Ebook Pelaburan Silver oleh Ikram Adi

Salam semua,

Berikutan harga emas dan perak yang jatuh tergolek sejak 2 minggu lepas, ramai yang mengambil kesempatan menambah stok, dan tidak ketinggalan juga menggunakan teknik tukar ganda emas - perak. Saya pula menambah teknik baru, di mana masih lagi dalam percubaan.

Mungkin ada yang tidak perasan atau buat-buat tak perasan, saya ada menambah banner "Pelaburan Silver" di laman web saya.


Ebook pelaburan silver oleh Ikram Adi ini sangat sesuai bagi sesiapa yang masih baru dan juga mahu mendalami pelaburan perak di Malaysia. Ebook ini berharga RM80 dan bagi pakej Maximus (Ebook + video) pula berharga RM150. Tapi membeli ebook sahaja sudah cukup memadai.

Bagi saya ebook ini lebih bernilai dari RM80 yang ditawarkan, di mana terdapat ebook bonus "Teknik Tukar Ganda Silver". Teknik ini membolehkan kita menggunakan stok yang ada untuk menambahkan lagi stok emas/perak anda. Ya tanpa guna cara pajak emas.

Cerita panjang tak guna, jom labur (@ lebur??) duit sikit untuk belajar pelaburan perak ini.

Jika pelaburan emas adalah Ebook dari Syukor Hasyim (jutawanemas.com), maka pelaburan perak adalah Ebook dari Ikram Adi. Beli 2 ebook ini, anda tahu pelaburan emas dan perak dengan cara yang singkat.

Ok, jumpa lagi!!




Berikan saya 90 minit anda

Salam semua,

Bagi yang masih baru dalam pelaburan emas perak ni, saya cadangkan anda melihat video 90 minit tentang pelaburan emas perak ini.

Anda akan lebih faham kenapa ramai orang berpusu-pusu keluarkan duit dari bank-bank, ASB, korek tabung sana sini hanya semata-mata untuk membeli emas dan perak.

Mari kita lihat video di bawah.

"Berikan saya 90 minit anda...."




Sekian, jumpa lagi di lain waktu.

Wassalam.

-Shafiruz-

Cara Uji Ketulenan Emas cara Konvensional


Salam semua pembaca,

Selain menguji ketulenan emas @ perak menggunakan teknik asid @ densimeter, terdapat juga teknik yang mudah dilakukan di rumah.

Credit kepada Pokya.

Beliau merupakan antara peniaga terawal yang menceburi pelaburan emas ini. Hanya dengan beberapa bulan stok emas beliau meningkat kepada 1kg emas. Dan ini adalah cerita tahun lepas. Kini berapa kilo emas yang dimiliki oleh beliau hanya dia saja yang tahu.

Bahan2 yang diperlukan:

1. Jag air yang diperbuat daripada plastik. kaca pun boleh juga.
2. Alat penimbang jitu atau alat penimbang khas untuk barang2 kemas. mungkin alat penimbang untuk buat kek pun boleh guna juga. pastikan alat penimbang tersebut mempunyai fungsi 'tare'. elok pilih alat penimbang yang mempunyai bacaan dari 0.01g hingga 500.00g.
3. Air paip.
4. Benang.
5. Bekas tadahan. botol mineral yang dipotong muncungnya pun boleh juga.

Langkah2nya:-

1. Hidupkan alat penimbang. pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. jika tidak, tekan butang fungsi 'tare' untuk kembalikan bacaan kepada 0.00g. ikat emas anda dengan benang. pastikan ada banyak lebihan benang yang boleh dipegang. ini penting untuk langkah yang ketiga nanti. timbang emas yang telah diikatkan dengan benang tadi.anda. catatkan beratnya di dalam unit gram. contohnya 100gram. kita nama nilai ini sebagai 'm'.

2.Pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. jika tidak, tekan butang funsi 'tare' untuk kembalikan bacaan kepada 0.00g.letakkan jag air diatas mesin penimbang. isikan penuh jag air dengan air paip sampai melimpah ikut muncungnya. keringkan air yang melimpah tersebut dari atas mesin penimbang untuk bacaan yang lebih jitu. catatkan berat jag air bersama2 air tadi. contohnya 300g. kita nama nilai ini sebagai 'v1'.

3.Pegang hujung benang dan angkat emas tadi ke udara. celupkan emas tadi perlahan2 ke dalam jag air. tadah air yang keluar dari muncung jag tadi dengan bekas tadahan. pastikan tiada air yang terjatuh ke atas alat penimbang. jangan biarkan emas tersebut menyentuh lantai jag air.

4.Setelah keseluruhan emas tersebut tenggelam di dalam air, keluarkan perlahan2 emas tadi dari jag air itu. catatkan berat jag air bersama2 air tadi. contohnya 294.83g. kita nama nilai ini sebagai 'v2'.

5. Kumpulkan nilai2 yang kita dapat tadi. dari contoh tadi,

  • m = 100g, v1 = 300g dan v2 = 294.83g.
  • Pengiraan:ketumpatan emas asli adalah 19.32 g/cm padu.
  • Oleh kerana kita menggunakan air sebagai medium untuk mendapatkan isipadu air, kita boleh anggap berat 1g air bersamaan dengan 1 cm padu air juga. ini kerana specific gravity(SG) air adalah 1g/1cm padu. (SG air = 1.0 g/cm padu).
  • Jadi nilai2 v1 dan v2 tadi kita boleh tukar unitnya kepada cm padu.v1 = 300 cm padu, v2 = 294.83 cm padu
  • Formula ketumpatan ialah; ketumpatan,(g/cm padu) = jisim,(gram) / isipadu,(cm padu).
  • Dari nilai2 di atas tadi, kita boleh rumuskan ketumpatan,(g/cm padu) = m,(g) / v1 – v2,(cm padu)
  • Jadi, ketumpatan emas = 100 / 300 – 294.83= 100 / 5.17= 19.34 gram/cm padu.
  • Dari nilai ketumpatan di atas, kita boleh anggapkan emas tersebut mempunyai ketulenan 99.9%. biasanya mesti ada ralat sikit.untuk emas2 yang lain macam 916 ke, biasanya nombor-nombor 999, 916 atau 850 tu menunjukkan peratus kandungan emas di dalam barang2 kemas atau duit syiling atau sebagainya.
  • Jadi untuk mengira ketumpatan emas 916 = 19.32 x (91.6/100) = 17.69 gram/cm padu untuk emas 850 = 19.32 x (85.0/100) = 16.42 gram/cm padu.
info dari group PENGEDAR EMAS PERAK (group ini adalah group tertutup)

Kenapa perlu simpan emas dan perak??

Salam semua,

Berapa ramai yang sempat mengambil kesempatan pada fasa awal?

Sebelum saya warm-up kepada artikel yang lebih panjang, mari kita lihat video Uncle Sam.


Dan satu lagi, pelaburan emas kini menjadi 'hot' di Malaysia!!! Anda bila lagi??


Hubungi saya 0133600508 untuk membuat appointment tentang pelaburan emas perak.



Rahsia kejatuhan harga. . . . . .


Salam semua,

Lama tak update blog.

Kawan saya si Khaizam telah baling selipar pada saya sambil berkata " woi, update blog ko!!!"

Ok, ok. Baiklah..

Kali ni saya nak berkongsi analisis saya tentang naik dan turun emas. Nak cerita perak pun susah juga sebab masih lagi belajar.

Timing yang bagus meningkatkan keuntungan anda

Harus diingatkan ini bukanlah PASTI, cuma JANGKAAN dan bukan RAMALAN. Saya bukan tok nujum ya! Haram tu! Saya pun hanya berdasarkan jangkaan hasil dari analisis saya.

Berikut adalah tips-tips yang saya kutip dari internet, forex trader dan sebagainya. Ada yang boleh percaya, ada yang diragui kesahihannya. Terpulang kepada anda sendiri.

1. Setiap tahun, kenaikan emas boleh dibahagikan kepada dua, dari Januari ke Jun (fasa awal), dan dari Julai ke Disember(fasa akhir).

Fasa awal : harga akan naik dan turun dalam keadaaan tidak stabil. Dikatakan harga emas akan turun sebelum Tahun Baru Cina (harga jatuh pada waktu ini pada tahun 2010 dan 2011) dan kali kedua pada antara bulan Mei dan Jun. Dalam tempoh fasa pertama ini banyak berlaku naik dan turun harga emas dan perak.

Fasa akhir : waktu di mana harga emas rancak dan mencanak naik sehingga penghujung tahun. Pada waktu ini susah untuk dijangka bila harga akan turun dalam fasa akhir ini. Kebiasaannya waktu terbaik untuk membeli emas adalah dalam lingkungan bulan Julai.

2. Era pelaburan perak mungkin sudah tiba.

Baru-baru ini, kecoh tentang kenaikan perak yang melebihi kenaikan 100% setahun. Ini bermakna tidak mustahil anda membeli jongkong perak bernilai RM100k, nilainya akan menjadi RM200k pada tahun hadapan. Kini semakin ramai yang berminat dengan jongkong perak ini.

Berbanding jongkong emas, teknik pajak-beli emas-pajak masih tidak dapat mengatasi keuntungan membeli jongkong perak ini. Minggu lepas, harga perak jatuh mendadak dari USD47 ke USD34. (maaf kalau tak tepat, kira lebih kurang la ye) dan menyebabkan ramai orang mengambil kesempatan kejatuhan harga perak ini.

3. Emas dan perak mengalami correction

Seperti biasa, kadang-kadang kita boleh tengok pembeli tepuk kepala bila beli sebelum waktu correction. Tapi apa boleh buat, mana kita boleh jangka bila akan turun.

Correction ini adalah keadaan di mana ketika harga naik dengan harga tertinggi dan akan turun semula pada satu tahap. Tempoh kejatuhan harga ini biasanya sementara dan dipanggil correction. (kepada otai-otai, sila betulkan kalau saya salah tentang maksud correction ni).

Bagi yang kurang pengalaman, ini boleh menjurus kepada panic selling, jual semua kerana takut harga akan jatuh lagi. Tetapi bagi kebanyakan pelabur/pembeli yang sudah tahu, ini adalah peluang keemasan untuk menambah stok pada harga yang murah. Tidak kurang juga yang menggunakan teknik merempit (pajak Ar-rahnu).

Tempoh correction ini dipanggil "tempoh berehat" sebelum akan naik lebih tinggi dari sebelum ini. Waktu terbaik beli emas/perak waktu correction? Jika anda lihat di jadual harga di sebelah kanan ini, waktu terbaik adalah harga "we sell" adalah lebih rendah dari harga "we buy" pada waktu tertinggi.

4. Harga perak tidak terkawal lagi selepas harga melebihi USD30/oz

Yang ini saya tidak pasti, info ini saya dapat dari dealer PG, merangkap kawan saya dan juga seorang forex trader yang hebat. Ya saya tahu forex itu haram, kawan saya ini cina ok. Saya pernah bertanya pendapat beliau tentang perak, dan dia tersenyum-senyum pada saya.

Katanya " Bila harga perak sudah mencecah USD30/oz, ini bermakna JP Morgan sudah tidak dapat mengawal harga pasaran perak. Sebab utama harga perak adalah di bawah USD30/oz adalah disebabkan beliau menstabilkan harga perak. Jadi bila sudah mencecah harga ini, kemungkinan besar harga perak akan terus naik dan terus naik berikutan susah dikawal."

Ini cerita beliau pada Disember 2010. Atas nasihat rakan saya ini, saya terus memulakan membeli jongkong perak. Hasilnya sangat memberangsangkan walaupun harga perak jatuh pada akhir Januari 2010.

Ok, cukuplah 4 yang utama.

Seperti yang saya katakan, nak percaya atau tidak, terpulanglah.
Nak komen, kat bawah tu ada. Hehehe...

Nanti saya sambung lagi. Dah mengantuk ni.

Sekian, wassalam.



Gambar oleh Taufan Emas di web Indonesia

Salam semua!!!

Hari ini saya sangat gembira kerana gambar yang diambil oleh saya telah mendapat perhatian oleh web Indonesia : wakalanusantara.

Ikuti artikel oleh website wakalanusantara.

Malaysia, 18 April 2011
First Market in Blue Mosque, Shah Alam

Islamic Market with Dinar and Dirham as medium of exchange in Shah Alam Malaysia

It was the brightest morning today in Shah Alam despite it was raining. In the Big Blue Mosque there was a gathering of Sidi Mazli's facebook dinar community that brought light and life to the magnificent but otherwise dormant and empty mosque, the biggest in Malaysia.

Dinar activists from several states came to the mosque this morning to greet each other and celebrate the freedom of choosing Halal Money, to celebrate indeed Islam itself. "Hey, what is your FB nikname?" - they would ask each other, because they previously communicated via internet only. "Ah, that is you! And what is your real name?"

They have brought along their products, and after the durse delivered by Sidi Khairudden they opened their stuff for sale right there, at the mosque's marble veranda. Hj Awaludin as usually stood by with the supply of coins, so the Halal trade went on briskly. I bought organic chicken, at a good price by the way: 3 chickens (1.5kg each) -- for 2 dirhams. There were rice, honey, goat milk, dates, T-shirt with emblem "Kita Terima Dinar dan Dirham", etc. One guy from Terengganu drove 8 hours to bring rice to Sidi Mazli's market, which was quickly sold 1 dirham/10kg.

The joy and enthusiasm of people was overwhelming, paying for goods with sound money of Saidina Umar's standard was a thrilling experience. After 100-year of Riba banknotes and practices transacting again in harmony with Divine Law and Sunna was a profound spiritual stir seen on the radiated faces. These are the people you want to hear giving testimony in the dinar seminars.

To my knowledge this was the first open market in KL or even Malaysia in the last years. Although it was a kind of flee market in the gold dinar context it was an important market. In Indonesia the murabitun hold this type of events almost every week, going to mosques, schools, even if they have just 10 traders. The best da'ua is by example, and the best way of learning is by action.

After today's event I am certain: the dinar revolution has began in Malaysia.


Allah has forbidden usury and allowed trade. La Hawla wa la Quwwata ila Billah.

Artikel asal : wakalanusantara

Permulaan muamalat dinar dirham mendapat sambutan dan galakan pelbagai pihak.

Semoga akan ada lagi event yang sebegini.

InsyaAllah.

Dinar dan Dirham... satu permulaan...

Salam semua,

Hari ini saya mahu berkongsi beberapa video dan gambar mengenai dinar dan dirham.



Hari ini, saya sempat menyertai aktiviti oleh ahli forum dinar dan dirham di masjid Shah Alam. Suasana ketika itu sangat menarik di mana dirham digunakan sebagai muamalat menggantikan wang fiat.

Mari kita lihat video dan gambar di bawah.

Penerimaan dirham di masjid Shah Alam

Sekitar penjualan produk menggunakan dirham

En Mazli membeli 10kg beras x 2 dengan 2 dirham

Tok Belagak @ Tok Femes, menukar 20g emas kepada dirham

Lelaki misteri di sebalik tabir perjuangan dinar dirham

Dirham diterima di sebuah kedai

Ada yang kata "Mustahil dinar dirham akan dihidupkan kembali, semua orang bergantung pada wang kertas sekarang ini"

Ada yang kata "Jika kita tidak memulakan dan mendedahkan dinar dan dirham, bagaimana mahu merealisasikan penggunaan dinar dirham??"

Mungkin ada pembaca yang belum sedar, kini penggunaan dinar dirham telah digunakan secara meluas untuk muamalat. Setakat ini antara yang dijual dengan bayaran dinar dirham adalah :

1. Iphone 3G (terkejut tak? ini memang ada)
2. Handphone
3. Motor
4. Komputer
5. Perisian komputer
6. Beras
7. Kopi susu Hi-Goat
8. Asam
9. Tepung kek pun ada.
10. T-shirt

dan banyak lagi!!!

Jadi, soalan saya..... Adakah mustahil penggunaan dinar dan dirham akan dikembalikan??

Hehehe... jumpa lagi!!

Pelaburan Perak??

Salam semua,

Mari kita lihat video tentang pelaburan perak oleh Pakcik Robert Kiyosaki.



Baru-baru ini pelaburan perak menjadi sebutan berikutan harga perak yang naik mendadak melampaui kenaikan emas itu sendiri. Jika ramai mengatakan simpan emas boleh untung sehingga 20% setahun, perak pula dengan cemerlang harga meningkat sehingga 100%.

Kenaikan harga perak dalam masa 5 tahun

Sebenarnya memang banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan harga perak ini. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, silalah hadiri seminar perak anjuran PublicGold ini. Saya yakin anda akan berpuas hati dengan penerangan dalam seminar ini.

Nanti InsyaAllah saya ulas lebih panjang lagi tentang pelaburan perak ini. Bagi yang teragak-agak untuk memulakan membeli jongkong perak, mulakanlah membeli 250g perak atau pun paling murah sekali dirham kelantan. Rasailah 'aura' kenaikan perak ini. Ternyata berbeza dengan emas, tetapi kenaikannya sangat berbaloi.

Oh ya, mana yang berminat untuk menghadiri seminar emas atau perak anjuran Public Gold, anda boleh rujuk link di bawah.

SEMINAR EMAS

Semalam saya telah menghadiri seminar emas percuma oleh pokli, dan sedikit ilmu telah dikongsi oleh Pelabur Jutawan. Beliau berkongsi tentang bagaimana memanipulasi emas tanpa perlu sibuk menjual emas kepada orang lain. Sedikit idea yang diberikan cukup menarik dan saya rasa berbaloi untuk menghadiri seminar oleh Pelabur Jutawan ini.

Kepada dealer-dealer Public Gold dan sesiapa yang mahu mengetahui teknik-teknik tentang manipulasi emas silalah hadiri seminar beliau pada 24 April ini di Hotel Putra. Ini bukan seminar percuma ya, bayaran RM168 seorang dikenakan untuk seminar selama satu hari.



Flyer Seminar pada 24 April

Saya mempromosi bukan kerana saya dapat apa-apa komisyen dari Pelabur Jutawan atau Pokli, ini adalah kerana saya berasa seminar ini adalah seminar yang berkualiti dan berbaloi untuk dihadiri.

Bagi yang mempunyai stok emas yang banyak tapi tidak tahu teknik-teknik memanipulasi emas, seminar ini untuk anda. Dan mana-mana dealer yang rasa 'stuck' dengan pelaburan emas ini, bayarlah sedikit untuk mendapat ilmu dari seminar ini.

PAJAK-EMAS-PAJAK-EMAS CERITA LAIN YA.

Saya pun belum hadiri lagi seminar ini, InsyaAllah saya cuba hadiri 24 April ini.

Bagi yang berminat dengan jongkong perak, ada 250g, 500g dan 1kg Public Silver.


Baiklah, kita sambung lagi lain kali.

Sekian, wassalam.

Nota kaki : Jangan ragu-ragu beli silver, tutup mata beli je!! Jika emas anda boleh tutup mata dan beli, begitulah dengan silver!!!


Mesin ATM emas??

Salam semua,

Mungkin sesetengah orang sudah tahu tentang mesin membeli emas di Dubai. Mari kita lihat video di bawah.



Malah mesin ini juga sudah terdapat di US.





Saya kongsi setakat ini dahulu.

InsyaAllah saya sambung lagi dengan artikel yang lebih panjang lebar..

Hehehehe.....

Pandangan pembaca tentang teka-teki sebelum ini...

Salam semua,

Berjumpa lagi kita kali ini.

Sebenarnya saya memang tidak berkesempatan untuk menukil artikel baru-baru ini. Berharap mendapat handphone yang mempunyai keyboard (betul ke? orang panggil querty pad rasanya)....

Ok, artikel sebelum ini memang 'panas', ada yang bertindak menasihati, ada yang bertanya bagaimana mahu join, dan macam-macam lagi.

Apa-apa pun, terima kasih atas semua feedback yang bagus. Alhamdulillah, bersama-samalah kita membanteras skim pelaburan emas ini.

Skim pelaburan ini jika anda tahu caranya boleh membuatkan anda kaya dengan cepat, di mana pihak pelanggan akan merana menanggung hutang yang banyak dan untung yang berlipat ganda kepada si penjual emas. Kerana komisyen/keuntungan yang tinggi sesiapa saja sanggup membuat perkara ini.

Ikutilah renspon dari kawan-kawan saya dari Facebook. Selamat membaca!!!






Oh ya, nama didelete sebab saya tak minta kebenaran tuan punya comment. hehehe... nanti tak pasal-pasal kena saman.

Ok, jumpa lagi!!

Pakej pelaburan emas... Apa yang tak kena???

Salam semua, kali ini saya ada teka-teki.

Saya terjumpa ada orang letak dalam forum facebook.

Sila lihat apa yang tak kena pada pakej pelaburan emas di bawah. Boleh berikan jawapan di ruangan komen ya! Mana yang masih tak nampak.....dan rasa nak tahu yang teramat sangat, boleh la hubungi saya melalui email shafiruz[a]gmail.com. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut.

----------------------------------------------------------------------------------
JADIKAN EMAS SEBAGAI ASET MASA DEPAN ANDA...

Disini kami menyediakan 3 pelan khusus untuk anda menjana pendapatan melalui emas…

(nilai emas 999 bagi 1 gram ialah RM165(bergantung nilai emas semasa dunia)

Apa yang dikatakan pelan 1 (50g + 50g)??

Langkah 1:

Beli emas sebanyak 50gram pada harga RM8250. Secara automatic kami akan menambah sebanyak 50gram emas lagi sebagai modal pinjaman kepada anda. Maka, jumlah emas anda sekarang ialah 100gram.

Langkah 2:

Dengan emas sebanyak 100gram yang anda miliki, gunakan emas tersebut untuk digadaikan di bank(ARRAHNU). Nilai gadaian bagi arrahnu ialah 70% dari nilai emas anda. Maka, di sini kami tunjukkan bagaimana anda boleh dapat keuntungan dari sini:

Emas anda 50g + Emas Pinjaman 50g = Rm8250 + Rm8250 = RM16500

70% x 16500 = RM11550

RM11550 – RM8250(modal pinjam) = RM3300

= RM3300 adalah keuntungan bersih dalam tangan + asset emas sebanyak 100gram.

Langkah 3:

Dengan asset emas sebanyak 100gram yang anda ada, gunakan surat gadai tersebut untuk melakukan tebus gadai semula asset emas anda. Sebagai contoh, hari ini harga emas yang anda gadai rm160pergram, minggu depan harga emas naik menjadi RM 165pergram. Anda dah untung RM5. Rm5 tersebut darab dengan emas anda iaitu 100g. jadi anda dapat 100gxRm5=RM500..untung2!!

Kalau seminggu anda dapat rm500 1bulan=rm2000, 3bulan=rm6000 kalau 6bulan????? Lebih dari modal dah dapatkan… lebih untung dari dividen ASB setiap tahun… power.. power …power…

Apa yang dikatakan pelan 2 (100g + 100g)??

Langkah 1:

Beli emas sebanyak 100gram pada harga RM16500. Secara automatic kami akan menambah sebanyak 100gram emas lagi sebagai modal pinjaman kepada anda. Maka, jumlah emas anda sekarang ialah 200gram.

Langkah 2:

Dengan emas sebanyak 200gram yang anda miliki, gunakan emas tersebut untuk digadaikan di bank(ARRAHNU). Nilai gadaian bagi arrahnu ialah 70% dari nilai emas anda. Maka, di sini kami tunjukkan bagaimana anda boleh dapat keuntungan dari sini:

Emas anda 100g + Emas Pinjaman 100g = Rm16500 + Rm16500 = RM33000

70% x 33000 = RM23100

RM23100 – RM16500(modal pinjam) = RM6600

= RM6600 adalah keuntungan bersih dalam tangan + asset emas sebanyak 200gram.

Langkah 3:

Dengan asset emas sebanyak 200gram yang anda ada, gunakan surat gadai tersebut untuk melakukan tebus gadai semula asset emas anda. Sebagai contoh, hari ini harga emas yang anda gadai rm160pergram, minggu depan harga emas naik menjadi RM 165pergram. Anda dah untung RM5. Rm5 tersebut darab dengan emas anda iaitu 200g. jadi anda dapat 200gxRm5=RM1000..untung2!!

Kalau seminggu anda dapat rm1000 1bulan=rm2000, 3bulan=rm6000 kalau 6bulan????? Lebih dari modal dah dapatkan… lebih untung dari dividen ASB setiap tahun… power.. power …power…

Apa yang dikatakan pelan 3 (100g + 200g)??

Langkah 1:

Beli emas sebanyak 100gram pada harga RM16500. Secara automatic kami akan menambah sebanyak 200gram emas lagi sebagai modal pinjaman kepada anda. Maka, jumlah emas anda sekarang ialah 300gram.

Langkah 2:

Dengan emas sebanyak 200gram yang anda miliki, gunakan emas tersebut untuk digadaikan di bank(ARRAHNU). Nilai gadaian bagi arrahnu ialah 70% dari nilai emas anda. Maka, di sini kami tunjukkan bagaimana anda boleh dapat keuntungan dari sini:

Emas anda 100g + Emas Pinjaman 200g = Rm16500 + Rm33000 = RM49500

70% x 49000 = RM34650

RM34650 – RM33000(modal pinjam) = RM1650

= RM1650 adalah keuntungan bersih dalam tangan + asset emas sebanyak 300gram.

Langkah 3:

Dengan asset emas sebanyak 300gram yang anda ada, gunakan surat gadai tersebut untuk melakukan tebus gadai semula asset emas anda. Sebagai contoh, hari ini harga emas yang anda gadai rm160pergram, minggu depan harga emas naik menjadi RM 165pergram. Anda dah untung RM5. Rm5 tersebut darab dengan emas anda iaitu 200g. jadi anda dapat 300gxRm5=RM1500..untung2!!

Kalau seminggu anda dapat rm1000 1bulan=rm2000, 3bulan=rm6000 kalau 6bulan????? Lebih dari modal dah dapatkan… lebih untung dari dividen ASB setiap tahun… power.. power …pOWER....

semuanya bergantung kepada anda bagaimana untuk mengembangkan asset dan menggandakan modal yang anda...

Rebutlah peluang yg ada di depan mata……

Kesenangan x datang bergolek kalau kita x usaha untuk kecapi kesenangan…

Jadikan impian anda satu reality bukan lagi fantasi…

Berminat untuk dapatkan keterangan yg lebih terperinci boleh hubungi saya terus…

------------------------------------------------------------------------------------

OK, mana-mana yang masih mahu mencuba dipersilakan. Selamat mencuba!!! Alang-alang try pakej paling mahal sekali. Seminggu dah untung beribu la katakan.... Hehehe...

Ikut pendapat masing-masing....

Salam semua pembaca,

Baru-baru ini ramai betul yang bertanya tentang pelaburan emas ni. Dan banyak betul pendapat tentang emas. Dalam keadaan saya mahu berehat-rehat selama 3 bulan ini tak dapat nak rehat juga kerana 'passion' dalam meniaga emas ni. Bila orang call "abang jual emas lagi tak? ke dah stop??" . ... dengan secara automatik dan lidah tak dapat dikawal "eh, ada lagi, cuma slowdown kejap. banyak kerja sikit buat masa ni.NAK BERAPA?? " .. . Alhamdulillah.... bulan Januari saja sales mencapai RM90,000. Paling tertinggi setakat ini. Tapi nak banding dengan orang lain ini kira sedikit. Apapun, bersyukur kepada rezeki Allah bagi.

Masuk bulan Februari cukuplah setahun saya berkecimpung dalam dunia emas ni. Banyak pengalaman yang dapat diperoleh dan paling penting belajar cara pengurusan wang. Saya ini pun masih di peringkat "belajar" tentang pengurusan wang dan emas.

Ada yang kata emas ini aset, ada yang kata pelaburan @ investment. Ini terserah pada pendapat masing-masing. Dua perkara ini akan membezakan anda akan membeli emas ke arah mana.

Bagi yang menganggap emas sebagai aset, emas yang paling murah adalah terbaik walaupun mempunyai spread yang besar. Biasanya spread dalam lingkungan 10-30% di mana pulangan modal sekitar setahun hingga dua tahun. Kelebihannya anda boleh membeli emas dengan kuantiti yang lebih banyak berbanding emas yang dijual pada harga mahal.

Manakala bagi individu yang menganggap emas sebagai pelaburan, mereka akan lihat spread yang paling rendah walaupun membeli emas produk syarikat A dengan harga mahal. Mereka ini melihat emas adalah pelaburan terbaik (contohnya saya) dan mendatangkan keuntungan yang berisiko rendah. Ya, emas juga mempunyai risiko. Kalau kita belajar sekolah dulu pun syarat berniaga "BERANI MENGAMBIL RISIKO". Emas yang begini boleh mendapat keuntungan dalam masa setahun kerana spread yang rendah. Risikonya adalah jika jual di tempat lain contohnya kedai emas, mereka akan mengira sebagai emas terpakai dan secara automatik spread akan menjadi 10-30%.

Pelaburan yang kurang bijak

Pelaburan yang kurang bijak adalah membeli emas dengan harga mahal dan spread yang besar. Contohnya membeli jongkong emas di kedai emas. PAMP Suisse di kedai emas bernilai RM160/g tetapi jika anda pandai mencari emas jenis ini boleh diperoleh dengan harga serendah RM138/g. Malah ayat biasa kedai emas "kalau tak buka casing tolak 20% dari harga semasa, kalau buka tolak lagi rendah dari 20%" biasa kita dengar. Pengalaman saya bertanya di Habib Jewel Alamanda, spread jongkong emas adalah 27%!!! Caranya?? Harga semasa tambah lagi upah tukang.

Pelaburan bijak

Pelaburan bijak ini saya boleh katakan membeli emas samaada harga murah/spread sederhana atau harga mahal/spread rendah. Diingatkan 'harga mahal' saya maksudkan mesti lebih rendah dari harga kedai emas. Harga kedai emas saya anggap 'cekik darah' kerana mempunyai upah tukang yang tinggi.

Setakat ini pelaburan emas ini paling banyak di Malaysia. Jadi terserah pada masing-masing.

Pelaburan paling bijak

Pelaburan paling bijak adalah keadaan di mana anda dapat membeli emas dengan harga murah/spread kecil. Kalau spread 1% memang orang kata best gila!!Setakat ini masih belum ada mana-mana syarikat yang masih mampu memberi harga murah/spread kecil ini.

Syarikat misteri : Baru-baru ini saya terjumpa satu syarikat yang memberi offer harga murah/spread rendah ini. Harganya antara Syarikat A dan Syarikat B tetapi spread adalah dalam lingkungan bawah 2%. Beliau adalah penjual emas lebih lama dari saya dan lebih berpengalaman. InsyaAllah saya akan bersua muka dengan beliau bertanya tentang hal ini.

Pelaburan bodoh

Ini memang ayat kasar, minta maaflah ye. Bagi yang berminat untuk menceburi pelaburan emas, jauhi SKIM PELABURAN EMAS. Saya perasan beberapa institusi menawarkan skim pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan sentiasa. Perlu ambil tahu harga emas bukan naik secara garis lurus tetapi naik secara naik,turun,naik , turun dan seterusnya. Jadi teori "emas bila mula beli sudah mula untung,jadi kami boleh memberi hibah @ keuntungan setiap bulan" adalah teori tak boleh pakai.

Syarikat C contohnya, menawarkan emas 999.9 dengan harga RM171/g. Harga lebih mahal dari kedai emas!!! Apabila saya mendengar sahaja harga tersebut, saya terus menutup telinga tidak mahu mendengar apa portfolio syarikat tersebut. Jika kedai emas 'cekik darah', syarikat C ini lagi lah tak tahu nak kata apa. Skim ini meletakkan wang anda berada pada tahap risiko TERTINGGI dan RUGI.

Ok lah, sekian saja kali ini. Terserah kepada pendapat anda masing-masing. Saya menyokong anda selagi anda membeli emas, dapat emas ketul depan mata anda!!

p/s : jika ada kesalahan atau apa-apa yang perlu ditambah, sila beri cadangan/ kritikan di ruangan komen. Sangat dialu-alukan!!!

Kehebatan bisnes bank.... (versi kartun)

Assalamualaikum semua....

Saya ingin berkongsi video di bawah mengenai bank, emas, inflasi, dan banyak lagi. Mudah-mudahan anda akan faham sedikit sebanyak tentang wang kertas, emas, dan bagaimana bank menyebabkan ekonomi semakin lama semakin parah.... Saya yakin video 30 minit ini sangat berbaloi untuk dilihat...



Hehehe... selamat menonton!!

Waktu terbaik membeli emas!!!

Salam semua!!!

Ini artikel kecemasan. Bagi sesiapa yang nak membeli emas waktu harga murah, inilah waktunya!! Boleh beli pada dealer-dealer berdekatan anda. Saya?? Stok saya hanya tinggal 1dinar, 50g PublicGold, 250g silver, 500gram silver. Banyak sudah dirampas oleh customer dan rakan-rakan saya.

Tak percaya??Anda boleh lihat graf di bawah. Ini saya tunjukkan 1 hour chart.

"Apa ni Taufan, kan ke graf menaik tu... tak reti tengok ke??" Ok ok... kita tengok 6 hour chart pula ye...


"Hmm.... tak berapa meyakinkan la..." Ok.... kita tengok 1 day chart macammana??

"Eh... aahlah Taufan, harga jatuh kaw-kaw la.... kena order emas sekarang ni.." Eh... Kejap... Kejap.... Kita tengok semua bagi habis dulu.... ini 1 week chart.... bulatan merah waktu puncak harga jatuh.

" Bang Taufan, dah cukup la tu... saya nak lock ni..." Sabar dulu dik.... ni abang tunjuk 1 month chart.... bulatan merah waktu peak (Disember 2010 dan Januari 2010)..

Dan akhir sekali, sila lihat 1 year chart. Emas yang sentiasa naik dan naik!! Teringat waktu saya beli emas tahun lepas 20g RM2604. Berbaloi-baloi!!


Baiklah, anda ada seminggu untuk berfikir "patut ke tak aku beli emas sekarang?" kerana saya menjangkakan harga emas akan mula mendaki selepas Tahun Baru Cina. Renung-renungkan dan.... selamat beramal!!!!

nota kaki : Tak pernah lagi rasanya saya menyuruh pembaca membeli emas cepat-cepat, kerana peluang yang jarang-jarang ada saya beritahu anda. Beli kat kedai emas lain cerita, harga dah jatuh rm10/g tapi dia baru jatuh rm2/g.

Bagi yang kurang yakin dengan PublicGold...

Salam semua,

Hehe...post kedua dalam hari yang sama.

"Kau jual emas betul ke ni, kalau kau tipu habis la duit aku...." Kata-kata ini pernah dikatakan oleh seorang rakan saya yang pada pendapat saya "berpendapat negatif" dan tidak mahu melihat fakta atau kebenaran.

Pada bulan Februari 2010 saya telah memulakan langkah membeli 20g emas PublicGold. Atas saranan keluarga yang takut saya tertipu, saya telah mencuba ketulenan emas di Hafiz Jewel di Jalan Reko, Kajang. Di situlah kali pertama saya melihat ujian asid dilakukan. Hasilnya adalah emas 24K, seperti yang tertera di sijil. Kini emas itu disemadikan di Ar-Rahnu Agrobank cawangan Kajang, hanya di belakang kedai Hafiz Jewel.

Bagi saya, anda perlu memulakan langkah sendiri untuk melihat benar atau tidak sesuatu pelaburan @ produk. Saya cerita berbuih-buih pun tak guna jika anda tidak yakin dan tidak membuat sesuatu. Atas dasar inilah saya hanya membuat temujanji bagi yang betul-betul berminat sahaja tentang emas supaya masa yang saya luangkan betul-betul berbaloi. Beli atau tidak itu tidak penting, hanya minat dan serius tentang emas sahaja sudah cukup.

Bagi yang masih ragu-ragu, video ini untuk anda. Apapun, pilihan masih di tangan anda.



Hehehe...blog saya ni dah jadi blog harian tentang emas la ye. Biasalah, saya bosan sikit kalau cerita tentang kenaikan emas ni. Banyak blog lain ada cerita. Kita cerita santai-santai sikit baru best...

Ok, sampai sinilah dulu. Terima kasih kepada silent reader (anda kantoi di Feedit) kerana melawati blog ini. Sokongan anda amat saya hargai.... Terima kasih sekali lagi...

Add saya di Facebook!!

Salam semua pembaca sekalian,

Di sini saya ingin menjemput anda "Add" saya di Facebook, di mana perhubungan menjadi semakin mudah dan ringkas.

Laman profile saya adalah wwww.facebook.com/taufanemas. Melalui Facebook ini memudahkan saya untuk menjawap soalan melalui 'message' ataupun ruangan 'chat'.

Melalui laman Facebook saya juga, anda boleh menemui lebih 300 dealer-dealer emas dari pelbagai lapisan. Ada dealer PublicGold, GCP, Bunga Raya, Gempur Emas dan banyak lagi.

Saya tidak melihat sebagai persaingan kerana setiap produk emas ada pro dan kontra yang tersendiri, malah saya mendapat banyak ilmu dari dealer-dealer emas ini. Terbaru saya berjumpa dengan Quezzo Corp, yang saya anggap sebagai 'saintis emas'. Beliau bukan menerangkan bagaimana nak cari customer @ menjana keuntungan, tetapi beliau bercerita tentang struktur-struktur emas,alat-alat mengesan ketulenan emas, perak dan banyak lagi.

Apapun, beliau adalah lelaki misteri dalam dunia emas, tiada gambar sebenar di internet, hanyalah bayangan sebelah mata bersama spek mata hitam. Datang dan pergi bak angin lalu membelah awan...

Eh..eh... melalut pulak, anyway, dengan rasa rendah dirinya saya menjemput anda add saya di Facebook. InsyaAllah boleh kita berkenal-kenalan. (nota:saya dah kahwin,sesi berkenalan untuk emas sahaja ya, lain tak dibenarkan...hehehe...)

Ok, Jumpa lagi. InsyaAllah artikel selepas ini lebih berilmiah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...