INFLASI, Kijang Emas

Bila China atau India membeli emas, nilai dolar semakin tertekan kerana lambakan dolar di negara mereka

Salam pembaca semua,

Artikel ini saya taip semasa dalam train komuter dengan hp Nokia C6. Terima kasih kepada isteri saya kerana menghadiahkan hp yang sesuai untuk menaip artikel pada bila-bila masa.


Kenaikan gaji tidak selaras dengan kenaikan barang

Ok, berbalik kepada topik asal. Dahulu, pernah kecoh satu Malaysia tentang 'inflasi sifar'. Saya waktu itu saya masih kecil, dan hanya tahu 'Belilah barangan Malaysia'. Apa itu inflasi memang saya tidak faham. Anda boleh baca info tentang inflasi di sini.

Apa Itu Inflasi <--- klik sini

Kini, sejak menelaah informasi tentang emas, semakin banyak yang saya tahu. Saya sedar inflasi setiap tahun lebih kurang 4-5%. Ini bermakna nilai matawang kita jatuh 4% dan secara tidak langsung harga barang kemungkinan naik 4% setiap tahun. Ini mempengaruhi kenaikan harga barang di sekeliling kita.

Inflasi, anda perlu ambil kira dalam kehidupan seharian. Anda akan lebih jelas tentang sebab kenaikan harga barang-barang di sekeliling anda apabila anda faham tentang inflasi.

Kesan inflasi menyebabkan ekonomi semakin parah

Sedar atau tidak, wang kertas kita semakin jatuh nilainya. Ini kesan daripada pencetakan berleluasa wang kertas dan saya menganggar faktor utama adalah DOLAR US. Terbaru, US telah mengisytiharkan mereka akan mencetak 600 billion dolar pada tahun hadapan yang kononnya untuk menampung permintaan dolar dan meningkatkan ekonomi.

Ini sebenarnya memburukkan lagi keadaan. Negara yang kaya akan semakin kaya (US) dan negara yang miskin akan semakin miskin (contoh Zimbabwe). Cara ini hanyalah untuk menyelamatkan ekonomi US dan merudumkan ekonomi negara lain.

Sampai satu masa mungkin rakyat akan menolak penggunaan wang fiat - gambar hiasan

Zimbabwe juga walaupun negara mereka mempunyai emas tetapi rakyat mereka hidup tertekan. Hasil kesan politik dan sifat tamak pihak kerajaan, maka wujudlah sekeping wang kertas 100 trillion dollar Zimbabwe yang nilainya tidaklah seberapa.

KIJANG EMAS

Kijang emas yang 'manja'

Di Malaysia, Bank Negara Malaysia sendiri telah memperkenalkan Kijang Emas, sebagai satu medium kalis inflasi. Kijang Emas yang berharga RM1000+ pada permulaan pengeluaran kini telah mencecah RM4500+ utk 1oz(31.5g).

Kijang Emas kini boleh diperoleh di cawangan Maybank terpilih dan stok ini dikatakan berpindah-pindah tangan berikutan pengeluaran produk ini telah dihentikan oleh BNM.

Produk ini mudah diperoleh ketika harga tinggi dan sukar untuk membeli ketika harga jatuh. Malah, Kijang Emas ini terkenal dengan sifat 'manja', di mana selepas anda membeli, anda perlu pastikan anda simpan baik-baik supaya emas ini tidak calar walaupun sedikit.

Ini berikutan pihak Maybank tidak akan membeli semula Kijang Emas yang bercalar. Ini bermakna anda mungkin terpaksa jual pada kedai emas@dealer emas dengan harga yang jauh lebih murah dari yang ditawarkan Maybank. Spread dari 4% boleh menjadi 10-20%.

Bagaimanapun pilihan tetap di tangan anda. Saya pun minat Kijang Emas juga! Asalkan emas.

Baiklah, sampai sini dahulu. Maaf jika artikel ini banyak lompat-lompat. Dalam komuter ni pun asyik terlompat-lompat. (landasan ada bonggol, nak elakkan train merempit laju.)

Ok, Jumpa lagi!

1 comment:

  1. berminat menjadi agent emas dengan modal rm 1000.paling murah setakat ini... anda dibayar komisen yang tinggi iaitu rm 15/gram emas.. nak tahu apa kelebihannya lagi hubungi saya 0134594686 atau layari blog saya di click sini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...