pembeli emas tuan?

    ReplyDelete
  7. Salam istarving, ni bukan pakej saya offer. Ni pakej yang ada satu company offer pada kawan dealer saya. Ini orang kata "untung maya", hanya boleh dikira melalui kiraan tetapi bukan pada realiti.

    Ni salah satu skim pelaburan emas yang orang lain mudah terjerat. Cuma perlu berhati-hati tentang ini.

    Kalau nak faham mengapa cara ni merugikan cuba beli emas dan jual semula pada masa yang sama. Dapat tak harga yang sama?

    Benda ini yang selalu membuatkan ramai kelabu mata dan secara teorinya untung padahal tidak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...